Selasa, 30 April 2013

Hari mengundi POS PRU13! ~ 30.04.2013

Semua orang dah tau kan? hari ni hari mengundi pos bagi sesiapa yang menjalankan tugas pada hari pengundian pada 5.05.2013, aku adalah yang termasuk dalam golongan itu, sebab aku ditugaskan untuk menjaga salah satu pusat undi di KL.

Sepatutnya memang aku kene mengundi pada hari ni secara POS tapi malangnya surat arahan mengundi sampai LEWAT di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat. Keciwa?? memang sangat.. sangat keciwa! sebab kali ini adalah kali kedua aku mengundi. Kalau kali ni aku tak dapat mengundi amat laaaaa RUGI! Pagi tadi staff PTD Hulu Langat call dia suruh aku mengundi macam biasa pada 5.05.2013, katanya mereka baru terima surat tu semalam maka tak sempat nak proses. *jangan tipu guna nama aku 2 kali udah la (+___+) tak pasal jadi pengundi HANTU!

Aku terus call abang ipar aku cakap aku tak dapat mengundi, pastu dia cakap takpe nanti dia uruskan. Lepas 10 minit macam tu dia call semula, dia cakap takpe nanti hari pengundian kita gilir-gilir pergi mengundi *nasib baik la aku dah tukar alamat! kalau tak tukar lagi?? nak balik Johor mengundi?? hmmmm....

Takpe la yang penting masalah aku dah selesai, Makanya! mengundi seperti biasa pada 05.05.2013.

SELAMAT MENGUNDI SEMUA!!!! Pilih lah yang terbaik yeee.. saya memang pilih sama macam hubby saya pilih!

"INI KALI LAH - ABU!"  hohohohohoho!

Isnin, 29 April 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing.
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi.
Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Sebab itulah bayi nampak comel :)

comelnya baby dalam perut ni!

"YA ALLAH berikan lah kami peluang untuk merasai detik ini, YA ALLAH berikan lah aku peluang untuk menjadi ibu kepada benih suami ku, YA ALLAH berikan lah kami zuriat yang soleh & solehah, Sesungguhnya engkau maha besar, maha pengampun & maha mengetahui"


Jumaat, 26 April 2013

Resepi murtabak maggi yang simple

Pernah makan murtabak maggi? resepi ni aku gerenti resepi dia memang super duper SIMPLE!

Bahan-bahan

3 paket maggi kari
4 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
250grm daging kisar
Cendawan butang
Daun sup
Serbuk kari

Bahan-bahan
Cara memasak

Rebuskan maggi sahaja (serbuk perasa kari jangan dibuang) dan toskan.

Inti/topping

Potong dadu bawang merah, bawang putih dan cendawan. Panaskan kuali dengan sedikit miyak kemudian tumis bawang-bawang tadi sehingga kekuningan. Setelah kekuningan masuk kan daging kisar tunggu sehingga daging bertukar warna kecoklatan dan masuk kan pula cendawan. Campurkan serbuk kari atau boleh je guna serbuk kari maggi yang terdapat didalam paket maggi, tambahkan sedikit garam. Hiris halus daun sup dan masukan ke dalam kuali dan gaul rata.

Campurkan telur (dikocak dulu) dengan maggi yang telah ditoskan, masuk kan sedikit inti kedalam adunan maggi dan gaul sebati. Kemudian masuk kan kedalam kuali ajaib, lebihan inti tadi dituangkan keatas adunan tadi. Cucuk dengan grafu bila grafu bersih maknanya dah masak la tu! kemudian hidangkan la.

begini la bila dia duduk dalam kuali ajaib!

Murtabak maggi yang simple & sedap!

Tips: Pastikan maggi yang direbus tidak terlalu lembik.

Resepi ni belajar dari arwah mak aku ☺, masa kecik dulu ni la masakan pertama yang aku belajar. Hubby aku pulak cakap ni resepi orang yang duduk asrama, siapa yang pernah duduk asrama ni la makanan dorang.. iye ke?? hihihihi!

 

Khamis, 25 April 2013

Giveaway ~ ♥♥ I LOVE GEROBOK HANA ♥♥

 GIVEAWAY
I LOVE GEROBOK HANA
15 April - 25 April

Hi korang!

Ingat tak aku pernah promote pasal Gerobok Hana?? haaaa... dorang buat GRAND OPENING tauuuu! sempena opening diaorang, mereka ada buat GIVEAWAY! nak join tak?? nak join?? Giveaway yang sangat simple mimple! *apa bahasa daaaa aku guna

Ada 2 cara untuk join Giveaway ni

Cara PERTAMA korang share kat FB
1) LIKE FB Gerobok Hana
2) Make sure korang SHARE to public dan COMMENT kat situ "I LOVE GEROBOK HANA"

Cara KEDUA korang share kat BLOG
1) FOLLOW Blog Gerobok Hana
2) LETAK kan Banner Gerobok Hana & LINK kan
3) Buat simple ENTRY pasal Geronok Hana
4) Jangan lupa letak kan AYAT "I LOVE GEROBOK HANA"
5) Akhir sekali tinggal URL blog korang di Gerobok Hana


letak kan banner ni di BLOG & link kan.
 -KLIK SINI-

Sebanyak 4 HADIAH menanti anda semua : 2 dari FB & 2 dari BLOG

Ade lagi... sempena opening ni, siapa yang yang MENTION KOD kat bawah ni semasa membeli dari Gerobok Hana, korang SURE akan dapat "SPECIAL GIFT" dari mereka! best kan? even korang beli satu item pun korang akan dapat! BEST kan... best kan???... mesti la BESTTTT!!!

Mention KOD ni untuk "SPECIAL GIFT"
Hah peluang korang untuk menang akan menjadi lebih tinggi bila korang buat dua-dua cara sekali! ☺... so apa lagi! Moh join! moh!

Rabu, 24 April 2013

Resepi lasagna yang simple

Siapa suka makan lasagna??? nga nga mulut cepattt!!! hihihihih! macam biasa selalu mengidam mengalahkan orang bunting. Yang paling mengada tak nak makan yang kat pizza hut tapi nak makan kat The Glato, tapi masa aku pergi The Glato dah siap-siap nak tutup kedai (al-maklum laku sangatttt.. penangan Jalan-jalan cari makan gamaknya) lagi pun aku sampai pun dah lewat memang patut pun dah habis!

Bila teringin tu hati memberontak, maka ambil solution buat sendiri. Cara masak sangat simple! tapi bahan-bahan dia Masyaallah! punya la mahal.. Aku beli barang je dah nak dekat RM50.00 (tu pun cari bahan yang paling murah) sila pejam mata sambil bayar & fikir positive, kita boleh guna barang-barang tu berulang kali dan JIMAT. Pheeewwwww~ *lap peluh

Bahan-bahan ni lebih kurang RM50, korang percaya?? (*_*')
Bahan-bahan

Kepingan lasagna instant                       
Daging cincang                                     
Bawang Merah
Bawang putih
Sos cili
Tepung Jagung/ Tepung gandum
Cheesedale                                           
Sos bolognese jenama maggie               
Mozarella cheese                                  
Parmesan cheese                                  
Cendawan butang                                 
Susu cair/ susu segar                             
Tomato puri                                          
Butter
Lada hitam

Cara-cara Memasak

Rebuskan 3/4 kepingan lasagna (ikut acuan) sehingga lembut. Jangan lupa masuk kan sedikit minyak supaya tak melekat antara satu sama lain.

Sos Merah/ bolognese

2 biji bawang merah dipotong dadu, kemudian seulas bawang putih juga dipotong dadu. Panas kan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bawang-bawang sehingga kekuningan, masukan lebih kurang 200grm daging cincang goreng sehingga bertukar warna menjadi coklat. Campurkan serbuk sos bolognese Maggie dengan sedikit air kemudian gaul sebati dan masukkan kedalam daging yang digoreng. Potong dadu 3/4 biji cendawan butang dan campurkan dengan sos daging tadi. Masukkan pula sesudu sos cili, sedikit lada hitam dan perasa. Tunggu sehingga sos menjadi sedikit kering/pekat.

Sos Putih

Panas kan periuk dengan 2 sudu besar butter, setelah butter cair masukkan 220ml susu segar. Letak sedikit garam dan masuk kan 2/3 keping cheesedale ke dalam kuah tadi dan tunggu sehingga betul-betul pekat.

Melapis lasagna

Letakan kepingan lasagna di bawah sekali, kemudian masukkan sos merah dan campurkan pula sos putih, taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese. Ulangi langkah ini untuk beberapa lapis dan diakhiri dengan sos putih dan taburan mozarella cheese. Kemudian bakar & tunggu sehingga cheese mencair (agak-agak dalam 2-3 minit macam tu (^_^).... kalau nak makan tu korang kene tunggu lasagna tu sejuk sikit, kalau tak melecur mulut hokehhhh!

Tips: pastikan sos merah dan sos putih tu kering dan pekat baru la lasagna tak beriar sangat.

Ni hubby punya..

yang ni aku punya :)
Adunan ni boleh dapat 2-3 mangkuk lasagna... memang bertambah gemuk la aku!!! Disebabkan aku pakai oven toster yang kecik & foil bowl tu lebih besar maka aku kene kemek kan sikit foil tu hihihihi! maklumla orang takde oven! tapi nak juga makan hasil buatan sendiri begini la jadinya..

Jumaat, 19 April 2013

Ini Kerja GILA!

Sedih baca berita yang satu ni.. korang sure mesti sedih juga membacanya, nak-nak korang yang sedang berTTC dan tidak terkecuali ibu-ibu yang mempunyai anak.

Bayi diabai akibat mak ayah hisap dadah

SUNGAI BESAR - Seorang bayi berusia empat bulan mengalami nasib malang setelah diabaikan kedua ibu bapanya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah.

Difahamkan, bayi berkenaan turut mengalami jangkitan kulit, selain berat badannya turun mendadak akibat tidak pernah mendapat penjagaan rapi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, ibu kepada bayi berkenaan dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan awal Mac lalu atas kesalahan curi kabel.

“Selepas menjalani proses siasatan, polis mendapati bapa bayi tersebut positif dadah.

“Isterinya pula mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan dan bertindak mengambil dadah dengan lebih aktif sehingga mengabaikan keperluan anaknya itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mushar berkata, keadaan wanita terbabit disedari seorang penduduk yang melihatnya berkeliaran di sekitar kawasan Parit 7 Sungai Leman sambil mengendong bayi pada 9 April lalu.

Menurut, penduduk berkenaan kemudiannya menawarkan kepada wanita itu untuk menghubungi pihak hospital bagi membolehkan bayinya mendapat rawatan.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

"Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati bayi terbabit  hanya mempunyai berat badan 2.5 kilogram dan keadaan kulitnya melecur akibat jangkitan kuman,” katanya.

Beliau berkata, bayi itu dipercayai sudah sakit sejak dua minggu lalu dan difahamkan tidak pernah menerima rawatan kesihatan di hospital sejak lahir.

“Bayi ini hanya menerima suntikan BCG ketika dilahirkan. Bayi ini juga disahkan tidak mempunyai bekalan air yang cukup di dalam badan dan ada ketika mangsa hanya diberikan air kosong oleh ibunya," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat daripada pihak hospital, polis kemudiannya menahan ibu bayi tersebut di hospital berkenaan jam 1.30 petang pada hari kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa menggunakan wang yang diperoleh hasil pemberian ehsan penduduk sekitar untuk membeli dadah.

"Wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan dan sudah dituduh di Mahkamah Sungai Besar pada Selasa lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Mushar mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan dadah yang mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan keluarga.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan itu dapat dikawal.


Keadaan bayi malang yang diabaikan ibu bapanya.


Kulit bayi berkenaan melecur akibat mengalami jangkitan kuman.
Sedih betul tengok berita macam ni.. Sayunya hati!!! Harap-harap mereka ni dapatlah bertaubat.


Khamis, 18 April 2013

Rawatan Kesuburan: Semen Analysis

Kornologi Treatment

1. Start all over again @ Hospital Government pula..
2. Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang

3. 
Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang

4. Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang

Hari ni 18.04.2013 appointment untuk hantar semen hubby ke makmal. Hubby aku kena "PUASA" lama wooo! mana taknya minggu sebelum ni aku period, lepas abis period je ngam-ngam dia kena "PUASA" sebab nak anta semen. Kesian dia :P

Malam semalam tak boleh nak tidur dengan lena sebabnya perut ni pedih yang AMAT, gastrik kaw! sebab tengah hari makan Yong Tau fu *healty food katanya! puiiiii~ . Pastu pagi-pagi nak kene bangun tolong hubby.. hihihih! pkl 7.47am semuanya selamat, tapi macam sikit pulak.. ke memang macam tu?? aku pun tak pasti. Semen tu kena sampai kat makmal dalam masa 1 jam. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya, rumah ngan hospital dekat je.


Syarat-syarat sebelum hantar semen
Lepas dah anta semen ke makmal, hubby terus anta pergi kerja. Sekejap je settle, alhamdulillah semua berjalan lancar, tunggu result dari doktor je pada 10.06.2013 nanti.. owhhhhh! tak sabarnya cepat la masa berlalu ☺.

INFO

Total rawatan kali ni: RM0.00

Rabu, 17 April 2013

Mendaki di Bukit Broga

Takde benda nak story, mari kita korek cerita lama... hihihihih!

Aku lupa kejadian nya bila, tapi aku rasa bulan 2 macam tu. Dah lama teringin nak mendaki Bukit Broga ni, selalu selak-selak blog orang lain yang pernah tawan bukit broga akhirnya aku dengan semangat, aku ajak hubby aku. Mula-mula dia malas.. tapi sebab malam sebelum pergi  dia ada jumpa kawan-kawan dia & kawan dia ckp "you must try" dia pun nak pergi! *aku ajak takmo! bila kawan cakap nak pulak dengar! hashhhhh!

Sebelum tu aku ade halo-halo gak kawan TTC aku, Yani bunny cakap dia nak join ☺*cari stamina nak jalan-jalan kat europe katanya tapi kami pergi sendiri-sendiri jumpa di puncak bukit Broga. Malam tu kami tidur lewat sebab gi lepak-lepak ngan kawan hubby pukul 3 pagi baru balik yawww! pastu takleh sedar diri pagi tu! pukul 6 baru tersedar.. kejut hubby bukan main payah nak bangun! Bersiap-siap pukul 7 baru gerak dari rumah. Aku bawa bekal sarapan roti + nuttela, air horlick dan air mineral.

Sampai kat Bukit broga dalam pukul 7.15am macam tu, keadaan still gelap tapi aku menyuluh guna BB nye flash hihihi! jalan punya jalan hari pun terang, tak sempat nak tgk matahari terbit! track dia pada aku mencabar juga la.. lenguh kaki mendaki! *almaklum x biasa mendaki orang lain mendaki sekejap je, aku mengambil masa 1 jam lebih nak sampai ke puncak! tu pun tak sampai puncak paling atas... letih nak daki & dah rehat jadi malas pulak :P.

Bila dah sampai atas teruja gila! pemandangan memang SUPERB! Subhanallah! memang cantik.. puas hati! berpeluh sakan. Bila dah lama atas tu Yani call dia cakap dia dah sampai, pastu aku tunggu Yani, memang LAJU gila kot dia daki, sekejap je dah sampai! Aku lepak-lepak kejap atas tu then turun semula kebawah dalam pukul 10 lebih macam tu dah settle pendakian kami ☺

Minum ho..ho..ho horlick!
hubby said "cepat la! tak kan baru pit stop 1 dah semput??"

pemandangan yang Cantik!
  
budak sebelah aku ni LAJU gila dia mendaki! stamina memang POWER!
Sesiapa nak try pergi boleh la... bukit broga ni kat semenyih, senang je nak pergi,  kat pekan Semenyih tu korang terus je sampai jumpa traffic light korang pandang belah kanan ada Petronas. Korang jangan risau sesat sebab sebelum traffic light tu ada signboard "Universiti Nottingham" & "Bukit Broga". Bila jumpa traffic light tu belok kiri kemudian terus je sampai jumpa kereta banyak-banyak parking tepi jalan. Bayaran untuk parking dikenakan RM1.00  untuk setiap kereta.

Kalau korang datang masa hari masih gelap, korang akan nampak cahaya dari jauh kat puncak bukit, cahaya tu datangnya dari lampu suluh pendaki, macam semut daki bukit tau! huhuhuh! ehhh! kalau korang datang keadaan hari masih gelap.. korang jangan lupa bawa lampu suluh tau! kang tak nampak jalan pulak!

** aku tak puas hati, masa BFF aku mendaki leh pulak dia jumpa anak sungai! mana ntah dia jumpa!

Cilok dari FB BFF's hubby: kerol! :P
Next time target nak daki Bukit tabur plak! BFF aku cakap lagi mencabar.. tak sabar nak TRY!

Khamis, 11 April 2013

Bubur nasi di kala hujan!

Semalam lebat gila kan hujan? nasib baik payung BESAR aku tertinggal kat office.. boleh la balik berpayung! kalau tak memang kene tunggu hujan reda. Dengar cerita kawasan KL banyak ditengelami air betul kah??? kasihannnnnn...

Sampai rumah je terus mandi, takut sakit kepala! pastu cari idea nak masak apa. Idea pun datang TING! masak bubur nasi dengan lauk.. nak-nak bila cuaca sejuk kan? hujan lagi tu... mak aih! memang sesuai banget!

bubur nasi berlauk
Bubur nasi + ikan bilis kentang kicap + sardin + sambal ketuk + telur dadar

Simple but NICE ok! *puji masakan sendiri... Nak share ngan korang resepi sambal ketuk yang bapak sedap! terangkat gila bila makan dengan nasi panas! fuuhhh kecur air liur!

SAMBAL KETUK

Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit garam

Cara-cara memasak
Gorengkan ikan bilis sehingga garing, kemudian ketepikan. Gorengkan pula cili padi dan bawang merah kemudian tumbuk semua bahan sehingga lumat, masukan sedikit garam (jangan terlalu banyak sebab ikan bilis dah masin). Siap & boleh dihidangkan.

**Dah lama tak makan bubur nasi kat kampung baru, daging kicap dia pergh memang sedap! terliurnya!

Rabu, 10 April 2013

Kakoa talk

Sekarang semua orang sibuk berwe chat ye?? iklan siap dah kuar bagai.... hihihih! best kan boleh dengar suara sendiri? we chat ni memang bagus sebab budak-budak pun pandai guna! anak sedara aku kalau nak cakap apa-apa pakai we chat jerp! nak taip msg x pandai kan? so we chat ni memang sesuai!

Lagi satu fungsi sama macam we chat ialah kakoa talk! kalau dengan hubby aku lebih suka berkakao talk! sebab emoticon dia comel-comel if malas nak taip msg just bg emotiocon yang sangat comel! dia boleh gak chat macam we chat tapi aku jarang guna.. nak video call pun boleh. Kelebihan dia just kat emotiocon dia je & lagi satu bunyi incoming msg semua comel! kalau nak emoticon yang lebih comel-comel leh download je FREE sajer!

logo kakao talk

emoticon yang comel

ni emoticon yang basic
*wei aku dah download keek! kelakar la pulok aku tgk artis-artis malaysia ni berkeek.. macam syok sendiri pun ada jugak! huhuhuhuhuh.. aku x post apa-apa pun kat keek xde benda nak post, kalau ade anak besh juga kan? leh up kat keek!

Isnin, 8 April 2013

Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang

Kornologi Treatment

1. Start all over again @ Hospital Government pula..
2. Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang

3. Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang

Masa aku buat refer doktor masa 1st time tu hari doktor ade beberapa keping kertas untuk aku simpan & follow up, salah satunya blood test pada CD2-CD5.

FSH/LH at CD5
So hari ni CD5, ingat nak pergi jumaat hari tu tapi darah kuar malu-malu so tunggu weekend tengok keadaan macam mana sekali alhamdulillah darah kuar dengan lancar. Pagi tadi pukul 8.30am aku dah terpacak kat hospital, kali ni tak payah ambil no. Pergi je kat bilik/kaunter no 8. Disitu ade disediakan no untuk dikepil kan bersama kertas yang doktor bagi hari tu.

Lebih kurang 1/2 jam nama aku di panggil, selalunya bukan main payah lagi nak ambil darah sebab urat aku kecil tapi kali ni semua berjalan lancar. Nurse tu memang pandai ambil darah aku, sekali cucuk je dah mengena. Kejap je ambil darah tu lepas tu terus balik, kalau aku tau tak payah ambil cuti, just cakap ngan boss aku masuk lambat sikit pun takpe. Memula aku amik full day cuti tapi sebab belum pukul 10 dah siap aku ambil keputusan amik 1/2 day jerp. JIMAT cuti.. hikhikhik!

Setakat ni semua rawatan FREE je.. syukur sangat, walaupun step dia lambat tapi Alhamdullilah semua berjalan lancar. Next week kene anta semen hubby plak.. hope hubby buat yang terbaik! ahahahahah!

*Result akan diketahui masa appointment ngan doktor pada 10.06.2013

INFO

Total rawatan kali ni: RM0.00

Khamis, 4 April 2013

Pesta belon panas Putrajaya 2013

Kejadian ni hari sabtu yang lepas, pagi tu pergi makan-makan kat Serai, Empire Mall..

Kek-kek yang terdapat di Serai, Empire Mall Subang!
Sebenarnya aku & hubby plan nak gi pangkor tapi depends hubby balik keje pukul berapa.. takut nak kejar feri tak sempat. Sekali hubby balik pkl 3 so memang tak sempat la nak kejar kan feri.. makanya bosan la kami di rumah sebab biasanya kami akan pergi mengacau anak-anak sedara aku, tapi dorang takde semuanya ke Pangkor!

Fikir punya fikir teringin nak makan seafood, mula-mula nak pergi ke Umbai, Melaka.. tapi malas pulak nak drive sampai ke Melaka. Lepas tu cadang nak ke Bagan Lalang tapi mesti ramai orang sebab cuti sekolah nak-nak last day cuti sekolah, sure orang ramai GILA la! at last aku cadang makan kat Ana petai ikan bakar kat bangi... hihihih! jimat duit minyak & tol dan boleh makan sampai PUAS!

Sebelum gi makan tu tak tau nak merambu ke mana, so ajak hubby gi tengok belon panas.. dia cakap OK, dengan syarat aku yang drive! so aku ON je la. Orang masa petang tu tak ramai sangat la.. so-so je, 1st time tengok belon panas dekat-dekat, sangat JAKUN! hihihihi! macam-macam bentuk ada.

Bentuk kucing

Bentuk biasa-biasa je

yang depan tu bentuk luar biasa.. belon gak ni! hihihih!
Masuk percuma je, parking pun percuma.. kalau nak try naik belon tu kena byr RM20.00 sekali naik.. ade dalam 5-15 minit kot. Kalau nak jalan-jalan dalam belon tu pun boleh RM2.00 sekali masuk. Banyak jugak belon-belon lain tapi dah teruja sangat lupa nak amik gambar yang lain.

Next year leh la pergi lagi!

Rabu, 3 April 2013

Keliru tentang Period!

Aku tengah keliru pasal period aku ni... aku sepatutnya kene buat blood test antara CD2 -CD5, tapi... kekeliruan telah terjadi sebab semalam aku ade kuar spotting (lendir yang bercampur darah) time buang air kecil, setiap kali buang air kecil mesti ada *jangan geli hokeh! ni kenyataan!

Bila aku pakai pad takde secalit darah pun kat pad aku pagi ni.. tapi bila aku buang air lendir tu ade! Siapa yang tahu dalam hal ni tolong la saya yang dalam kekeliruan ini! adakah ini nak dikira sebagai CD1 atau macam mana??

HELP-HELP.. ada juga tanya kat member suruh dia tanya kawan dia yang Doktor, tapi untill now tiada jawapan.. sesiapa ada jawapan tentang hal ni sila la komen! JASA anda sangat di kenang.. ☺

*kalau ade update dari member aku, aku akan update! antara korang pun ada masalah begini kan?

**Tak sabar nak buat BLOOD TEST! tak sabar nak lalui step-step ni semua.... fuh..fuhh cepat la masa berlalu

UPDATE:  Selepas di tanya dengan doktor, dia suruh tunggu sampai kuar betul-betul fresh blood. So sesiapa yang ada masalah macam aku sila la tunggu Fresh blood kuar yer..

Selasa, 2 April 2013

Air Asia FREE seat!

Hah! siapa dapat grab tiket Air Asia FREE seat?

1st time aku dapat grab! hihihihih! OK jangan tak percaya KL-JKT-KL dapat bawah RM100 jerp... yeahhh! suka sangat! Makanya laju-laju booking, bila tanya en Hubby biasala macam-macam alasan. Susah sangat kita pergi la ngan adik beradik kita! hihihihih!

Kali ni takyah dok dalam waiting room pun.. selalu dari pagi sampai petang dok dalam tu. Walaupun, tahun depan tarikhnya tapi takpe bukan lama sangat pun nak tunggu ☺ . Sambil tunggu tahun depan boleh la dok kumpul-kumpul duit kan? survey-survey mana yang patut! YEPPI!

ok tu jer nak cite! teruja sangat sebab dapat tiket gi INDON bawah RM100!


Sesi meroyan!

Sesi meroyan di BLOG!

Aku sangat-sangat bengang! menyampah pun ada! semua kerja nak berkira.. apa salahnya kalau kau buat kerja yang pernah aku buat? aku pun buat je kerja yang kau buat sekarang. Kalau kau nak ke bank ke nak shopping & nak pergi tidur dalam waktu kerja! aku boleh jer COVER kerja kau! tak kan benda simple yang dulunya kerja aku pernah buat kau tak boleh nak buat?

Setakat call orang courier & tempah tiket tu pun nak mengeluh?? bukan banyak pun kerja kau tu.. angkat telefon je kot, itu pun nak mengeluh? gaji nak byk, keje nak goyang kaki? hadoi payah!

Asyik-asyik nak cakap "ni bukan kerja aku ni, ni kerja kau sepatutnya" tak ke sakit hati aku ni? bukan aku pun yang suruh ko yang buat! boss yang suruh! gi la bangkang cakap boss tu.. ade bran? Boss buat macam tu ade la dia nak suruh kau belajar benda baru, tak kan la ko nak duk kat company ni selamanya nak angkat telepon? iye dak? pikir la positif way!

Aku ingat kan bila kau tak nak buat kerja-kerja ni semua ko dah pandai sangat, tak nak belajar benda baru.. rupanya tak juga, semua nak kene aku yang tolong! abis bila ko dah sakitkan hati aku ko ingat aku ajar kau dengan IKHLAS???? memang tak la!

Fikir la pada jalan yang positive jangan la sikit-sikit nak meroyan hitu hini! ingat aku pun buat kerja yang sama dengan kerja kau! no big deal la! kau tolong aku, aku tolong kau!

nak berkira sangat kan? hah! amik kau!

Time kerja, engkau tidur - aku cover
Ko MC berminggu-minggu - aku cover
Breakfast bukan main lama - aku cover
Bergayut kat phone bukan main lama - aku cover
Time kerja, engkau pergi bank - aku cover
Time kerja, engkau pergi shopping -aku cover
Masuk pkl 9 tapi datang pukul 11 - aku cover

Banyak lagi la! malas nak pikir orang macam ni.. buat aku sakit hati! BENGKAK btol!

Isnin, 1 April 2013

Kolam Memancing sentul

Ade sesiapa hobi dia memancing? cer angkat tangan! Meh aku share satu tempat yang sure para pemancing suka.. nak-nak memancing udang galah! terbaik wokkkk!

Tempat ni memang dah lama wujud.. zaman aku bercinta dulu memang dah wujud dah! time berdating dulu ini la tempatnya! release tension kat sini! best wooo..

Semalam, sementara tunggu family in law balik dari Pulau Pangkor kami pergi makan mee rebus dulu.. mee rebus ni memang sedap la (cukup rasa, cukup rempah & daging pun banyak), aku rasa kalau kat KL mee rebus ni la paling sedap,selain tu ade gak aneka sup...murah pun murah. Nama gerai ni ialah Irfan sup, tempatnya di gombak/batu caves.. macam mana nak pergi? korang tau Giant batu caves? kat depan sikit ade Petron & Shell, nampak traffic light kat Shell tu belok kiri.. kemudian terus jer, nampak kedai motor welly depan sikit belah kiri jumpa la gerai ni! sesiapa yang nak cuba boleh la datang ☺.

Mee rebus.. dap..dap! *teringat mee rebus tulang kat JB Yummy!

Tunggu punya tunggu dorang tak sampai-sampai lagi, jammed katanya kat Perak. So kami pun balik la.. On the way nak balik tu lalu kat Sentul pastu ternampak "eh ni kolam mancing yang kita selalu pergi dulu", apa lagi menyinggah la kita!

Tempat mancing ni ade 2 kolam, 1 kolam mancing ikan air masin (aku tak pernah try) lagi satu kolam mancing udang galah. Dulu hasil agak lumayan gak la tetapi sekarang aku tak sure pulak :P. Udang galah dia memang puas hati! besar-besar belaka.

Mari memancing udang yooo!

Kolam udang! besar gile!
so sesiapa yang teringin nak memancing boleh pergi kat sini! macam mana nak pergi sini?? aku pun tak tau! ahahahah! korang google jer la macam mana nak pergi.. ngeeeee!

Ni harga 2013 untuk memancing udang di Kolam memancing Sentul
P/S: Tak sabar nak pergi memancing next week! cepat la jumpa hari SABTU!