Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum!

Dengan  rasa rendah diri saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada saudara seislam aku.. Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua...

Jalani la ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaan & keredhaan.. Semoga segala amal ibadah kita di terima Allah..

Aminnn!


Khamis, 19 Julai 2012

My Takoyaki

Ni last week punya cerita, lagipun dah nak puasa kan? kita cerita pasal makan-makan je la :p.

Sejak seminggu dua yang lepas aku ni gila sangat makan sengkuang calit, sengkuang calit old time memang terbaik la, aku selalu gi beli kat downtown jalan reko kat Kajang. Minggu lepas tujuan utama nak gi makan sengkuang calit ni, tapi tunggu punya tunggu sengkuang calit tak bukak-bukak, frust betul! nak tebus "kefrustsan" aku tu aku try la My Takoyaki.

Nampak macam sedap je, bila order kene tunggu 10 minit.. sementara menunggu tu pusing-pusing kat area downtown ni. Lepas 10 minit aku punya Takoyaki pun siap ☺.

Harapan menggunung nak merasa Takoyaki dengan harapan Takoyaki tu sedap, sampai kat rumah terus makan dan rasanya..... tidak sesedap Tako Tao di JUSCO menyesal plak beli. Memang betul-betul citarasa Malaysia :(.

sos dia sikit je :(

sebiji lagi dah kene telan ngan my raksasa

Bezakan dengan tako tao JUSCO.. *pic dari google

Harga untuk 4 biji Takoyaki ni adalah RM4.20  *kalau tak silap... dan perasa dia adalah octopus (kecik gile octopos dia).. sesapa nak cuba boleh la cari kat Downtown Jalan Reko

Rabu, 18 Julai 2012

Beard papa's cream puff




Siapa pernah makan Beard papa's cream puff ni angkat tangan? setelah lama aku mengidam *ngidam takde isi wokeh! akhirnya dapat jugak aku merasa.

Setiap kali lalu kat Beard Papa's ni memang terliur, tengok macam sedap je... bila tengok website dia lagila terliur ☺. Oleh kerana semalam aku just lunch roti naan je, maka boleh la saje gatal isi perut dengan cream puff. Officemate aku pun turut terliur dengan cream puff yang aku beli.

Cream dia ade macam-macam perasa, korang boleh pilih perasa yang korang suka, setiap perasa adalah berlainan harga ya! begitu jugak dengan puff dia, ada bermacam-macam pilihan setiap puff berlainan harga.

Aku pilih cookie puff with vanila cream, yang lain beli plain puff with chocolate cream. Harga untuk aku punya RM5.60/pc manakala untuk yang lain RM4.80/pc...mahal kan? Lepas dah beli tu masuk kan dalam peti ais perghhhh! memang sedap la... puff dia lembut & cream dia halus je, rase macam makan ice cream roti. Overall rasanya memang sedap la cream dia memang tak manis I LIKE, next time boleh beli lagi, tapi tak boleh la makan selalu sebab mahal sangat la :(.


cream puff with vanila cream
cream puff with chocolate cream

last one for atun ☺
Memang layan bile makan cream puff petang-petang bersama kopi fuhhhhh~

Isnin, 16 Julai 2012

Malang tak berbau

Hari jumaat ritu, hubby aku call, tetiba tanya aku leh EL ke tak? aku tanya la nape dia cakap abah jatuh kat ladang. Terus berderau darah takleh nak buat keje. Risau betul, *aku ni orangnya memang cepat panic & risau. Aku terus mintak EL, settlekan keje skit & terus gi umah kakak ipar aku kat Wangsa Maju. Hubby aku takleh nak amik cuti sebab dia baru sangat tukar kerja so memang tak boleh nak amik cuti sesuka hati, tu yang dia mintak tolong aku balik kampung bawak ipar-ipar aku sekali. Kakak ipar aku yang dalam pantang pun aku hangkut jugak balik ke kampung. Biras-biras aku semua ade kursus so aku la yang kene drive dari KL-JENGKA.

Sementara nak tunggu anak sedara aku balik sekolah aku pegi carefour jap beli barang-barang dalaman & berus gigi. Lepas settle sume terus balik ke Jengka, Alhamdulillah sampai kat sana dalam pukul 5 lebih macam tu, sedih bila tengok tangan abah sebab memang nampak tangan dia terkehel. Mula-mula dia nak urut je, tapi sebab takut ade bahagian yang patah kan.. kami semua pujuk abah pegi x-ray kat Hospital. Sebelum pergi hospital isi perut jap, sebab memang dari opis tak makan apa-apa lagi. Lepas siap semua terus ke hospital bahagian kecemasan. Sampai kat sane daftarkan nama abah & terus masuk ke bahagian separa kritikal.

Doktor cakap tulang tangan abah dah lari dari soket dia *hmm paham tak? kalau x paham paham-pahamkan la ahahah! doktor bius badan abah & masuk kan balik tulang tangan yang dah lari tu, lama juga abah nak sedar. Bila abah dah sedarkan diri, abah dah tak rasa sakit sangat sebab kedudukan tulang tu dah dibetulkan. Sebelum keluar hospital doktor pesan abah tak boleh angkat barang yang berat-berat. Doktor cakap kemungkinan untuk tulang tu keluar balik adalah sangat tinggi kerana faktor umur abah.

Sedih sangat bila tengok abah berbalut-balut, sebelum ni abah pernah patah kaki jatuh longkang.. time tu sedih jugak. Berapa bulan abah bertongkat, pastu makan bubur je, memang sedih la. Kali ni tangan terkehel plak. Harap sangat abah cepat sembuh & sihat selalu.


Tangan abah yang berbalut :(

Selasa, 10 Julai 2012

Akhirnya.... alhamdulillah! Syukur~

Sebenarnya hari jumaat tu hari memang aku nak menyerah diri ke Doktor nak gi tanya nape la Ms P aku tak datang menjengah! Tibe kat sane parking kat klinik Pusrawi pulak penuh & setelah menunggu hampir 1/2 jam takde jugak parking aku pun blah.. Ingat keesokkannya nak pergi ke klinik awal-awal pagi tapi kenderaan pulak takde, hubby bawak kete gi keje... nak naik kete lagi satu malas plak nak jalan kaki sampai ke depan, makanya tangguh la hasrat aku nak jumpa doktor, lagipun memang aku malas nak telan segala ubat yang doktor bagi :p.. kalau tak kerana Ms P tak muncul-muncul memang malas nak gi jumpa doktor.

Semalam balik dari keje aku nampak la spotting, bile nampak perghhhh! rase HAPPY tak terkata.. iye la rase rindu kat Ms P tu bukan kepalang dah lebih kurang 2 bulan tak jumpa kan , tentula HAPPY! *kalau tak datang 9 bulan terus aku takde hal ☺.. ni setakat tak datang 2-3 bulan tu yang membuatkan aku risau selalu..

Dan... tibanya hari ini akhirnya Ms P datang melawat aku... SYUKUR Alhamdulillahhhhh! dia datang dengan lancar sekali... tanpa rase sengugut dan sebagainya.. Alhamdulillah..

Lepas ni boleh la aku gunakan OPK yang aku beli kat HamilComel tuh hari... *suke..suke..suke! tak sabar nak tengok double line tanda hari kesuburan.. ade ke tidak erk kalau period tak menentu ni? harap-harap ada la kan??

Selasa, 3 Julai 2012

Mari Kita BERINGAT!

credit to FB
Sangat Comel Kartun yang dilukis... Sama-sama la kita beringat "kami hanya manusia biasa"