Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Oh CD1!

Rindunye ngan Cik P.. sampai sekarang dia tak mai-mai lagi oi! sampai sekarang tak jumpa lagi CD1.. bile la kita nak ketemu ni..

Tu hari dah wat UPT, tapi result adalah -ve! haih! bile la badan ni nak normal macam orang lain? TENSION!!!!!!

p/s: datang lama risau! tak datang pun risau... wahai Cik P boleh tak kamu datang secara normal... saya merayuuu sangat! *andainya Cik P boleh mendengar kata!

Anak Aset ke Syurga

Imej
Sharing is caring.. untung nya siapa yang punyai Anak ☺

Promosi Legoland Tiket di Nusajaya Johor, Malaysia

Imej
Legoland ada buka kaunter pembelian tiket, butiran seperti di bawah: Tempat           : ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE (IMIC),                         Danga Bay, Johor Bahru.
Hari/ Tarikh    : Sabtu,  23/06/2012 & ahad 24/06/2012 Masa             :  2pm ~ 6pm. **Setiap tiket/pass yang dibeli akan ada diskaun. Tiket adalah terhad, 1st in 1st out.
Harga tiket untuk sekali masuk:
TYPE NORMAL PRICE % PRICE (23&24hb) Dewasa RM140.00 RM96.00 Kanak-kanak (3thn~11thn) RM110.00 RM70.00 Warga emas (60thn keatas) RM110.00 RM70.00



Syarat – syarat :- Tiket boleh diwakilkan tanpa mengunakan ID diri yang lengkap, Tiket masih boleh bertukar hak milik sebelum anda mendaftar ketika pertama kali berada di legoland pada 15 september atau sebelum 31 disember 2012. Untuk tiket / Pass tahunan, anda akan mendapat kupon sementara.

WW #08

Imej
 
Bagi lelaki.. rajin-rajin la buat pahala.. ISTERI pun sukaaa... :)

Anak buah terbaru

Imej
Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH, kakak ipar aku selamat melahirkan baby boy. Dilahirkan secara cesarean, berat 3.8Kg maka bertambah la cucu didalam keluarga sebelah hubby aku ☺. Ape-ape pun aku sangat happy dah bersyukur semuanya selamat.

Semoga suatu hari nanti aku juga akan dapat menambahkan ahli keluarga buat keluarga mertua & keluarga aku sendiri.

Pantang Larang Kalau nak Mengandung dan Petua Umum

Pantang larang kalau nak mengandung.
1.  Jangan stress
2.  Elakan dari makan atau minum sumber berasaskan soya. 3. Jangan makan betik, kerana betik mengandungi enzim yang bleh melembutkan daging. (mungkin menyumbang pada keguguran)

Kalau sesiapa yang mengalami cycst, cubalah mengamalkan pemakanan yang sihat:
1. Jangan makan daging merah ( kambing, lembu dll )
2. Jangan minum minuman berkaffien.
3. Jangan makan makanan yg berlemak dan juga produk tenusu.

Amalkan memakan brokoli kerana brokoli bagus untuk mengelakkan cycst merebak dengan cepat kerana ia adalah anti kanser yang paling baik.
Petua Umum 1. Curi lampin baby (tak kira ler anak sedara ker..anak jiran ker)
2. Curi botol susu baby.
3. Curi-curi minum air bekal orang yang pregnant. * ni dah kes mencuri la pulakkkkk..... kalau korang try pastu termengandung jangan lupe mintak HALALkan hahahahah!
Sumber: Email

Langkah-langkah Rawatan Kesuburan

1. Scan perut dan juga vaginal scan untuk isteri & sperm test untuk suami. Sekiranya ada masalah pada rahim, lakukan pembedahan untuk membuang cycst atau pun fibriod.
2. Buat blood test pada isteri dan suami. Ujian darah ni untuk tentukan tahap hormon dalam darah.
3. Buat HCG ( X-Ray rahim ). Sakit sikit procedure ni sebab ada cecair dimasukkan dalam rahim. Biasanya ada 40% patient yg jalani prcedure ni akan pregnant dalam masa 3-6 bulan lepas procedure sebab tiub akan terbuka semasa procedure ini dilakukan.
4. Ambil ubat yang sesuai setelah habis ujian darah. Ubat subur akan diberi sehingga 3 cycle sekiranya masih gagal secara natural.
5. Buat IUI sehingga 3 kali procedure sekiranya belum berjaya dengan ubat subur.
6. Buat IVF sekiranya semua procedure telah dilakukan.
7. Tawakal kepada ALLAH dan berdoa.
SENARAI RAWATAN MODEN
1. Menkaji sejarah kitaran haid (regular atau tidak) serta sejarah keguguran. 2. Buat vaginal scanning (scan melalui vagina) untuk melihat sebarang abnormality…

Penyakit yang berkaitan kesuburan

KEABNORMALAN/PENYAKIT PADA WANITA

1) PCOS
Suatu keadaan dimana terdapat sista2 kecil telur (ovum) yg tidak matang berkumpul disekitar ovari, apabila buat VS akan kelihatan ovari bengkak, punca PCOS masih dalam kajian.

TANDA2 PCOS
- Haid yang kurang dari 8 kali setahun
- Tumbuh bulu di sekitar mulut, kaki, badan, tangan
- Kegemukan
- Perut buncit bahagian atas

RAWATAN PCOS
- Metformin - membantu mengurangkan tahap insulin dalam badan
- Norculut - membantu period regular
- Saw palmetto - membantu mengurangkan hormon lelaki dalam badan
- PROPER DIET dan EXCERCISE, AMAT PENTING BAGI ORANG YANG OVERWEIGHT

2) ENDOMETRIOSIS
Suatu keadaan di mana lapisan rahim iaitu endometrium diselaputi oleh darah kotor. Dikategori sehingga tahap IV

TANDA2 ENDOMETRIOSIS
- Senggugut yang teruk
- Darah haid yang sedikit
- Kesakitan bila bersama suami
- Sakit belakang dan kawasan sekitar
- Sering mengalami sembelit

RAWATAN ENDOMETRIOSIS
operation pada perut dkt ari2..mengikis darah kotor..diikuti dgn ubat bagi men…

Petua-petua untuk hamil

Untuk isteri:

1. Buat air taugeh guna kacang hijau
2. Makan bayam
3. Makan taugeh mentah 7 batang sehari
4. Rebus air dukung anak
5. Madu
6. Minum air suam dicampur dengan madu
7. Minum jus anggur
8. Minum jus buah durian belanda
9. Minum air rebusan buah adam
10. Secubit serbuk kayu manis+ madu (Untuk kuatkan rahim)
11. Blend kan Kurma+susu+air (Untuk hilang sengugut)
12. kunyit+halia+madu
13. Daun pegaga (Elok untuk ada fibroid)
14. Herba cina sensei
15. Makan jintan hitam atau habatussauda samaada dalam bentuk liquid, kapsul, serbuk
16. Minum air mussofa
17. Minum air annusyrah -Hawa & Zaba

Untuk suami :
1. Habatussauda
2. Blendkan Kismis + susu segar blend (Untuk sperma)
3. Madu + habatussauda
4. Minum kopi byk2  (Untuk sperma)
5. Banyakkan makan bwg mentah  (Untuk pekatkan air mani)
6. Minum air rebusan buah adam
7. Minum air mussofa

Petua di atas "wallahualam".. kita hanya mencuba ape yang terbaik untuk capai impian yang satu itu. Sesape ade pengalaman amalkan petua diat…

Ms P di mana kah engkau?

Imej
Masuk hari ni dah hari yang ke 72 thats mean aku tak didatangi Ms P hampir 2 bulan (kalau ikut orang normal) tapi yang tak normal macam aku 1 bulan :p.. sebab cycle terpanjang aku 60++
Last Ms P datang 29.03.2012 - 5.04.2012, now dah 8.06.2012 still dia tak datang menjenguk! adekah dia merajuk? ataupun nak kene pakse? ataupun ade sesuatu? jeng..jeng..jeng!
Yang sesuatu rase aku rasa tak mungkin plak sebab takde tanda-tanda yang memungkin kan lagipun before this aku ade amik pil perancang so kemungkinan untuk ada adalah tipis. Nak wat UPT malas la pulak.. takut keciwa, beriye beli pregnancy test pastu takde... tuh yang benci tu.
Anyway please la Ms P datang la kamu menjenguk aku.. aku tak larat nak makan ubat ataupun nak berjumpa dengan doktor.. sila la kamu menjenguk aku secara semualajadi.

Perencah Segera Mak Nyonya

Imej
Hidup lebih mudah & senang dengan adanya Perencah segera Mak Nyonya..
Punye la pemalas kan.. nak masak pun guna Perencah segera, tapi aku peduli apa! yang penting dia sedap, menjimatkan masa dan menjimatkan wang. Banyak lagi jenama lain selain Mak Nyonya ni, ade Adabi, berahim *betul ke eja dia erk?dan lain-lain. Tapi aku suka jenama Mak Nyonya, sebab rase dia memang real ☺.
Dunia sekarang ni semua canggih kan? yang tak tau masak pun leh jadi tau masak.. ahahahah! actually aku memang failed masak asam pedas, dah berapa kali mencuba tapi tak menjadi-jadi.. kadang-kadang rase terlalu lebih asam jawa, kadang-kadang rase cili tak berapa masak... haih puas dah cuba masak tapi still tak menjadi. Tapi sekarang dengan adanya rempah segera ni semua menjadi. hihihihih!
Ada macam-macam gak perencah rasa yang lain, aku pernah cuba rempah kari ikan... memang cukup senang goreng perancah segera tu kejap lepas tu masuk kan ikan, masuk kan air lepas tu masukkan santan skit. kalau nak tambah bend…

WW #07

Imej
Tiba-tiba kene build 1 system untuk company gune microsoft access! waduh-waduh... aku dah lama kot tinggal dunia pengkomputeran!
Last week dah pegi training pre-basic untuk build system ni.. tapi still blurrrrrrrrrrrr! HELP ME!

Pameran Mickey Mouse di Mid Valley

Imej
Pameran Mickey Mouse ni dah lama berlangsung.. pameran ni berlangsung dari 24/05/2012 hingga 10/06/2012 bertempat di ruang legar Centre Court Mid Valley.
Macam-macam jenis Mickey Mouse ade semua nya design pelik-pelik.. sape yang suka Mickey Mouse leh la datang ke Mid Valley, bagi ibu bapa yang tak tahu kemana nak bawak anak-anak cuti sekolah ni.. boleh la bawak anak-anak ke sini.
Sekiranya korang tak sempat datang seperti tarikh di atas, pameran ini akan disambung ke gallery area di tingkat 3 Mid Valley bermula dari 11/06/2012 - 17/09/2012. Selain pameran Mickey Mouse ade gak jual barang-barang yang berkaitan dengan Mickey Mouse.. So ape lagi beramai-ramai la ke sini ☺☺
P/S: saje je upload satu gambar je.. nak suruh korang datang sendiri ke sini untuk tengok yang lain-lain.. hihihih!

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Imej
Korang pernah dengar pasal restoran ni tak? aku ni dah seminggu mengidam nak makan seafood, hari-hari dok berbuih mulut cakap ngan hubby nak pergi ke umbai untuk makan seafood, tapi tak terpergi memandangkan umbai tu jauh ke selatan.
Semalam tetiba abang ipar aku whatsApp tanya pasal Ana ikan Bakar Petai, dia terbaca dalam paper Metro pasal restoran ni. Dia ajak gi dinner kat situ, kalau dah dia ajak SURE aku laju je sebab memang kebiasaannya memang makan FREE lorr ☺.
Lepas sembahyang Maghrib mereka semua bertolak dari wangsa maju, aku just tunggu kat Bangi je.. dekat gile kot ngan rumah aku. Sampai je kat sana orang beratur panjang... tempat duduk pun takde, kene tunggu orang lain habis makan baru leh cepat-cepat berebut tempat.
Sebenarnya aku pernah dengar pasal Ana Ikan Bakar Petai ni, dulu pernah masuk dalam rancangan "Warung Kita" tapi yang masuk TV tu kat Tanjung Lumpur, Kuantan.. kali ni dia bukak kat Bangi. Aku tak pasti plak bila kewujudan restoran ni kat Bangi.
Di…