Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

hi!

Dah lama gila tak update.. bukan apa, tak tau nak cerita apa.. walaupun banyak benda yang aku nak sangat coret kan.. hari-hari memang akan bukak blog tapinya tak tau nak update celah mana Emosi memang selalu sangat terganggu nak-nak bila orang sekeliling semuaaaa, dah ada baby dan ade jugak yang tengah preggy. Hati ni memang macam di siat-siat rasanya, tapi aku tetap pertahankan dan bersabar semua ni dah ketentuan Allah, jadi aku mesti terima. Perasaan CEMBURU tu memang tak boleh lepas, kenapa mesti ada perasaan macam ni?? kadang-kadang aku cuba berlagak tak mahu ambil tahu tetapi hakikatnya dalam hati ni meraung-raung sedih! aku tahu bukan aku seorang je yang mengalami perasaan sebegini rakan-rakan sekapal aku mesti merasa perasaan yang sama kan? walaupun tak banyak serba sedikit mesti ade jugak terselit perasaan tu kan? jangan tipu wokeh. Aku memang dah janji tak mahu sedih tapi tak boleh, rasa diri ni sangat-sangat down bila teringat nasib diri ni. Memang sokongan banyak di

Majlis pihak perempuan selesai sudah

Imej
Alhamdulillah majlis pihak sebelah perempuan telah pun selesai, syukur majlis berjalan lancar walaupun ade sedikit kejadian tidak terduga. Planning untuk DIY project aku semua berjalan lancar & mengikut kehendak pengantin, & pengantin sangat-sangat suka.. syukur... Benda yang aku planning nak DIY tu hari: 1) bunga telur - Done 2) guest book - Done 3) hand bouque untuk nikah - Tak jadi sebab dia dah tempah 3) guest book corner - Done 4) bilik pengantin - Done 5) meja makan beradap - Done 6) centerpiece deco - Done 7) bunga manggar - Tak jadi sebab nak pakai sikit jerp. Tambahan lain 1) Fabric flower for 1100pcs deco glass jar 2) Cosage 3) Hantaran pihak lelaki & perempuan 4) Photobooth 5) Doorgift untuk kanak-kanak 6) Doorgift untuk majlis pernikahan Penat memang penat tapi semuanya berbaloi sebab ramai puji hasil kerja aku *masuk bakul angkat sendiri.. setiap kali balik kerja cepat-cepat mandi & get ready buat benda-benda ni s

Emosi

Sejak dua menjak ni aku asyik la rasa nak beremosi. Kenapa eh?? Cik P aku tak datang lagi ni kalau nak ikut memang dah delay dah.. haishhh! main sembunyi-sembunyi lagi dia ni. Skang ni emosi aku selalu bercampur baur, bila datang kerja rasa nak marah je.. rasa penat yang teramat, pastu mengantuk manjang, aku jarang rasa ngantuk kat opis. Bila balik rumah tu rasa jadi malas gila! pastu manja dengan hubby terlebih-lebih plak. hihihihih tu pun nak cite kan? ikut suka la blog aku. Korang tau tak? aku ni dah 2 minggu sakit T*t*k macam berdenyut, tapi sebelah kiri je yang berdenyut belah kanan Ok jaaa.. pastuh badan ni rasa sakit-sakit aje! dah cek ngan doctor tapi doctor cakap aku normal. Ape la yang menyebabkan badan & emosi yang tak stabil ni? errrr kadang-kadang risau gak. Cepat la baik wahai badan.. nak kerja kuat 2 minggu ni. Doakan aku cepat sihat ye kawan-kawan.

Our 5th anniversary!

Alhamdulilah telah selamat melalui setengah dekad kehidupan sebagai suami isteri bersama... Syukur dengan nikmat yang ALLAH berikan :). Tu hari aku ade upload entri pasal plan anniversary tapi nampaknya plan tu sume tadak! sebab anak sedara aku dok melepak kat umah.. nak bawak dia sekali gi karok?? NO..NO..Nooo bawah umoq yo! xleh.. hihihih! takde la sebenarnya hubby aku kerja so tak boleh la nak buat plan seperti yang disebut-sebutkan itu.. kesian dia penat, nak layan kerenah aku lagi yang ntah ape-ape. hihihihih! Ok kejadian menyambut anniversary tepat pada pukul 12 malam hari Jumaat.. bile masuk 27.11.2012, sebelum kejadian aku memang dah siap-siap beli kek kecik. Dah 2-3 hari aku cari present untuk hubby tapi tak jumpa seperti budget yang aku nak.. last-last aku terpikir DIGI nye promotion, telepon pintar yang ade stok cuma Tab 2 7.0... Samsung Note takde stok, Samsung S3 gwe tak mampu. huhuhuh! pikir punya pikir & ade tanya gak exprience YANA pakai tab 2, dia ckp OK s

Plan Anniversary untuk tahun ke 5

Last year kami bergambar sempena anniversary, tahun ni rasa macam nak buat suprise untuk hubby. Ingat nak bagi dia smartphone tapi still lagi tercari-cari yang bertepatan dengan budget. Budget aku around RM1.2k jerk.. tak tau sama ada nak beli 1) Iphone 3GS - dia memang aim lama dah tapi ada lagi ke keluar new Iphone 3GS?? 2) Iphone 4 - ni pun dia aim gak tapinyaaaa... dengan budget macam ni ade ke erk? 3) Samsung S2 - yang ni dia tak pernah aim punnnn 4) Samsung Note or Samsung S3 - ni pun dia tak pernah sebut-sebut & aku rasa harga pun tak dapat kot RM1.2K Ingat malam tu nak buat suprise gi nyanyi-nyanyi then beli kek kecik satu lepas tu bagi suprise gift tu.. hihihihi! agak-agak dia terkejut tak? Sebelum ni tak pernah pun suprisekan dia apa-apa tapi tahun ni rasa nak buat lain sikit la. Korang..... aku nak minta pendapat la mana satu gift yang ok eh??? then sape tau mane nak dapat gift as per above & kene dengan budget aku tuuu? plsssssssss bagi aku

Perbezaan yang tak berapa ketara

Imej
huhuhuhu minggu ni blog aku penuh ngan update entry nak turun kan berat badan eh? hihihihih! tak SUKA? MELUAT? ade aku kesah... yang penting aku bangga dengan pencapaian aku sekarang ni. Mari tengok gambar-gambar sebelum & selepas Gambar ni diambil masa bulan 5 yang lepas berat badan time ni 77KG uolss jangan tak percaya! Gambar ni pulak masa open house kat rumah Kek da, time ni 75KG (time berjinak-jinak nak turunkan berat)  Ni gambar semalam 68KG  Ade nampak perubahan tak? hihihih.. kalau takde takpe itu bermakna aku kene usaha lagi ☺. Pada yang nak turunkan berat badan.. jangan cepat putus asa ok! P/S: kepada eida & yani ! i extract the picture from your FB without you all punya permission SORRY! kalau korang tak bagi.. i nak letak jugak.. hihihihih! :P

Cara AKU turunkan berat badan.

Ok firstly, kalau aku punya cara turun kan berat badan ni maybe ade yang tak betul sana sini, sila jangan ikut.. sebab ini cara aku. ☺☺, & aku cuma nak share serba sikit. Aku memang tak makan nasi sejak September yang lepas sila rujuk entri ni , walaupun aku tak makan nasi tak bermakna aku tak makan apa-apa. Aku tetap makan tapi kebiasaan nya dalam kuantiti yang sedikit, lepas tu minum air 2-3 liter sehari memang WAJIB. Dah minum air banyak sure la kene pergi toilet selalu kan? luckly tempat aku memang dekat sangat dengan toilet. Kalau aku tak makan nasi ape yang aku makan eh? hihihihih mesti korang tertanya-tanya.. ceh poyo ayat! biasanya pagi aku akan makan roti, bihun goreng or buah. Tengah hari akan makan roti, lauk pauk, bihun sup, tomyam, burger, sandwich, buah, ayam, salad ataupun western food. Untuk makan malam biasanya aku akan makan ikan bakar, sup, ayam bakar pendek kata makanan yang kurang berminyak. Yang penting aku selalu SET dalam otak aku & cakap de

Capai target sudahh

Alhamdulillah.. berkat aku tak makan nasi untuk beberapa bulan ni menampak kan hasil ☺. Memang dah lama gila aku tak timbang berat badan last sekali aku timbang sebelum aku bertekad tak makan nasi, 75KG. Sejak dua menjak ni ramai gak yang tegur badan aku dah susut sikit, 1st masa pergi kenduri ex-officemate kat Putrajaya, dorang cakap aku dah nampak kurus sikit then masa balik kampung tu hari pun mak mentua & kakak ipar tegur dah nampak susut badan, dia tanya aku makan apa? hihihihi! aku senyum je. Sejak aku tak makan nasi memang aku tak pernah timbang, janji aku, aku akan timbang bila ramai orang cakap aku dah nampak kurus dan aku sendiri rasa yang aku dah kurus.. **Maksud aku kurus disini bukan kurus melidi ye.. tapi kurus dari segi pandangan mata aku ☺. Aku ni dah banyak kali nak pergi timbang tapi asyik la jumpa timbang yang rosak, sehinggalah last week aku terjumpa mesin penimbang yang OK. Timbang-timbang wow 68KG yeahhhhhh! usaha aku tak sia-sia senyum melebar la aku

Sengkuang Calit Terbaeekk!

Imej
Sengkuang calit is my all time favourite! sedap sangat.. tapi harganya ya ampun, mahal! RM2.00 sekeping. Tapi disebabkan sedap sangat maka lupakan saje pada harga yang mahal itu! huhuhuh Very the yummehhh! Ni sengkuang calit old time, biase aku beli kat down town Kajang.. memang super duper sedap! ade 2 perisa 1 original lagi satu spicy.. bagi aku dua-dua sedap! kacang dia memang sooo crunchy sos dia walaweh teringat pun meleleh air liur. Once a week mesti aku pergi sana untuk beli sengkuang ni.. sekali beli 3 keping, 2 untuk aku 1 untuk hubby. Sesiapa yang suka sengkuang calit ni cerr try old time sengkuang calit ni pasti suka banget! banyak jugak outlet dia kalau korang nak tau boleh terjah blog old time sengkuang calit. Makanan yang sihat lagi berkhasiat!

Rendang LANDAK!

Imej
Siapa pernah makan landak?? actually landak ni aku dah masak lama masa time raya tuh hari tapi aku malas betul nak transfer gambar dari kamera. Masa raya tu hari... jiran MIL pergi memburu then dapat landak. Adik beradik yang lain tak berani nak makan, geli katanya.. tapi aku GAMBLE je, dah orang bagi ambik je la kan?? kang kecik hati plak MIL aku. Kat sini aku share resepi LANDAK masak rendang. Bahan-Bahan 1/2 kilo daging landak 3 ulas Bawang merah** 2 ulas Bawang putih** 1/2 inchi halia** 1/2 inchi lengkuas** 1 peket rempah rendang Kerisik 1 kotak santan 3 sudu makan cili kisar** Daun kunyit Minyak Masak Limau nipis/ sambal Garam Gula Serbuk perasa Cara Memasak Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. Cam

Ikan dory grill bersama Sos Lemon

Imej
Minggu lepas aku teringin betul nak makan ikan bakar, then hajat dah dapat di lepas mase hari Rabu, tapi tak puas makan ikan rase macam tiap-tiap hari nak makan ikan.. search-search jumpa resepi simple untuk buat ikan bakar versi omputih. Mari aku share kan... Bahan-bahan Perapan 3 keping isi ikan dory (fillet ikan yang dah siap jual kat pasaraya) Serbuk lada hitam Serbuk paprika Garam Serbuk perasa Sayur-sayuran (brokoli, asparagus ataupun lobak merah) Bahan-bahan Sos Lemon 1/2 cawan susu segar 1/2 biji lemon Herba thyme Garam Serbuk perasa Bawang Putih Cara-cara Perapkan fillet ikan bersama serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa & serbuk paprika selama 10-15 minit. Sapukan dulang pembakar dengan minyak kemudian masuk kan fillet yang diperap ke dalam oven. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan Garam, serbuk perasa & herba thyme tunggu sehingga pekat (kalau tak p

Sambutan Birthday!

Imej
Tahun ni takde yang menarik untuk birthday kali.. dapat wish dari kawan-kawan & family yang terdekat sahaja. Celebration untuk birthday telah di buat pada hari ni kat opis.. ehehehe! ENJOY! tapi tak boleh nak lepak lama-lama sebab buat 2-3 minggu ni memang super duper BUSY.. aku nyer superior on MC :(.. Opismate sempat snap 2 gambar... tahun ni sudah 28 tahun.. Apa-apa pun.. aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang wish birthday aku!  Last but not least.. flying KISS untuk korang semua.. I LOVE U ALL ♥♥ terutamanya.. kawan-kawan TTC aku yang sentiasa bagi semangat kepada aku. Diharap kehidupan yang mendatang akan lebih baik dari hari ini & hari yang lepas. P/S: ade nampak perubahan tak? selepas tak makan nasi selama lebih kurang sebulan??

Dalam Kenangan

Tarikh 11.10.1998 akan di ingat sampai bila-bila, memang tak akan aku lupa. Pada tarikh itu aku masih berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di tingkatan 2. Emak yang kami sayangi pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya... Di saat itu aku serta adik beradik aku yang lain masih inginkan kasih sayang seorang emak, belum puas kami bermanja tetapi dia telah pergi buat selama-lamanya, kebetulan emak pergi meninggalkan kami disaat beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun aku yang ke 14. Hati mana yang tidak sedih bila tengok kawan-kawan lain mempunyai emak & ade tempat mengadu.. tetapi tidak bagi kami. Memang kami masih ade lagi abah, tapi kasih sayang abah memang tak sama dengan kasih sayang seorang emak. Mana tidaknya abah terpaksa membanting tulang siang dan malam memandu teksi bagi membesarkan kami semua. Tinggal lah aku & adik aku di rumah menguruskan makan, minum & pakai sendirian, pada ketika itu kakak-kakak aku sedang menyambung pelajaran d

Projek DIY

Lagi 2 bulan SIL aku nak kahwin.. aku yang rase semangat! aku rase sume benda aku nak buatkan sampaikan pelamin pun rase nak buat sendiri.. hihihih! tapi tak boleh la kan, tangan aku ni keras kejung kang tak jadi pelamin dia mampos! musnah harapan SIL aku.. sian dia. Ade beberapa projek yang aku dah jalan kan, dan sedang berjalan dengan lancarnya....aku suke sangat! Antara benda yang aku nak DIY untuk dia.. 1) bunga telur 2) guest book 3) hand bouque untuk nikah 3) guest book corner 4) bilik pengantin 5) meja makan beradap 6) centerpiece deco 7) bunga manggar Aku harap semua yang dirancang berjalan lancar... semoga yang di planning akan menjadi, AMINNNN..

Sony PSP murah!

Imej
Aku nak let go aku punya PSP murah-murah... ade sesiapa berminat nak beli? Aku sangat jarang main PSP ni.. sebab tu nak let go, aku nak beli handphone baru ... hohohoh! - 100% original - Disertakan sekali beg & charger - Warna biru cair - Masih dalam keadaan sangat baik - Ada beberapa game di dalam & sudah di upgrade - Harga RM400.00 (boleh dirunding) - Pos PERCUMA nak C.O.D pun boleh.. Sesiapa berminat boleh PM aku.. Item SOLD Terima Kasih!

Review Lawak ke der 2

Imej
Hi korang! tu hari kan aku beli tiket lawak ke der 2 (LKD 2) kan? ingat tak? so hari ni nak review la... mane tau ade yang berminat nak pergi tengok kan... show still ade lagi tau!  Istana Budaya Yaw! Semalam pukul 1.30 petang dah gerak dari rumah, iye la takut jammed n aku nak gi redeem tiket kat sana.. lagi satu kalau datang lambat sure parking susah nak dapat, tak pun kene parking jauhhhhh. Sampai kat IB lebih kurang pukul 2.15 petang, sampai kat sana Alhamdulillah dapat parking dekat.. aku terus gi tukar tiket then beli sandwich buat alas perut sebab dari pagi tak makan. Lepak-lepak dalam kereta dalam pukul 2.45 kami pun masuk dalam. After redeem ticket Orang memang ramai gile wooo, baik yang mahal mahupun yang murah sume full house! ingat nak amik gamba dalam IB tapi tak boleh wokeeehhh! bile kuar kan handphone sikit mula la kene laser ngan staff IB. Tapi sebelum show start aku ade gak amik gambar dari tempat yang aku duduk tu.. just nak tunjuk tik

Keluarga Iskandar

Imej
Siapa pernah tengok cerita keluarga Iskandar ni? dia kira drama berepisod, disiarkan setiap hari Selasa pukul 10 malam di Astro Prima. Drama ni memang kelakar, cerita dia memang sebijik pasal kisah kehidupan kita seharian... memang macam real la.. actually mula-mula aku nak tengok drama ni sebab nak tgk opis & ex-opismate aku masa kerja kat Nusajaya dulu, katanya berlakon jadi extra dalam drama ni, tapi akhirnya terfollow plak sebab drama ni memang masuk la ngan jiwa aku. Lagi satu pelakon dia pun best-best gak tu yang aku beriya nak follow ☺ kredit to budiey.com & perekacerita.com SINOPSIS KELUARGA ISKANDAR (ASTRO PRIMA) Drama Keluarga Iskandar mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Mak Jah yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan. kredit to budiey.com & perekacerita.com Ada tiga generasi dalam cerita Keluarga Iskandar dan menyentuh tentang isu masyarakat Malay

Lawak ke der 2 di Istana Budaya

Imej
Last week aku lalu depan IB tengok ade poster lawak ke der 2 ni... tetiba terasa plak nak pergi tengok lawak ke der 2 ni. Before this tengok Lawak ke der kat Astro Warna memang kelakar gile.. nak-nak lawak dari si Harith Iskandar & JOZAN. Aku memang suka cerita kelakar-kelakar ni sebab boleh release tension dan lagi satu, aku memang minat gila ngan abg booolat si Aflin Shauki. Naik kerja ingat nak survey-survey la harga tiket kat IB, then terlupa... hari Rabu baru teringat nak tengok tiket. Mula-mula ingat nak pergi ngan office mate aku on Sat 29 Sept, tengok seat paling murah penuh, lagipun officemate aku tak confirm nak pergi ke tak, then aku message tanya hubby dia nak pergi tak, dia cakap OK & aku terus la booking seat on Sun 30 Sept. Itu pun seat sebelah tengah depan sikit dah penuh tingal seat yang tepi je.. nak tak nak aku booking je la dah itu yang termurah. Aku takmau la membazir duit beli tiket mahal-mahal, murah-murah udah la asalkan dapat tengok mereka-m

Diet ke?

Imej
Masuk hari ni dah 3 minggu aku tak makan nasi.. aku bukan la berdiet tapi dalam cubaan untuk conceive ni, aku kene usaha lebih sikit untuk kurang kan nafsu MAKAN bagi menurunkan berat badan aku yang boleh di katakan OBES ni. Aku kene set kan kat minda aku ni kalau aku betul-betul nak kan BABY aku mesti turunkan berat badan aku dulu then di ikuti dengan iktiar yang lain. Terasa insaf pulak bila terbaca post Dr Hamid Arshat dia menyatakan sekarang ni makin ramai wanita yang mengalami masalah kesuburan terutama PCOS *aku ler tu!.... dia nasihatkan supaya dapatkan berat badan yang ideal, makan byk sayur-sayuran & buah-buah serta hindari makanan berkabohidrat. Ni kali keberapa aku berdiet pun aku tak tahu, sebelum ni aku banyak putus asa sebab aku beriya-iya control makan, tapi 1 week later timbang berat badan tak turun.. then rasa frust & tak nak teruskan. Kali ni aku cuba dulu dengan cuba tak makan nasi dulu, makan lebih banyak buah-buahan & lebihkan minum air mas

Planet Pop Corn

Imej
Mari kita cerita pasai makanan! Kali ni kita cerita pasai pop corn... selalunya aku kalau ngidam  nak makan pop corn mesti gi cari pop corn kat Wayang or kat Carefour Mid Valley.. tapi kali ni aku nak try kat Planet Pop Corn, kat sini memang banyak perisa yang ada, caramel, original, curry, coklat, cheese dan macam-macam lagi la.. Rase pop corn kat sini ok.. tak terlalu manis, just nice je..tak berminyak & takde pun biji-biji jagung yang keras-keras tu, memang sedap untuk buat kudapan petang ketika mengantuk berkerja. Setiap perisa adalah berlainan harga, harga diantara RM9.90 - RM39.90. dalam kotak ni ade 6 pek Aku share-share ngan opismate aku beli yang dalam kotak ni.. dalam 1 kotak ade 6 pek kecik, boleh campur-campur perisa...harga untuk satu kotak ni RM39.90 ni perisa-perisa pop corn berserta harga ni perisa-perisa yang kami pilih.. Kami pilih perisa chesse (masin-masin skit), Caramel (manis-manis skit), Coffee (ade rase kopi skit), wasabi (pedas

WW #09

Imej
KAMI BFF & KAMI SEKASUT Intan & I ye.. Kami BFF, kami saling sayang menyayangi, sebab kami sekasut.. kami dah lama tunggu masa untuk menjadi IBU. Intan tempat aku mengadu & begitu juga dia. Kami saling memahami! Andai salah seorang dari kami menjadi IBU dulu tak tahu la macam mana jadinya.. Aku harap & berdoa agar kami dapat merasakan detik bahagia itu bersama.. AMINNNNN

Betul ke?

Betul ke ayat salah seorang kawan aku ni? "orang takde anak ni bukan nye SUSAH".. SUSAH disini membawa maksud sentiasa berduit. Aduh aku yang dengar ni pun sakit hati, walaupun ayat tu tak ditujukan terus kepada aku tapi bila ayat itu ditujukan kepada rakan baik aku maka aku pun turut terasa! Bak kata pepatah cubit peha kiri peha kanan pun terasa. Kawan baik aku ni mengadu kat aku yang dia sakit hati bile salah sorang kawan aku cakap macam tu kat dia.. kawan aku ni selalu la pergi melancong sana sini, maybe yang kawan lagi satu ni jelous sebab tak pernah kemana-mana dengan alasan dah ada anak. Hatta sekali pun engkau jelous tak payah la nak sakit kan hati kawan tu kan! biar la takde anak pun janji dia HAPPY dengan kehidupan dia sekarang ni.. Engkau happy ke? jangan nak cemburu sangat dengan kebahagian orang lain ye! Aku sangat tidak setuju dengan ayat dia, memang kita la kita ni takde anak... tapi usaha yang kita lakukan korang ade nampak ke? semua tu memerlukan duit

Subway

Imej
Hari ni nak makan Subway... rasa macam nak berazam semula untuk turunkan berat badan! *kali ke berapa punya azam pun tak tau la! Mari kita tengok menu Sub of the Day (harga murah) cilok dari FB subway malaysia So hari ni meatball marinara! hmmm sedap gak tu.. tapi yang paling aku suka Tuna. Sedap woooo! Haish! lambatnya nak pukul 1 dah lapar gilak ni!

Kek Red Valvet

Imej
Yummyy! akhirnya tercapai gak hasrat nak makan kek red valvet ni. Dah lama cari tapi susah nak cari kat kedai kek biase, pastu harga nya agak mahal nak dibandingkan dengan kek lain. Last 2 months ade gak beli kat lori pink tapi rase dia aku x berapa suka, pastu opismate pun pernah belikan gak, hah! yang ni memang sedap dia beli kat Shah Alam... dia kata dia teringat kan aku tu yang dia terus beli ☺. Masa bulan puasa tu hari hati ni dah melonjak-lonjak nak makan kek ni.. tapi tak terbeli-beli, untill this weekend perasaan dah tak tertahan pergi la cari kat Starbuck kat Kajang..namun hampa. Cuba gak nak order online, tapi mahai la pulak setakat nak makan berdua nak order sampai 1/2 kilo tak termampu plak nak abiskan. Dari semalam dok pikir-pikir nak beli ke tak.. akhirnya hari ni beli gak ☺ bukan main besau paper bag nya kotaknya kecik je tu dia... red valvet yang sangat yummeeehhh! 1 slice RM9.50 yerrr.. mahal ya amat! campur tax RM10.50 seketui, huh redha je la

My BB Problem sudahhhh!

Imej
Benci + tension sebab BB aku dah ade screen problem. Baru la jack-jack hubby nak beli tab, dia sudah merajuk & tunjukan kan tanda protes.. GERAM betul la! time-time macam ni nak buat hal. Baru la setahun lebih beli sudah problem, takde kualiti betul barang-barang skang ni.. ke aku yang ganas? Berapa la kos nak repair screen ni erk sape tau? meh share... BB aku problem macam ni: nampak tak line tu? Sesapa yang tau repair screen problem? leh tolong repairkan tak? ngeeeee!

Keje aku ke keje engkau?

Hamboi ko dah la datang lambat kan? aku yang cover kan ko..sanggup tak breakfast lagi! datang-datang ko terus pegi breakfast buat air lengang lenggok plak tu. SIAP menyinggah department lain borak-borak pulak, banyak senang hati... kerja ko aku yang buat eh? mentang-mentang la dulu tu keje aku, simply je ko ingat aku leh cover ko? aku pun ade keje lain nak buat, update blog.. update status.. nak jage kebun lagi Aku bukan tak boleh nak tolarate tapi kalau dah selalu sangat menyinggah department lain borak-borak pastu aku yang kene cover, rase sakit hati tau tak! Dah la selalu berkira kerja dengan aku! bila aku mintak tolong balik selalu cakap ko BUSY kan? hey! aku pun pernah duk kat situ takde lah seBUSY engkau! tak nak tolong cakap tak nak tolong.. senang cerita kan? Huh! pepagi aku dah beremosi ni... P/S: kalau orang berbudi kita tau jugak nak berbahasakan?

Cerita pasal Hari Raya 2012

Imej
Seperti entry aku yang lepas Hari Raya tahun ni cukup tak meriah bagi aku... aku just beli sehelai baju kurung & sandal, kuih pun just beli kerepek je tu pun dah abis dah aku & hubby ngap. Aku balik ke JB hari Sabtu sebelum sahur kami bertolak, singgah jap kat R&R seremban untuk bersahur, kemudian kami teruskan perjalanan ke JB. Sampai je JB aku duduk-duduk jap pastu kuar gi bank settlekan segala hutang-piutang, iyer la gaji lambat lagi kan? dah settle sume terus pegi ke pasar beli barang-barang nak buat rendang & sambal jawa, actually kakak aku cakap tak payah masak sebab kami 2 keluarga je yang nak makan.. tapi aku yang beriya nak masak, tak sedap plak kan hari raya tak masak at least hubby leh la makan sikit-sikit after semayang raya.. Sampai kat pasar orang punya la ramai huh, rase nak cepat-cepat je kuar dari situ, tapi yang tak sedapnya tempe takde! adeh mane la sedap kalau sambal jawa takde tempe. Susah betul nak cari tempe kat johor on that day, puas pusing

Pasal Hari Raya 2012..

Tahun ni punye raya aku tak rasakan keseronok kan nya.. kenapa?? aku sendiri tak tau.. baju kurung raya pun still tak beli lagi.. sememang nya tiada mood. Semalam pergi jugak tengok-tengok baju kat jalan TAR cari baju raya... tapi satu hapah pun x beli, jangan kata baju raya.. kuih raya, ape segala yang berkaitan dengan raya untuk diri aku sendiri pun aku tak prepare. Yang aku prepare kan cuma baju melayu hubby je.. yer la dah berapa tahun asyik pakai baju yang lama, sejak aku kawen memang tak pernah beli baju melayu. Tu pun puas aku pujuk beli baju melayu, baru nak beli.. Songkok & sampin pun tak mau beli.. haih! Rumah pun macam tongkang pecah.. memang aku tak kemas satu hapa pun, sebab tu aku tak buat open house, tahun ni CLOSE HOUSE.. kakak ipar aku pun aku tak bagi datang, kejam kan? tak tau la kenapa tahun ni aku rasekan kemeriahan nak beraya tu takde. Maybe tahun ni banyak sangat masalah aku, tu yang tak bersemangat sampai terbawak-bawak mase raya ni. Bile tengok

Kasut Crocs Original Murah!

Imej
Sempena hari baik bulan baik ni & raya yang bakal menjelang tak lama lagi .. aku nak let go aku punye kasut crocs 2 pasang.. aku nak let go murah-murah je.. 2 pasang RM50 + PERCUMA satu sandal POLO. Actualy kasut crocs ni aku beli kat butik crocs di Tropicana City Mall, masa tu ade promotion 2 pasang RM100.00, aku plak memang senang terpengaruh dengan jualan murah macam ni.. hihihihi! so aku ajak hubby aku pergi tengok, bile dah pergi tengok beratur punye la panjang.. disebabkan dah beratur panjang nak tak nak kene beli gak la , (sebab dah penat beratur. & lagi satu aku takut hubby aku marah dah beratur penat-penat lepas tu tak beli..) So aku beli la ingat nak beli yang simple-simple je.. tapi choice tak banyak maka pilih je la ape yang ada. Lepas dah beli tu aku just pakai sekali je.. rase macam tak selesa pakai kasut sebab rasa macam kaki tak bernafas hihihih! lagipun aku memang selesa pakai sandal je...tu pasal la aku nak let go.. 1st shoe size 8 yerrr... 2

Drama Hari Raya

Imej
Boleh dikata setiap tahun kami akan membuat 'drama raya'.. wahhhh! pelakon ke aku? takdenye la! 'drama raya' yang aku maksudkan adalah aktiviti mengambil gambar sempena nak menyambut hari raya.. biasanya kami akan berbaju raya seminggu sebelum raya kemudian ambil gambar ramai-ramai.. Tapi aktiviti dah tinggal kenangan.. aktiviti ni dibuat masa aku masih kerja di Puteri Harbour dulu, bila ingat kenangan ni seronok je.. dapat plak member yang sekepala! pastu ditambah dengan boss yang best! tempat kerja pun cantik dan menarik *masuk bakul angkat sendiri .... fuhhhh memang terbaik! suke sangat ngan gambar ni! ni dinamakan drama sangaaatt! aahahaha! macam budak-budak dah ☺ huarghhhh! rindu ngan kawan-kawan kat sane.. ade yang rindu aku x?

Kata Kunci untuk blog aku

Imej
Selama berblogging ni aku tak pernah lagi tunjuk kata kunci untuk blog aku.. selalunya ape yang orang tercari-cari kat blog aku ni eh? meh kita tengok! Untuk akaun Nuffnang ni dia kata kuncinya: Susu kambing & kurma - ni mesti carian dari geng TTC or sure orang-orang yang cuba nak hamil macam aku kan? Sugar Glider - ni mesti nak cari tips untuk bela sugar glider Kenanga wholesale City - Dah nak dekat raya kan? mesti nak shopping kan? Period berpanjangan - Opssss... ade gak ke orang yang ade problem macam aku? sure korang risau kan? Puteri Harbour theme park -  Untuk pengetahuan semua... Puteri Harbour theme park akan di buka pada September 2012 (sesapa yang nak pergi boleh la..) *tempat keje lama aku ni ☺ Minituare perfume - ni mesti sama hobi ngan aku ni.. kumpul minituare.. ade yang nak tukar-tukar botol x? Ujian kehamilan - mesti bakal-bakal ibu yang search ni sebab ragu-ragu dengan ujian UPT yang dilakukan kan? last sekali Berurut untuk h

Bulan Ramadhan tahun 2012

Macam mana bulan Ramadhan korang tahun ni? adakah berjalan lancar? seperti tahun lepas aku banyak berbuka puasa sorang-sorang, hubby selalu balik lepas aku kenyang berbuka tapi kelainan pada tahun ni aku selalu masak kat rumah... happy gile rase bila dapat masak sendiri duit jimat hati pun senang ☺. Aku balik keje dalam pukul 5, terus berlari ke komuter.... gedebak gedebuk dalam pukul 6.15 sampai rumah, kadang-kadang sampai awal lagi, tapi selalunya around that time. Sampai rumah kelam kabut masak, selalunya aku masak simple-simple je.. sume beli perencah yang dah siap. Macam semalam goreng mee pun gune perencah.. bukan ape, senang kot untuk orang yang takde masa macam aku ni. Hubby suke gile bile tiap-tiap hari aku masak ☺... every day dia akan tanya "sayang masak ape hari ni".. wahhh! tu makin semangat aku nak masak. Selama berpuasa ni hanya 2 kali pegi PARAM, 1st time gi PARAM dekat depan rumah aku.. beli nasi minyak n daging masak kurma, harga RM6 *gile! dah la t