Selasa, 8 Januari 2013

Rumah Amal Kasih Bistari

Insyallah, aku & kawan-kawan aku yang lain akan melawat ke Rumal Amal Kasih Bistari ni. Aku menjoinkan diri bukan sebab nak menunjuk aku & kawan-kawan aku ni baik ke ape.. tapi sekadar membantu apa yang patut. Walaupun aku tak membantu dari segi kewangan aku boleh bantu dari segi tenaga betul tak?

Sebelum ni aku memang teringin sangat nak buat kerja-kerja amal macam ni, now dah dapat merasa ape yang aku ingin buat Alhamdulillah.

Sesiapa yang hendak membantu hulurkan sumbangan boleh la layari blog msgedik di http://www.msieda.my/ blog ni ade gak cerita pasal kerja amal yang akan dilakukan nanti. Kami masih lagi giat mencari sumbangan untuk program ni. Insyallah kami semua akan menjalankan amanah yang telah diberikan sebaik mungkin.

Doakan semoga program yang akan dijalankan berjalan dengan lancar yer... AMINN..

P/S: siapa boleh tolong aku??? kenapa xleh nak insert gambar eh??  lai-lai TOLONGGGG

Jumaat, 4 Januari 2013

Sebaknya berita ni..

Air mata bagai tak boleh ditahan bila aku baca artikel ni.. sedih yang amat! aku ni pantang dengar/baca/tahu apa-apa berita tentang orang lambat dapat anak ni.. rasa macam terus masuk dalam jiwa & berkongsi perasaan dengan meraka. Semalam pun macam ni gak ade seorang pompuan call hot fm tentang hari pertama dia dapat tahu dia pregnant setelah 12 tahun menunggu.. aku pulak rasa sebak, meleleh gak la air mata ni.. padahal aku bukan kenal pun pompuan yang call tu tapi sebab penantian yang sama maka aku pun turut rasa kegembiraan dia.

Eh korang boleh klik link yang aku bagi ni untuk tahu cerita selanjutnya aku tak boleh nak attach gamba, tak tahu kenapa geram betul la!

(tak boleh nak attach gambar letak link je la)

Semoga permohonan anak angkat yang dibuat encik ni diluluskan... ☺, untungnya dia. Semoga dia juga dirahmati oleh ALLAH kerana menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa.

Khamis, 3 Januari 2013

Nak kena seru lagik?

Ms P hoi! dimanakah dikau?? aku merindui mu... sudah cycle day keberapa ni kamu tidak muncul-muncul.. UPT pun asyik la negative, membuat kan aku asyik tertanya-tanya, kalau kamu takmo datang dengan penuh harapan & bermakna takpe.. aku benarkan & aku REDHA, tapi kamu menyepikan diri tanpa sebarang tanda-tanda & menjadi tanda tanya kepada aku ni tu yang geram! hai la Ms P!

Ms P muncul la kamu, sebelum kamu di paksa untuk keluar! please be nice with me... pleaseee..

So aku dah seru ko Ms P, sila la keluar dengan lemah lembut dan bersopan santun hik..hik..hik..

Rabu, 2 Januari 2013

Baju pepelum murah

Orang nak pepelum ko nak pepelum gak kan? huhuhuhu! at last sebab kelam kabut nak pepelum, nah! hambik ko baju kecik.. ade sesapa yang berminat nak beli tak? aku nak letgo harga aku beli.. RM28.00 include postage. Kain dia sedap tapi sayangnya aku tak muat keciwa sangat.

Perasan sangat badan kecik.. baju ni size S or M, agak-agak kalau badan tu sebaya macam aku tidak disarankan untuk membeli ye!

Sesapa yang berminat boleh PM aku or comment k...

memang sgt cute baju ni! tapi apakan daya.. :(
grrrrr.. geram tgk!
dipakai oleh model tidak berbayar aku ♥♥
**baju ni hanya sehelai siapa cepat dia dapat.. :)

SOLD