Rabu, 24 Oktober 2012

Sengkuang Calit Terbaeekk!

Sengkuang calit is my all time favourite! sedap sangat.. tapi harganya ya ampun, mahal! RM2.00 sekeping. Tapi disebabkan sedap sangat maka lupakan saje pada harga yang mahal itu! huhuhuh

Very the yummehhh!
Ni sengkuang calit old time, biase aku beli kat down town Kajang.. memang super duper sedap! ade 2 perisa 1 original lagi satu spicy.. bagi aku dua-dua sedap! kacang dia memang sooo crunchy sos dia walaweh teringat pun meleleh air liur. Once a week mesti aku pergi sana untuk beli sengkuang ni.. sekali beli 3 keping, 2 untuk aku 1 untuk hubby.

Sesiapa yang suka sengkuang calit ni cerr try old time sengkuang calit ni pasti suka banget! banyak jugak outlet dia kalau korang nak tau boleh terjah blog old time sengkuang calit.

Makanan yang sihat lagi berkhasiat!

Selasa, 23 Oktober 2012

Rendang LANDAK!

Siapa pernah makan landak?? actually landak ni aku dah masak lama masa time raya tuh hari tapi aku malas betul nak transfer gambar dari kamera. Masa raya tu hari... jiran MIL pergi memburu then dapat landak. Adik beradik yang lain tak berani nak makan, geli katanya.. tapi aku GAMBLE je, dah orang bagi ambik je la kan?? kang kecik hati plak MIL aku.

Kat sini aku share resepi LANDAK masak rendang.

Bahan-Bahan
1/2 kilo daging landak
3 ulas Bawang merah**
2 ulas Bawang putih**
1/2 inchi halia**
1/2 inchi lengkuas**
1 peket rempah rendang
Kerisik
1 kotak santan
3 sudu makan cili kisar**
Daun kunyit
Minyak Masak
Limau nipis/ sambal
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara Memasak
Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. Campurkan rempah rendang dengan sedikit air sehingga menjadi paste kemudian masuk kan kedalam kuali dan goreng lagi sehingga betul-betul garing. Setelah rempah garing masuk kan daging landak dan gaul kan sebati masuk kan air & biarkan sehingga daging landak empuk. Bila daging dah empuk masuk kan santan, & kerisik tunggu sehingga mendidih masuk kan bahan-bahan perasa mengikut citarasa. Biarkan kuah sedikit pekat masuk kan daun kunyit dah gaul sebati. SIAP



rendang LANDAK.. ade yang berani cuba?
Landak ni daging dia liat-liat sedikit rase ade iras-iras ayam kampung.. kalau nak beli daging landak ni memang mahal wooo.. ade sesiapa yang berani cuba? hihihihi!

Rupa landak sebenar.. ahahah!

Isnin, 22 Oktober 2012

Ikan dory grill bersama Sos Lemon

Minggu lepas aku teringin betul nak makan ikan bakar, then hajat dah dapat di lepas mase hari Rabu, tapi tak puas makan ikan rase macam tiap-tiap hari nak makan ikan.. search-search jumpa resepi simple untuk buat ikan bakar versi omputih.

Mari aku share kan...

Bahan-bahan Perapan

3 keping isi ikan dory (fillet ikan yang dah siap jual kat pasaraya)
Serbuk lada hitam
Serbuk paprika
Garam
Serbuk perasa
Sayur-sayuran (brokoli, asparagus ataupun lobak merah)

Bahan-bahan Sos Lemon

1/2 cawan susu segar
1/2 biji lemon
Herba thyme
Garam
Serbuk perasa
Bawang Putih

Cara-cara

Perapkan fillet ikan bersama serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa & serbuk paprika selama 10-15 minit. Sapukan dulang pembakar dengan minyak kemudian masuk kan fillet yang diperap ke dalam oven.

Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan Garam, serbuk perasa & herba thyme tunggu sehingga pekat (kalau tak pekat sejuk kan dia akan pekat sendiri)

Brokoli, asparagus ataupun lobak merah boleh di rebus atau pun digoreng sebentar bersama olive oil.

Hidangkan bersama sehiris lemon untuk menghilangkan hanyir ikan & bersama sayuran yang direbus, untuk lebih enak ditambah baked bean.



SELAMAT MENCUBA! 


Rabu, 17 Oktober 2012

Sambutan Birthday!

Tahun ni takde yang menarik untuk birthday kali.. dapat wish dari kawan-kawan & family yang terdekat sahaja.

Celebration untuk birthday telah di buat pada hari ni kat opis.. ehehehe! ENJOY! tapi tak boleh nak lepak lama-lama sebab buat 2-3 minggu ni memang super duper BUSY.. aku nyer superior on MC :(..

Opismate sempat snap 2 gambar...

tahun ni sudah 28 tahun..
Apa-apa pun.. aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang wish birthday aku! 

Last but not least.. flying KISS untuk korang semua..




I LOVE U ALL ♥♥ terutamanya.. kawan-kawan TTC aku yang sentiasa bagi semangat kepada aku. Diharap kehidupan yang mendatang akan lebih baik dari hari ini & hari yang lepas.


P/S: ade nampak perubahan tak? selepas tak makan nasi selama lebih kurang sebulan??

Khamis, 11 Oktober 2012

Dalam Kenangan

Tarikh 11.10.1998 akan di ingat sampai bila-bila, memang tak akan aku lupa. Pada tarikh itu aku masih berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di tingkatan 2. Emak yang kami sayangi pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya...

Di saat itu aku serta adik beradik aku yang lain masih inginkan kasih sayang seorang emak, belum puas kami bermanja tetapi dia telah pergi buat selama-lamanya, kebetulan emak pergi meninggalkan kami disaat beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun aku yang ke 14. Hati mana yang tidak sedih bila tengok kawan-kawan lain mempunyai emak & ade tempat mengadu.. tetapi tidak bagi kami.

Memang kami masih ade lagi abah, tapi kasih sayang abah memang tak sama dengan kasih sayang seorang emak. Mana tidaknya abah terpaksa membanting tulang siang dan malam memandu teksi bagi membesarkan kami semua. Tinggal lah aku & adik aku di rumah menguruskan makan, minum & pakai sendirian, pada ketika itu kakak-kakak aku sedang menyambung pelajaran di universiti. Pada umur 13 & 14 tahun kami telah belajar berdikari.

Walau macam mana pun hidup mesti di teruskan, kami adik beradik sangat kuat semangat.. kami kuat semangat seperti juga emak kami! bagi kami dia la IDOLA.. emak memang tak pernah kenal erti penat, setiap detik & masa memang dia tak pernah sia-siakan, kerja siang malam tanpa kenal erti jemu.. emak memang seorang yang sangat-sangat rajin. Pagi-pagi kerja di kantin sekolah, balik dari kantin terus kerja mengemas rumah orang, malam pula mengambil upah mengupas bawang, hujung minggu berkerja dengan caterer orang kahwin dan bila pulan puasa tiba dia sangat sibuk mengambil tempahan kuih muih. Pada aku emak adalah orang yang sangat kuat & tabah, ketika dia sakit dia still lagi berkerja menolong keluarga. Sampaikan jiran-jiran sekeliling tak jangka yang dia sakit. Dan pemergian dia pada hari itu sangat mengejutkan bagi jiran-jiran & rakan-rakan emak.

Jika Emak ada lagi mungkin kami adik beradik rapat & tidak ada yang bermasam muka. Jika Emak ada lagi aku masih dapat merasakan makanan yang sedap-sedap, Jika Emak ada lagi mungkin Emak adalah orang yang paling risau tentang aku yang masih belum berzuriat & mungkin dia akan berusaha mencarikan ubat untuk aku. Jika Emak ada lagi mungkin kami sekeluarga akan bahagia.

Kini sudah 14 tahun masa berlalu Emak masih dihati & masih di ingati.. EMAK we miss u so much!

Al- Fatihah~


Isnin, 8 Oktober 2012

Projek DIY

Lagi 2 bulan SIL aku nak kahwin.. aku yang rase semangat! aku rase sume benda aku nak buatkan sampaikan pelamin pun rase nak buat sendiri.. hihihih! tapi tak boleh la kan, tangan aku ni keras kejung kang tak jadi pelamin dia mampos! musnah harapan SIL aku.. sian dia. Ade beberapa projek yang aku dah jalan kan, dan sedang berjalan dengan lancarnya....aku suke sangat!

Antara benda yang aku nak DIY untuk dia..
1) bunga telur
2) guest book
3) hand bouque untuk nikah
3) guest book corner
4) bilik pengantin
5) meja makan beradap
6) centerpiece deco
7) bunga manggar

Aku harap semua yang dirancang berjalan lancar... semoga yang di planning akan menjadi, AMINNNN..

Rabu, 3 Oktober 2012

Sony PSP murah!

Aku nak let go aku punya PSP murah-murah... ade sesiapa berminat nak beli? Aku sangat jarang main PSP ni.. sebab tu nak let go, aku nak beli handphone baru... hohohoh!


- 100% original
- Disertakan sekali beg & charger
- Warna biru cair
- Masih dalam keadaan sangat baik
- Ada beberapa game di dalam & sudah di upgrade
- Harga RM400.00 (boleh dirunding)
- Pos PERCUMA nak C.O.D pun boleh..

Sesiapa berminat boleh PM aku..

Item SOLD

Terima Kasih!

Isnin, 1 Oktober 2012

Review Lawak ke der 2

Hi korang! tu hari kan aku beli tiket lawak ke der 2 (LKD 2) kan? ingat tak? so hari ni nak review la... mane tau ade yang berminat nak pergi tengok kan... show still ade lagi tau!


Istana Budaya Yaw!
Semalam pukul 1.30 petang dah gerak dari rumah, iye la takut jammed n aku nak gi redeem tiket kat sana.. lagi satu kalau datang lambat sure parking susah nak dapat, tak pun kene parking jauhhhhh. Sampai kat IB lebih kurang pukul 2.15 petang, sampai kat sana Alhamdulillah dapat parking dekat.. aku terus gi tukar tiket then beli sandwich buat alas perut sebab dari pagi tak makan. Lepak-lepak dalam kereta dalam pukul 2.45 kami pun masuk dalam.
After redeem ticket
Orang memang ramai gile wooo, baik yang mahal mahupun yang murah sume full house! ingat nak amik gamba dalam IB tapi tak boleh wokeeehhh! bile kuar kan handphone sikit mula la kene laser ngan staff IB. Tapi sebelum show start aku ade gak amik gambar dari tempat yang aku duduk tu.. just nak tunjuk tiket RM30.00 duk kat mana. hihihihih!

Tu dia.. sayup-sayup je.. ahahaha!
Overall show dia memang BEST-BEST-BEST gila! dari start show sampai ke akhir show memang asyik gelak aje! sampai rase keras perut + kering tekak sebab tak henti-henti gelak. Konsepnya adalah sama dengan LKD 1, dimulakan oleh Nabil merangkap host dengan membawakan lawak Gangnam style, kemudian di ikuti oleh BOBOI dorang cerita pasal sambungan LKD 1 yang Datin Maimon bukak  bisnes tangkap hantu.. lepas BOBOI buat show JOZAN plak take over cerita pasal seorang perempuan yang ada 2 boyfriend, kemudian Harith Iskander plak dia buat stand up comedy pasal facebook & perangai perempuan. Untuk 2nd round BOBOI cerita pasal penerbangan tambang murah & JOZAN plak cerita pasal sambungan 1st round.

Pada aku show ni memang best & siapa beli tiket yang mahal pun akan rase berbaloi.... bagi aku yang duduk kat tingkat 3 ni memang nampak kecik je dorang kat bawah tapi IB ade sediakan satu screen besar untuk nampak lebih jelas so boleh dikira puas hati jugak la.. *abis dah kedekut sangat nak beli yang mahal kan? so REDHA je la..

Sesiapa yang tak tengok lagi so ape lagi?? pergi laaa sure korang tak menyesal!