Selasa, 25 Oktober 2011

Sugar Glider Gathering

Jangan kata rakan TTC jer ade gathering sugar glider pun ade gathering gak tau... ehehehe! gathering ni cume kebetulan jerk bukanlah ade perancangan.

Kejadian gathering berlaku hari ahad yang lepas, kebetulan anak sedara aku sume ikut aku balik kerumah sebab malam tu kitaorang nak dinner kat Umbai, Melaka, so.. mereka pun follow aku balik umah. Tengah-tengah melayan anak-anak sedara aku main congkak tetiba pintu rumah aku diketuk, aku ingat kakak ipar aku yang dah sampai rupenye jiran aku daaa. Pastu aku tengok kat tangan dia ade sangkar & kat dalam dia ade sugar glider wahhh! comel nyer.

Jiran depan rumah aku baru dapat sugar glider dari adik dia, adik dia tak mampu lagi nak jage sebab kekangan masa, so dia bagi kat jiran depan rumah aku tu. Ketua blok kat rumah aku pun ada sugar glider gak, dia la yang ajak jiran depan rumah aku tu menyinggah rumah aku *nasib baik rumah baru dikemas.. tu la terjadinya gathering ni ☺.

Abis kecoh satu blok dek kebisingan kitaorang yang melayan telatah sugar glider kami semua. Dari situ kami bertukar-tukar info, syok jugak! ape yang tak tau kita jadi tau. Total sugar glider yang ade time gathering tu adalah 6 ekor, 2 ekor aku punye, sekor jiran depan rumah aku & 3 ekor ketua blok punye. Next time leh la buat lagi gathering macam ni seronok sangat.

yang ni nama dia CICI - ketua block yang punyer
yang ni laki CICI & kawan CICI *lupe plak ape nama dia
Yang ni maybe belum ade nama - Jiran depan umah aku punye
yang ni plak MOMO & BABY - tuan tanah yang punyer
Nampak sume sugar glider ni macam sama, tapi sebenarnya masing-masing ade kelainan tersendiri. CICI & kawan-kawan dia muke lebih bulat skit berbanding MOMO & BABY. Jiran depan punyer warna bulu dia coklat gold tak sama plak warne bulu ngan yang lain. Tapi yang paling comel adalah CICI dah la gemuk + gebu aktif plak tuh, melompat sane melompat sini.. pantang ade tempat untuk dia landing melompat saje! eheheh! sooooo cute! *tak sabar nak jumpe mereka lagi
P/S: Tak lama lagi boleh la buat team SG untuk penduduk Apartment teratai, Kajang! suke..suke..sukeeeee *>_<*

Jumaat, 21 Oktober 2011

Treatment

Aku belum ade kesempatan untuk ke klinik bagi nak periksa masalah kesuburan aku ni. Bile la agaknya nak datang kesempatan tuh? Aku harap bulan depan aku dapat la ke klinik.

Rabu, 19 Oktober 2011

MOMO dah ade BABY!

ehehehe! mesti pelik kan? tak kan la MOMO yang jantan tu leh pregnant & dapat baby. BABY tu sebenarnya teman kepada MOMO..  hubby sibuk benar ajak pegi tengok kawan untuk MOMO dia kata kesian kat MOMO takde kawan dan kepala pun dah makin botak.

Hari sabtu tu hari kami pun buat misi pergi mencari kawan MOMO, tempat yang dituju adalah sebare petshop kat bandar tasik permaisuri, tempat aku adopt MOMO dulu. Survey pun survey yang umo 6 bulan takde average sume dalam 3-4 bulan. Memandangkan aku malas nak cari tempat lain aku amik je yang umo 3 bulan, bile dibandingkan ngan MOMO memang jauh beza besarnya.

Dalam kete terus aku bagi nama BABY sebab dia kecik & comel. Mase MOMO mule-mule jumpa ngan BABY dia mcm excited, cium BABY, jilat-jilat BABY, cume BABY je yang tak biase.. dia crabbing gile bile MOMO buat dia macam tuh.. OH ya! BABY ni memang jinak sangat.. mase aku adopt dia dari kedai dia sangat-sangat baik, tak crabbing tak biting cume dia selalu je nak escape dari aku. Tuh yang aku suke ngan BABY tu..

Ni la dia BABY! nampak tak MOMO sibuk nak interframe?
Hi! nama saya BABY! *muke agak garang sikit berbanding MOMO
Bile mereka berdua bertemu, gini la jadinya..
Buat mase ni aku tak letak dorang dalam satu sangkar, sebab takut BABY kene rogol ngan MOMO. Iye la.. BABY tuh kecik comel jerk nak dibandingkan dengan MOMO. Nanti bile agak-agak BABY dah sebesar MOMO baru la aku letak sekali, tapi sekali sehari memang aku akan jumpekan dorang ni (kirenya percintaan dorang ni percintaan terhalang laaaa) *ape aku merepek ni?...Sooo lambat lagi la aku nak bercucu. Semoga mereka berdua gembira disamping mama dia ☺☺.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Selamat ulang tahun ke 27 Zue!

Hari ni genap la umur aku yang ke 27, Selamat ulang tahun diucapkan kepada diri sendiri. Tiada sambutan birthday yang dibuat kerana hubby aku outstation ke Perak, so.. takde la nak celebrate ape.. Tapi... semalam kat opis dorang ade belikan kek untuk sesape yang lahir bulan 10, nasib baik aku dihargai.. kalau tak majuk ok!

Ucapan kepada diri sendiri.. Selamat panjang umur & semoga dimurahkan rezeki yang satu itu, kerana umur yang semakin lanjut maka usaha keras perlu dilakukan ye dak?? harap aku hapy-happy selalu disamping keluarga & kawan-kawan...

kek tiramisu dari bread story

Boss aku yang sama sambut birthday ngan aku
P/S: Orang pertama yang wish aku adalah kiekin.. hubby aku orang kedua, eheheh! sebabnya lepas kiekin wish birthday bateri OUT tros.. charger plak tertinggal kat opis.. nasib badan la wei!

Khamis, 13 Oktober 2011

Surat CINTA dari jejaka MPKJ..

Semalam setelah kepenatan berasak-asak menaiki chu-chu train, sampai kat kete tengok dapat surat CINTA dari jejaka MPKJ. Hancur luluh hati ni, bukan sebab kecewa, tapi sebab tempat parking! aku rase tempat yang aku parking tu tak menganggu lalulintas pun cumeee... takde petak parking je kat situ.

Bukan nyer aku takmo parking kat dalam tempat parking yang disediakan atau aku ni kedekut tapi rase tak berbaloi kot aku byr RM3 pastuh kene jalan kaki, sebatu jauh! woooo.. tak mampu mak nak berjalan jauh-jauh nok, dah la dalam tren sepanjang jalan kene berdiri lepas tu nak jalan kaki nak ke opis lagi, pastuh dr parking kete nak ke stesen komuter tu pun nak jalan kaki lagi? hah alamatnyer mmg berkilo-kilo lemak aku hilang, (nak kumpul lemak bukan senang ahahahah!). Hari ni aku parking tempat selamat plak, kalau kene saman gak tak tau la nak cakap ape!

Sujana mata memandang, nun jauh disana stesen komuter.

Tu dia.. surat CINTA yang aku dapat

hohoho! alasan yang tak munasabah dari jejaka MPKJ!
 Terima kasih kepada jejaka MPKJ sebab bagi saya surat CINTA ni, 1st time saya dapat surat CINTA ni..

P/S: 26/10 ni nak kene bayar dah.. BENCI tau! kalau beli durian pancake boleh dapat 3 packs!

Rabu, 12 Oktober 2011

Selasa, 11 Oktober 2011

Rumah baru untuk MOMO

Sebenarnya memang dah lama bercita-cita nak belikan MOMO rumah baru, akhirnya dapat jugak dia rumah baru setelah 4 bulan duduk rumah yang sempit & kecik. Rumah lama dia tu tak selesa untuk diduduki lagi, sebab MOMO dah semakin gemuk & membesar dengan jayanya hasil penjagaan rapi mama dia ☺.

Mulanya hubby bercadang nak buat sendiri rumah MOMO (kreatif la konon!) tapi setelah pikir-pikir bahan untuk dijadikan rumah takde, beli saje la di kedai senang cerita. Mule-mule kami ke Petshop di The Mines, takde plak sangkar yang besar tapi sempat gak sambar diet, roda & kalsium untuk si MOMO. Mase kat Petshop tu salesman tuh cakap cube try tengok kat petshop Bangi Seks. 7 kat situ ade jual sangkar yang besar. Ape lagi kami pun terus berdesup ke sana.

Memang betul kat sane memang banyak aksesori untuk MOMO, kayu untuk dia memanjat, sangkar dan lain-lain. Harga pun boleh tahan murah gak. Pilih punye pilih berkenan dengan sangkar tu dan kami pun terus beli. MOMO memang happy gile dapat rumah baru, kenapa aku cakap dia happy? sebab malam tu 1st time aku dengar dia barking wahhhh! terharu sangat. Bunyi dia barking sebijik macam anak anjing yang kecik. Habis satu rumah dia menjelajah.. Semoga MOMO happy disamping kami ☺.

Bye-bye rumah lama  ♥
Hi! rumah baru ♥♥♥
Test mainan baru!
Nampak tak keterujaan MOMO?
P/S: Rumah lama still boleh digunakan tapi cume untuk outstation sahaja.. wahh! outstation katenyer.. ehehehe!

Isnin, 10 Oktober 2011

Bayi 23 hari diliwat!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

P/S: Bangsat betul jantan macam ni! ko hingat beranak tuh senang ke? ba alip ba ya betul jantan ni!

TTCians Gathering #01

Setelah lebih kurang 2 minggu menantikan perjumpaan ni.. akhirnya kami semua berjumpa. Perjumpaan pertama kali ni telah diketuai oleh Pn Stoberi kita a.k.a Kekda, pada mulanya ramai gak yang nak join tapi akhirnya dihadiri hanya kami berenam. Walaupun kami berenam tapi gathering ni happening even ade rase malu-malu antara kami.

Pertemuan kali pertama ni diadakan di Wetland, Putrajaya. Aku plak first time datang Wetland, Putrajaya agak sesat barat gak la ☺ , dah la sensorang sesat plak, hubby aku kene outstation pada hari tu so aku pergi berdua je ngan MOMO ♥♥.. Antara aktiviti yang kitaorang adekan adalah sesi ice breaking, sesi makan-makan & sesi photografi. Sesi photografi agak best sebab disitu aku rase kami lebih rapat dan kurang dah rase malu-malu walaupun aku nan hado kamera, aku sibuk-sibuk gak eheheheh!.  

Makanan yang dorang bawak pun sedap-sedap, kitaorang wat portluck so bawak la sorang sikit makan bagi memeriahkan lagi pertemuan kita. Aku just bawak nugget & kentang ehehehe! punye la pemalas.. takpe la janji kita semua happy & enjoy!


Bergambar dengan MOMO dulu

Antara makanan yang kami bawa

Nampak serius perbincangan mereka berdua ni.. ehehehe!
Aku harap next time kita boleh berjumpa lagi.

P/S: Ade sorang kawan kita takut ngan MOMO eheheh.. rasenye dia bukan takut tapi geli.. yang penting si Chinta mau bawak balik MOMO aku.. mane leh kan MOMO? ehehehe Love u all!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bengang + Bengong!

&6*i%4^.. bengang betol ngan blogspot opis aku ni.. ntah kenapa tak boleh nak edit friendlist, nak wat comment.. nak edit macam-macam lagi..

Setiap kali nak comment kene sign in bile dah sign in still tak boleh.. adoi pening la aku! Nak bersiaran dari umah berukband aku tersangatla lembab!

Buat minggu ni takleh nak update sangat sebab kerja tersangat berlambaknyer! so maybe next week free skit & boleh update yerr.. nak cite pasal MOMO, cerita pasal TTC, kehidupan harian & macam-macam lagi laaa...

P/S: Sekarang ni takleh nak comment korang punye blog.. boleh jadi pembaca senyap-senyap jerk.. arghhh! tension!

Isnin, 3 Oktober 2011

Suasana & kerja baru

Now aku dah bersiaran kat tempat baru, pagi-pagi dah kene bangun wokeh! nak kejar train komuter. Tadi pagi train agak lewat nasib baik KTM pandai memainkan peranan menghantar train kosong dari Kajang.

Kerja aku skang ni lain dari yang lain, tak macam dulu.. skang lebih pada admin, nampak macam ok tapi kita tengok je la nanti kan? rakan-rakan sekerja? mostly chinese aku & beberapa orang je melayu kat sini. Hope aku dapat sesuaikan diri ☺.

Dah lama gile aku tak online, cuti seminggu sementara nak masuk keje baru kan. so rakan TTC yang lain, ade perkembangan positive tak? tak sempat lagi ni nak jenguk-jenguk rumah korang. Rinduuuu sangat yerr! jap-jap lagi aku jalan-jalan rumah korang erk.