Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Mari kita berdiet..

Ya ALLAH.. makin lama aku ni makin gemuk rasenyer. Nak timbang badan, tapi rase takut gile, takut takleh terima kenyataan. kalau timbang berat aku rasenyer mau cecah 80-90kg kot, ngeri tak korang dengar?... rasenyer aku ni macam mau berdiet cara yang sehat.. planning telah dibuat nak bersukan badminton di petang-petang hari, selain tuh mau kurang kan makan, mau makan makanan yang sehat... nak amal kan tips yang aku jumpa ni.. 1. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. (yang ni tak pernah cube.. kene cube ni) 2. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti and

Hanphone oh handphone

Imej
Adus! geram betol ngan handphone aku ni.. rasenyer memang patut kene tukar baru kot! asyik kong jer bateri.. dah la handpone aku ni bertampal-tampal.. cover bateri loose lor, sebab tuh kene tampal kalau tak tercabut ntah kemane-mane ntah!  Handphone ni orang dah tak pakai kot  Memang hajat di hati ni memang nak sangat tukar handphone tapi keadaan kewangan yang tak mengizin kan.. sedihnyer la! handphone-handphone idaman aku adalah:  1st choice - Blackberry Bold 3  2nd choice - Iphone 4 hmmm... cepat la bonus! leh la tukar handphone.. P/S: Korang rase mane satu best?? BB or iP4??

Old Memory~

Imej
Bile tgk buku hasil nukilan ekin mesti ingat Puteri Harbour (di reka khas untuk aku... huhuhuh poyo jerk )... setelah berapa bulan meninggal kan mereka, sampai sekarang aku masih rindu dorang... nasib baik leh contact melalui FB or SPARK kalau tak cam no nak contact?? Banyak gila kenangan yang tak bole dilupekan ketika kerja kat sana, bak kata boss aku "hang x boleh cari tempat kerja yang best selain kat sini" boss i admit boss! huarghhh!.. kat sini sume best terutama boss aku yang 'A', kawan-kawan yang teamworknya 'A' dan environment sekeliling yang jugak 'A'. Korang layan la gamba-gamba ni.. memori yang sgt2 dirindukan oleh aku ketika ini! Nanti aku cerita aktiviti yang selalu kitaorang wat kat sana... P/S: Still mecari kerja yang teamworknya 'A' & bossnya 'A'

1st GIVEAWAY Sayangku Faish

Imej
Thanks to Kak Fiza sebab tag aku untuk "1st GIVEAWAY Sayangku Faish".. Jom! kita meramai kan giveaway ni.. "1st GIVEAWAYSayangku Faish" Klik sini untuk join! Kepada Angah & Bonda Dadif saya tag korang berdua! join jangan tak join mane tau rezeki kan.. GOOD LUCK!

Jom! kita wat passport..

Imej
Dalam keadaan poket yang gawat ni leh lagi gi wat passport erk.. ape daaa... ni gara-gara nak pi bercuti ke Jakarta la ni (tapi rasenya x jadi kot) we wait n see jadi ke tak.. Hari sabtu tuh hari aku bangun sangat awal sebab nak sampai ke imigresen dalam pukul 8.00am (nak jadi orang pertama yang sampai kat sane). Dengan perasaan yang semangat aku & husband tros pergi ke imigresen presint 15 (presint diplomatik), sampai jerk kat sana keadaan sgt lengang tak ramai orang pun.. aku pun terus ke kaunter "nak wat passport encik", "kene sediakan 1 keping ic photostat, 2 keping gamba & isi borang ni", "hmmm alamak gamba nak gak ke??", "ye puan!"... huhuhuhuh.... aku tak bawak gamba la plak, sbb before aku pegi aku survey ngan ofiicemate, aku tanya psl gamba, dia ckp kat sana nnt leh amik gamba.. fuhhhh! pepagi ni mane nak cari kedai gamba?? Sementara nak tunggu kedai gamba bukak kitaorang gi la sarapan.. lepas sarapan kami pergi kedai gamba &

Semakin hari semakin..........???

haish! sejak PM baru masuk ke opis aku ni, semakin hari semakin busy la aku nampaknya. Ade jer keje yang dia nak suruh buat! tak sempat aku nak surf internet, nak baca-baca gosip & blog walking. Busy skit kot skang ni, tapi aku akan try gak jengok-jengok blog korang k.. Kadang-kadang rase bosan takde keje.. tp bila dah ada keje tension plak huhuhuhuh ni la lumrah manusia, tak pernah nk rase bersyukur.. Aku ni bukan la tension sebab aku kene tolong dia tapi tension sebab dia ade assistant tp assistant dia dok kat tempat lain (site office)  "what the hell!" , aku pun ade keje aku nak kene wat kan huhuhuhuh (keje blogwalking la ape lagi...) Semalam aku kene balik lambat, sebab assistant dia lar! dah tau nak gi cuti siap kan la keje ni tak esok nak cuti (hari ni) baru nak terhegeh-hegeh jumpa aku nak update drawing.. adoiii! tuh keje ko erk! aku gak yang kene? dush! dush!, aku ni plak tak sampai hati tak tolong kan.. dengan hati yang baik.. aku pun tolong la.. sebab tuh

Cuti oh Cuti!

Rasenyer next month mau cuti.. Yeppi~ korang mau tau ke mane aku mau pergi?, insyallah ke Jakarta.. korang doakan semua berjalan lancar yer... Aku ni sempoi jerk, tiket dah di tempah tp sampai sekarang passport tak di buat lagi huhuhuhuh.. gila betol la aku ni. Tempat-tempat yang mau dilawati pun aku tak survey lagik.. Agak-agak korang sebab ape aku x semangat nak buat tuh sume?? ahuahuahuahau of course la sebab ongkos! huiii! kalau la dapat duit bonus dlm waktu terdekat ni.. alangkah indahnya dunia perjalanan aku ke sana nanti.. P/S : harap-harap semua berjalan lancar, sesiapa ada cadangan tempat untuk di lawati kat sana bagi la comment yer..

Objek aneh berhampiran bumi?

Imej
Semalam aku dapat call dari kakak aku, saje je nak tanya khabar aku kot.. sambil -sambil kitaorang berbual dia tanya la "ko tengok tak berita kat TV1 tadi?" aku jawab la "tak la malas nak tgk berita", "tadi dlm berita dia ckp ade objek aneh macam meteor kat area KL, tuh yang aku teringat ko", "ntah aku tgk kat sini ok jerk, takper la nanti aku search internet ape yang berlaku". So hari ni baru la aku nak search nya, hmmm... merujuk pada http://seindahiasan.blogspot.com ia hanya la gimik dari RTM untuk mempromosikan Anugerah Seri Angkasa yang berlangsung pada 19hb Februari 2011 ni. Patut la aku search pasal objek aneh diKL tak jumpa-jumpa! kalau tak mesti la kat surat khabar pun ade kluar kan? mesti dah kecoh sana sini. Google pic P/S: Aku berharapla perkara macam ni tak terjadi kat negara kita

YM korang kene block?

Imej
YM (yahoo messanger) korang kene block? bosan kan bile YM kene block ni.. tak bole nak communicate dengan dunia luar.. Kat opis aku ni sume dah kene block YM, Facebook, Twitter.. pendek kate sume laman² sosial la dorang block. Kitaorang bole tak boleh log in dari 8.30am - 1.00pm & 2.00pm - 5.30pm, hmmm bosan kan?? nasib baik la blogspot ni dorang tak block, kalau tak, tak berkawan la aku ngan korang kan? nak harapkan broadband kat umah, hmmm tersangat la lembab! Anyway aku ni saje je nak bagi solution kat sesiapa yang takleh nak ber YM, ber facebook & sebagainya. Meh masuk https://imo.im sure korang leh buat tuh sume.. tapi kalo dah imo.im pun kene block x tau la nak ckp pe.. huhuhuhuh! Selamat mencuba sume! https://imo.im/ P/S: padan muke ICT ingat dorang block sume ni aku tak tau nak cari solution ke??

Kejamnyer!

Tadi pagi aku dengar berita @ HOT FM, ada satu kes rogol terjadi kat Negeri Sembilan, mangsa rogol tuh kini dalam keadaan koma & ditinggalkan ditepi jalan saje! isk... kejamnyer la pelaku ni! dorang ni patut dikenekan hukuman yang berat! JOM! kita baca berita pasal kes ni.. (sumber di ambil dari http://www.hmetro.com.my) SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu. Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD). Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan

Akuarium Baru! Yeppi!

Imej
huhuhuhu, saje je nak post entri pasal akuarium baru & anak² aku yang berenang dalam tuh. Last week dapat gaji terus je gi kedai akuarium kat jalan pudu ulu, tengok punyer tengok berkenan sangat dengan akuarium 4 kaki lebar ni, tinggi dia x tau la yer. Harga untuk satu set akuarium tuh cume RM150.00  murah kan? (2nd hand jerk, tapi masih elok lagi) Bile dah beli akuarium tuh kepala ni still x tau nak bela ikan ape. Setelah kami survey banyak kedai at last dapat la keputusan. Kami mau bela ikan parrot merah, ikan ni bole tahan mahal gak la yang paling murah RM7.00/sekor tapi minat punya pasal kami beli gak la (baru beli sekor je pun.. huhuhuh) ikan ni letak banyak² baru cantik, orang cina suke ikan ni sebab feng shui katanya. Jom! layan gambar akuarium baru. Akuarium yang baru tuh la red parrot aku (say Hi! sayang!) Ikan-ikan guppy aku, aku letak dalam pasu tembikar kat balkoni, ikan-ikan guppy aku dah beranak dah.. happy gila rase bile ikan-ikan aku dah ada zuriat dorang