Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

hi!

Dah lama gila tak update.. bukan apa, tak tau nak cerita apa.. walaupun banyak benda yang aku nak sangat coret kan.. hari-hari memang akan bukak blog tapinya tak tau nak update celah mana
Emosi memang selalu sangat terganggu nak-nak bila orang sekeliling semuaaaa, dah ada baby dan ade jugak yang tengah preggy. Hati ni memang macam di siat-siat rasanya, tapi aku tetap pertahankan dan bersabar semua ni dah ketentuan Allah, jadi aku mesti terima.
Perasaan CEMBURU tu memang tak boleh lepas, kenapa mesti ada perasaan macam ni?? kadang-kadang aku cuba berlagak tak mahu ambil tahu tetapi hakikatnya dalam hati ni meraung-raung sedih! aku tahu bukan aku seorang je yang mengalami perasaan sebegini rakan-rakan sekapal aku mesti merasa perasaan yang sama kan? walaupun tak banyak serba sedikit mesti ade jugak terselit perasaan tu kan? jangan tipu wokeh. Aku memang dah janji tak mahu sedih tapi tak boleh, rasa diri ni sangat-sangat down bila teringat nasib diri ni. Memang sokongan banyak disekeli…

Majlis pihak perempuan selesai sudah

Imej
Alhamdulillah majlis pihak sebelah perempuan telah pun selesai, syukur majlis berjalan lancar walaupun ade sedikit kejadian tidak terduga.

Planning untuk DIY project aku semua berjalan lancar & mengikut kehendak pengantin, & pengantin sangat-sangat suka.. syukur...

Benda yang aku planning nak DIY tu hari:

1) bunga telur - Done
2) guest book - Done 3) hand bouque untuk nikah - Tak jadi sebab dia dah tempah 3) guest book corner - Done 4) bilik pengantin - Done 5) meja makan beradap - Done
6) centerpiece deco - Done
7) bunga manggar - Tak jadi sebab nak pakai sikit jerp.

Tambahan lain

1) Fabric flower for 1100pcs deco glass jar 2) Cosage 3) Hantaran pihak lelaki & perempuan 4) Photobooth 5) Doorgift untuk kanak-kanak 6) Doorgift untuk majlis pernikahan

Penat memang penat tapi semuanya berbaloi sebab ramai puji hasil kerja aku *masuk bakul angkat sendiri.. setiap kali balik kerja cepat-cepat mandi & get ready buat benda-benda ni semua.. kalau adik ipar aku planning nak …

Emosi

Sejak dua menjak ni aku asyik la rasa nak beremosi. Kenapa eh?? Cik P aku tak datang lagi ni kalau nak ikut memang dah delay dah.. haishhh! main sembunyi-sembunyi lagi dia ni.
Skang ni emosi aku selalu bercampur baur, bila datang kerja rasa nak marah je.. rasa penat yang teramat, pastu mengantuk manjang, aku jarang rasa ngantuk kat opis. Bila balik rumah tu rasa jadi malas gila! pastu manja dengan hubby terlebih-lebih plak. hihihihih tu pun nak cite kan? ikut suka la blog aku.
Korang tau tak? aku ni dah 2 minggu sakit T*t*k macam berdenyut, tapi sebelah kiri je yang berdenyut belah kanan Ok jaaa.. pastuh badan ni rasa sakit-sakit aje! dah cek ngan doctor tapi doctor cakap aku normal. Ape la yang menyebabkan badan & emosi yang tak stabil ni? errrr kadang-kadang risau gak.
Cepat la baik wahai badan.. nak kerja kuat 2 minggu ni. Doakan aku cepat sihat ye kawan-kawan.