Isnin, 30 Januari 2012

My BFF kawen sudahhhh!

Akhirnya BFF aku mengakhiri zaman bujang nya.. banyak sangat kenangan kitaorang.


Tuh dia rakan-rakan sepersekolahan ku

Kitaorang memang tersangat la baik & rapat dari sejak sekolah menengah lagik, maunya tak baik dia la tempat aku meluahkan segala masalah aku, begitu la juga dia ☺. Dulu kemana saje mesti berdua... bagaikan kembar bak kata bapa dia. Mak pak dia pun aku dah anggap macam mak pak aku sendiri, even sedara mara dia pun kenal dengan aku, sebab kitaorang dah terlalu rapat *really miss this time! iye la.... mase aku form 2 aku dah jadi anak yatim kan dengan mak pak dia la aku tempat aku menumpang kasih sampaikan dia kenal kan aku as anak angkat dia ☺, bapak aku pun dah tau sangat la kalau aku tak balik rumah mesti tido rumah BFF aku ni. Kalau nak cari aku pun cari kat umah BFF aku ni jerk.



Zaman sekolah time gi camping @ Endau, Rompin

Kalau aku tido umah BFF aku ni jangan ingat nak tido la... asyik bercerita sepanjang malam, kami study selalu bersama & dalam kelas pun duduk bersama. Sampai la kami di tingkatan 4 aku jarang sangat jumpa dengan dia sebab sekolah kami dah berlainan, dalam seminggu sekali je kami berjumpa sampai la habis sekolah.

Bile BFF aku habis study kat UPM aku rekemen dia keje kat tempat aku di Sapura, tetapi aku pulak yang tak lama kat sana sebab terpakse ikut hubby pindah ke JB. BFF aku sampai sekarang keje lagi kat sane & mendapat jodoh disane, Alhamdulillah!


time kami menjadi rakan sepejabat di Sapura

Banyak sangat kenangan antara aku ngan dia.. kalau bergaduh & kecik hati tu jangan cakap la memang cukup banyak, tapi biase la dah namanya kawan semestinya ade yang terase hati. Tapi bile di ingat semua kenangan manis antara aku ngan dia boleh lupe segala kenangan pahit yang terjadi antara kita ☺.

Anyway walau ape pun yang terjadi kamu tetap BFF saya SORAYA! Love you ♥♥ & semoga kamu bahagia hingga ke anak cucu! Amiiinnnnnnn!

Lemau!

Tau tak ape itu lemau?? lemau tuh macam masuk angin! setelah seminggu bercooti rase lemau jerk! pastuh rabu ni cuti lagik *nape la jatuh hari rabu.. kalau hari wilayah jatuh hari jumaat kan besh!

Blog sunyi sepi tanpa sebarang catatan sebabnya kat rumah berukband nye adelah HAMPES! *serupa takde berukband, maka senyap la blog. Sepanjang cuti seminggu ni aku balik ke kampung halaman.. mane lagi kalau tak JB! kebetulan my BFF kawen plak, sambil menyelam minum air la.

Semalam leh plak la demam, tak boleh tido sebab badan panas sangat, tapi hari ni dah ok skit so boleh la bekerja, lagipun dah cuti seminggu kan... tak sedap plak nak amik MC. tuh yang bertambah lemau!

Ok nanti update pasal BFF aku kawen erk.. sambil mengimbau mase lampau ☺

Rabu, 25 Januari 2012

WW #06

Coklat oh Coklat!




Sesape nak order leh drop email ye..

Rabu, 18 Januari 2012

$$ BONUS!

Bonus time!
Alhamdulillah! walaupun keje baru 3 bulan, sudah dapat merasainya.. even tak banyak tapi tetap bersyukur.. sape nak bagi kan? rezeki tepijak ni..

Duit bonus ni boleh la menampung next treatment nanti. ☺☺

Tak sabar rasenye nak tunggu increment plak..

TQ to management, semoga company kita akan lebih success!

Sabtu, 14 Januari 2012

Design ruang tamu

Saje nak gedik-gedik tunjuk design ruang tamu rumah aku..

Biase la duk rumah flat je, tapi aku sangat puas hati la.. sebab orang pemalas macam aku ni memang suka la umah kecik senang nak kemas.



ruang tamu sebelum di cat/ dibersihkan
 
↓
↓
↓



yang ni setelah dicat & ditambah ngan perabot
 
Bile aku belek-belek balik gambau ni rase macam tak kene plak kaler dia... kalau korang nak tau aku la yang sibuk sangat nak pilih kaler ni.. eheheh! Kelaka tak?? ade sesapa yang sudi bagi idea untuk mencantik kan lagi ruang tamu??

Actually aku minat english style tapi.. tak rajin nak mengemas.. macam mane erk??

Ade idea tak kawan-kawan??

Jumaat, 13 Januari 2012

Sugar glider grooming

Actually dah lama jugak kot aku bawak budak berdua ni pegi grooming.. tapi baru sekarang nak post ye!

Disebabkan budak 2 ekor tuh amat la bucuuuuk (sebab dorang ngah mating) maka hubby suruh aku anta gi grooming. Kebetulan on the same day jiran-jiran aku mau anta anak-anak dia gi potong kuku, maka aku join sekali laaaa.

Kitaorang pegi ke Suggieshop Putrajaya, agak susah gak la nak mencari rumah dia (berapa kali pusing baru la jumpe), kat presint mane aku tak ingat la pulak *nanti kalau ingat aku bagitau tak pun boleh pegi ke FB cari Suggieshop Putrajaya.

Untuk pengetahuan korang kat sane potong kuku untuk sugar glider adalah FREE sahaja! tak payah nak bayar pun. Banyak jugak aksesori yang dia jual, Abang Jai jiran depan rumah aku beli sangkar 3 kaki tinggi baru RM70 murah kan? tapi 2nd la.. tapi ok la dia punye sangkar masih dalam keadaan elok.. jimat betul!

Untuk mandikan sugar glider dia cas RM5.00 tapi tak payah tinggalkan sugar glider kat sane, macam kat downtown the mines tu kene tinggal kan 1 hari ngan dia *tak sanggup nak berpisah ngan anak aku tuh oiii!... Biase aku mandikan sendiri budak 2 ekor tu, tapi kali ni gatal-gatal nak suruh orang lain mandikan nak tgk cara dia mandikan macam mane.. rupenye same jerk & pakai shampoo yang same ☺.


ni semua dah lepas potong kuku
yang ni tengah tunggu giliran
ni la sangkar yang abang jai beli RM70 saje!
ni Pika namanye! dia dah montel skang ☺
Cici tengah marah, takmo potong kuku!
owhhh! Cici yang sangat tomeiiii sekali! ♥♥
Ok selain buat grooming untuk mereka berdua aku sempat gak sambar key chain gambar sugar glider.. sangat cute wokeh tak caya tengok ni..

tomei tak?? tomei tak??
So kalau sesape nak pegi nak potong kuku sugar glider FREE boleh la pegi ke sini... actually aku pun boleh je nak potong kuku mereka tapi kekadang malas kan nak suruh orang buat kan plak..

Update: Sesiapa yang nak buat grooming boleh la contact SSPJ thru FB ye..

FB: Suggie Shoppe Putrajaya (siap link lagi! click aje k!)
Phone no: 016-5997042 (call dulu sebelum datang takut korang datang orangnya takde)

Khamis, 12 Januari 2012

Rawatan Kesuburan

Rawatan Kali Pertama

Merujuk entri yang INI aku dah beberapa kali cube pergi ke klinik fertiliti untuk buat pemeriksaan, akhirnya semalam dapat jugak aku bertemu dengan doktor pakar di klinik tu. Appointment untuk berjumpa dengan doktor telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas.

Semalam balik kerja terus aku mandi-mandi & bergegas ke klinik sebab appointment yang aku buat pada pukul 8 malam. Kami sampai di Klinik lebih kurang dalam pukul 8.15, kemudian kami daftar di kaunter. Time nak tunggu giliran tuh punya la lama sekali... patient memang ramai, lebih kurang pukul 9.45 baru nama aku di panggil *perut lapar gile dah time ni.



Suasana di dalam klinik

Doktor tuh perkenal kan diri, nama dia doktor suriati.. dia tanya ape masalah aku, aku jawapla dah 4 tahun kawen tapi still takde anak & nak try buat treatment kat klinik ni. Kemudian doktor tanya macam mana period setiap bulan datang ke tak.. aku ape lagi, aku keluarkan la aku punye kalendar period aku. Doktor pun catitla tarikh-tarikh yang aku cakap pada dia, lepas dia kaji pada bulan Oktober period tak datang selama 52 hari.. so dia macam pelik *dia cakap maybe period ade tapi u tak tanda, doktor ajak aku scan.

Doktor scan perut aku sambil tuh dia terangkan ape yang ade kat screen, mane satu rahim & mane satu pundi kencing. Setelah discan doktor cakap rahim aku ok, takde masalah takde cyst takde keteumbuhan semua nya elok. ALHAMDULILLAH sangat...

Doktor suggest bagi clomid untuk di makan hari kedua period nanti, pada hari kesebelas or keduabelas period doktor suruh datang balik untuk rawatan selanjutnya. Aku tanya doktor pasal period aku yang malu-malu nak keluar.. Doktor cakap, tak kire la darah tuh sikit ke banyak ke kalau nampak walaupun seurat darah dah dikire period, so kalau nampak je darah tuh dah di anggap period & tandakan di calendar. Aku bagitau doktor yang sekarang ni ade kuar darah yang sikit tuh, dia tanya start bile kuar darah tu? aku pun tak ingat bile start kuar darah tuh sebab dia sikit sangat & macam chipsmore "kejap ade kejap takde" so aku ignore la..doktor cakap takpe next cycle baru mule makan clomid tu.

Setelah selesai semua, kami keluar tunggu giliran nak ambil ubat & buat pembayaran, doktor bagi clomid untuk dimakan pada hari kedua period & dia pesan bile dah period boleh call buat appointment untuk next treatment. Total semua sekali RM155.00

Registration : RM5.00
Consultation: RM45.00
Ultrasound: RM45.00
Clomid 10biji : RM60.00


Bill dari klinik

Ni contact no klinik tu, sesape nak pegi leh contact ni
Kesimpulanya: Harga di klinik ini lebih kurang macam klinik pakar wanita yang lain, so terpulang pada masing-masing mahal ke tidak ☺. Doktor ni boleh di katakan agak friendly & boleh menjawap segala kemusykilan di hati ini....

Semoga usaha kami berhasil kali ni. AMIIINN.



Selasa, 10 Januari 2012

Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Isnin, 9 Januari 2012

Ubat kurus

Hah ubat kurus la pulak kan.. eheheheh! FIL aku bawak kan ubat kurus untuk aku.. macam tak percaya wokehh! ape ubat kurus tuh?? sedap ke tidak??, bau dia masam.. iye la dah namaya cuka kan, rase dia masam + kelat dah ditambah madu pun still masam.. tapi boleh ditelan lagi la.

Ape khasiat cuka epal ni?? ok mai tengok hasil carian di cik google


Cuka Epal bersama madu herba zaffaran yang diberi oleh FIL

Khasiat Cuka Epal

1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak


9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan
belakang lengan, pinggul dan peha


14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cara nak guna/minum cuka epal, letak air setengah gelas kemudian campurkan 1 sudu kecil cuka epal & 1 sudu kecil madu kemudian kacau & minum..

Banyak kan dia punye khasiat... selain bole kurus boleh gak hilangkan/mengurangkan penyakit... cuka epal ni boleh dimakan dengan madu supaya tak masam sangat.. madu pun ade gak khasiat tersendiri kan?? ni aku mesti cuba sebab FIL yang belikan.. kang takut kecik hati plak :P

p/s: Semalam aku cube minum, perut terus rase sakit nak Be*** hubby pun minum gak.. cuka ni sesuai untuk lelaki & perempuan.

Jumaat, 6 Januari 2012

Sugar glider ke klinik

Ingat tak yang aku cerita pasal sugar glider aku bulu dia gugur?.. & then kitaorang gi cari klinik vet sesat plak, last-last kitaorang balik. Kerana tak puas hati sebab bulu Baby still tak ok kami pun cari la klinik vet yang berdekatan sajerk.

Firstly pegi klinik vet kat Balakong tapi tutup, then cari la kat Kajang, akhirnya jumpe.. tanya ngan doc tuh dia leh buat checkup untuk sugar glider tak? then dia cakap boleh, tapi aku plak tak bawak budak 2 ekor tuh, balik la semula ke umah amik budak berdua tu.

Sampai je kat klinik pergi ke kaunter daftar nama untuk check up, lepas tu doktor timbang si Baby tapi scale takmo gerak sebab ringan sangat huhuhuh! cube plak timbang si MOMO ekh sama gak scale tak gerak... Bile doktor check badan baby dia cakap baby OK nothing serius katanya. Bulu nampak kurang sebab dia melekat antara satu sama lain tu yang nampak macam botak tapi sebenarnya tak botak.

Mase aku tanya ngan doc berapa angaran untuk check up dia cakap consultation RM20 tidak termasuk ubat, tapi bile dah check up semua doc cakap sikit saje so dia just cas untuk ubat sahaja RM5, doc bagi antiseptik untuk disapu kat bulu baby. Ok la klinik ni, selain ade treatment untuk animal ade gak barang-barang lain untuk kucing, anjing & lain-lain. Klinik ni terletak di Sg Chua Kajang, so sesape yang ade haiwan memerlukan rawatan boleh la datang ke sini, harga berpatutan & doc pun friendly.

baru balik dari klinik terus gi beli stand untuk cage

ni dia klinik Happy paws yang terletak di Sg Chua Kajang

Bile dah sapu entiseptik kat budak berdua tu, bulu diaorang pun ok... so bile nampak bulu dia macam kering-kering skit aku sapu la ngan antiseptik tu.. Bulu jadi melekat-lekat sebab dia jilat bulu, mulut plak kotor.. so kotoran melekat la kat bulu. Iskk comot betul anak-anak aku ni, aku picit baru tau!

Detik-detik akhir 2011

Sekarang dah 6hb baru nak wat entri pasal tahun 2011, punye la lembab! huhuhuh...

Iye la tuh hari hati tak berapa nak tenang kan? so... ni dah ok skit, leh la up cerita yang dah basi tu..

Ok! hari terakhir 2011 ade perjumpaan dengan geng seangkatan, ape lagi kalau tak geng TTC aku.. ♥SAYANG♥ sangat ngan mereka semua.. macam biase walaupun ade yang baru 1st time jumpe tapi macam dah lama gile berkawan!

Kami semua pegi makan-makan & sambut new year kat Putrajaya.. beeesssssttttt!

kami makan-makan di steamboat MAEPS
lepak-lepak kat putrajaya! *cerr tengok nana tido sambil senyum huhuhu!

kawan-kawanku yang sangat comel!

Mase lepak kat Putrajaya kononnya mau tengok bunga api.. tapi bunga api NAN-HADOOO kat tempat yang kitaorang lepak, yang ade cume asap jerk.. tapi tak kesahla semua tuh.. janji kami semua dapat beramas mesra.. Next time kalau ade lagi sesi macam ni sudah tentu aku mau JOIN lagikkk!

p/s: mereka saat memahami... walaupun ape pun keadaan mereka sangat prihatin.. SAYANG kamu-kamu semua wokehhhhh!

Rabu, 4 Januari 2012

Klinik Kesuburan

Ok.. kita takmo sedih-sedih, kita moving foward with new life & new hope! lupekan segala kisah sedih *walaupun sukar nak lupekan.

Firstly azam yang pertama untuk tahun ni & paling penting adalah MAU BABY!

Actually hari Isnin tuh hari aku dah pegi klinik fertility tapi tutup plak.. kat notis tulis akan dibuka 02/01/2012 tapi TUTUP plak aperr daaaaa... Ex-boss hubby aku yang suggest pegi klinik ni, anak dia dulu pun dah lama kawen (dia kawen tahun 2007) so dia pergi Klinik ni & dapatkan rawatan kat sini tak lama lepas tuh dia pregnant now dia tengah berpantang ☺. Dia cakap klinik ni OK & harga dia pun berpatutan kirenya mampu la untuk orang macam aku ni, nak ke LPPKN tu jauh satu hal, lagi satu nak kene ambik cuti kalau nak buat rawatan tu yang rase payah skit.

Ok Sambung cite pasal klinik... nama klinik ni Klinik Pakar Wanita Suria yang terletak di Alam Damai Cheras, Jalan menghala ke Bandar Tun Razak yerrr, berdekatan dengan Klinik bersalin Alam Damai & Balai Polis Alam Damai, bersebelahan dengan Old town. Disebabkan hari Isnin tutup so kami pergi semula semalam tapi malangnya tutup jugak.. rupenya klinik ni tutup hari selasa & khamis.. huh ape la nasib! so kalau sesape nak pergi klinik ni boleh la call dulu ye.. di talian 03-91057620.

Bile Klinik ni tutup rase kecewa gile, last-last pergi klinik dekat bahagian depan tuh di Klinik bersalin Alam Damai, kat sini pun ade gak check fertility.. so sampai kaunter ckp nak check fertility tapi nurse kat situ macam terpinga-pinga tanya antara satu sama lain sebab tak sure ade ke tak check fertility.. Adoi yai! dah terang-terang kat depan klinik ko tuh ade tulis klinik kesuburan.. semestinya ade cik kak oi!... aku cakap "kalau tak sure gi la tanya doc takde la saya nak menunggu kat sini". Dia pun gi tanya doc & doc ckp ade tapi tunggu hari ke 2 period baru dtg blk.. harga RM160. Dia cakap kalau nak dtg call dulu buat appointment, takut doc takde.. so sesape yang nak try kat sini boleh call 03-91057200.

Kesimpulan nya semalam takde checkup dibuat.. next week la baru datang ke sini balik, aku dah call Klinik Suria tu tapi doc takde plak Sabtu-Selasa ni, so Rabu next week baru boleh datang... aku ingat jumaat ni nak call balik nak wat appointment. Aku tanya gak anggaran kos, dia cakap consultation FREE kalau ade ubat/ check up ape2 maybe bawah RM100 murah kan? tapi ni angggaran je.. actual price akan diupdate setelah aku ke klinik ni balik next week.


Selasa, 3 Januari 2012

Permulaan 2012 yang sedih!

Actually aku gembira sangat bile dapat jumpe kawan-kawan TTC aku, malam new year tuh kami sambut bersama ♥♥ tapi....

yang sedih nya.. bile orang yang aku sayang sekali lagi membuatkan hati aku terluke.

Hakikatnya, hati ni terlampau pedih nak terima kenyataan... tapi hidup mesti diteruskan, walau ape pun yang terjadi. Kadang-kadang aku terpikir adakah zuriat yang menjadi segala punca? tapi bile dipikirkan balik orang yang ade zuriat pun sama jugak. Kesimpulanya zuriat bukan punca segala-galanya.. aku redha dengan ape yang berlaku sekarang... jodoh, ajal & rezeki semua ditangan tuhan hanya dia saje yang tahu ape yang terbaik untuk kita. Tuhan tak akan menguji kita kalau kita tak kuat atau tabah menghadapinya.

Seandainya sampai disini sahaja aku redha, aku sudah melakukan sehabis baik untuk kita hidup lebih bahagia tapi dia memilih jalan yang lain untuk bahagia.

Semoga hati ini cepat sembuh dari luka... dan aku masih mengharapkan satu sinar kebahagiaan dalam kehidupan aku yang mendatang ini.


Semoga tahun 2012 ni akan menjadi lebih baik walaupun dimulakan dengan langkah yang sumbang..