Khamis, 18 Julai 2013

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Haiyohhhh! takut gila kot nak buat MRI scan ni.. walaupun date untuk buat MRI tak dapat lagi, tapi bahangnya sudah terasa.. sebut MRI je gigil! almaklum tak pernah buat sebelum ni.. tu belum lagi buat HSG segala.. ramai yang cakap HSG tu sakit, BFF aku siap alergic lagi masa buat HSG cian tatan aku tu..

Masa jumpa doc tu hari aku dah siap-siap sign letter untuk buat MRI ni, kiranya nanti aku datang terus buat je la. So sebagai persediaan buat MRI aku baca-baca sikit apa yang patut, ni salah satu nya.

SHARING IS CARING YAWWW!

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

Apakah MRI?
Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.


MRI digunakan untuk...
Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.


Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.


Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira
Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama. 

Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.

MRI boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan prosedur MRI yang selamat.
  • Perentak (Pacemaker Jantung)
  • Badan asing logam
  • Implan logam
  • Injap jantung
  • Staple pembedahan
  • Serpihan Logam
  • Kelip Aneurisme
  • Gulungan Vaskular dan penapis
Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit  mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI.  


Apakah yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi kanak-kanak. 


Pihak juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.

Ni agaknya benda yang aku kena masuk nanti.. waduh!! SCARY gila!


Rabu, 17 Julai 2013

Apa itu Hormon Prolaktin?

Aku saje nak share pasal hormon ni, sebab semalam dah janji nak share pasal ni kan? Masa mula-mula doktor cerita pasal ni aku blur & tak dapat tangkap apa yang doktor sebut.. then doktor cakap senang cerita hormon ni adalah hormon susu, sebab hormon ni la yang akan menghasilkan susu.. tapi disebabkan aku tak mengandung & menyusui sesiapa  hihihihih!! itu yang menganggu period tu.. Maka doktor suggest aku buat MRI untuk mengetahui kenapa hormon tu tinggi.

Sukar Hamil Kerana Prolaktin Berlebihan

Apa itu Prolaktin?

Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggung jawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.

Perubahan Prolaktin semasa hamil

Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu.

Prolaktin dan kesukaran hamil

Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.
Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan anda kitaran haid anda terganggu.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.

Tanda-tanda Hyperprolaktinimia

  • Keluar susu dari payudara
  • Payudara bengkak dan sakit
  • Haid yang tidak teratur atau tiada langusng
  • Kurang nafsu
  • Sukar hamil
  • Sakit kepala
  • Kabur penglihatan

Sebab-sebab prolaktinaemia

Prolaktinoma
Ialah sejenis ketumbuhan yang tumbuh didalam kelenjar pituitari dan merembeskan hormon secara berlebihan dalam badan wanita yang mengalami masalah prolakinaemia. Selalunya ia tidak membahayakan selain dari menyebabkan wanita menglami masalah kesuburan, tetapi kadang-kadang,ia boleh mempengaruhi penglihatan.
Ubat
Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan prolaktin dikeluarkan dengan banyak. Sebagai contohnya, beberapa jenis ubat antikemurungan, ubat penahan sakit, ubat darah tinggi dan dadah boleh menyebabkan kenaikan paras prolaktin.
Hypothyroidism
Remesan hormon prolaktin yang berlebihan juga boleh berlaku kepada mereka yang mengidap hypotiroid, keadaan dimana terdapat kekurangan pengeluaran hormon tiroid.
Lain-lain sebab
Kehamilan, menyusu badan, rangsangan pada puting juga boleh meninggikan prolaktin dalam badan tetapi ini adalah normal dan semulajadi dan tiada kaitan dengan sebarang penyakit.

Diagnosa

Ujian darah tahap prolaktin yang tinggi menunjukkan yang anda mengalami hyperprolactinoma
Tetapi doktor juga mungkin menyarankan beberapa ujian lagi seperti:
  • CT/MRI otak untuk melihat samada ketumbuhan terdapat pada kelenjar pituitary.
  • Ujian penglihatan: untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi penglihatan

Rawatan

Rawatan selalunya mengunakkan ubatan seperti Bromocriptine untuk mengurangkan tahap prolaktin dalam darah. Bila prolaktin kembali normal, ovulasi akan berlaku dan haid anda akan datang dengan sendirinya. Walaubagaimanpun, sekiranya ia terlalu tinggi dan disebabkan oleh prolatinoma, doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

Selasa, 16 Julai 2013

Wall makeover by Na With Nadia Farahida the Official Blogger Manager

Best..best..best!!! Nadia buat contest! sejak dia up status kat Facebook pasal contest ni terus hati berbunga riang.. mana taknya, hadiah best woooo!! FREE Wall makeover by Na bernilai RM500, siapa tak nak??? rugi wooo.. 

Design Wall makeover by Na tu semua cantik-cantik! tengok je la bilik Nadia Farahida tu, jatuh cinta aku dibuatnya.. walaupun design nya simple sahaja! tapi memang awesomenesss cantiknya!

Siapa nak join cara-caranya simple jer.

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini. - DONE

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. - DONE

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 


Aku pilih yang ni, sure hubby suka sebab berbunga-bunga seperti yang dia idamkan

4. Sambungkan ayat ini, 


" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."


"Kerana apa, kerana sejak kami berpindah di rumah sendiri kami hanya sempat mengecat ruang tamu sahaja, kami memang berhasrat besar nak mendeko dinding ruang tamu kami tapi tiada idea untuk mendeko! dan lagi satu sebab, kerana budget kewangan kami yang sentiasa berlari-lari susah untuk dikejar.. hihihihihih!

dinding yang kosong, kalau dapat letak bunga-bunga sikit mesti cun!
Hubby juga pernah bagi hint kat aku masa kitaorang together-gather tengok TV "Sayang.... kan lawa kalau dinding kita ni berbunga-bunga, tapi budget kita tiada lagi la.. kalau ada nanti kita buat wallpaper eh! mesti cantik kan?" 

Jadi, jika ruang tamu kami telah dimakeover oleh Wall makeover by Na, tentu hubby suka dan mesti dia lebih sayangkan aku sebab pandai buat SUPRISE untuk dia tanpa mengeluarkan apa-apa modal! kan best tu. Sebagai seorang isteri tentunya aku nak buat hati suami aku gumbira!"

5. settle semua empat step dekat atas ni, sila tinggalkan link entry korang dekat komen entry ni ye. :)) settle.  - DONE

Sesiapa nak nak cantik kan rumah secara FREE, sila lah menjoin kan diri yeeee... tarikh tutup penyertaan sehingga

18 Julai 2013, hari Khamis nii...


Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang

Kornologi Treatment
Semalam aku 1/2 day sebab appointment aku last week di tunda ke hari semalam. Lama juga nak tunggu no. giliran hampir 1/2 jam juga, mungkin nurse nak cari rekod aku sebab tu lama menunggu. Nasib baik lepas ambil no. terus masuk bilik tunggu giliran berjumpa dengan doktor.

Macam biasa sebelum jumpa doktor timbang berat badan dan ukur tinggi, berat badan aku still maintain 77kg manakala tinggi 165cm. Lepas ambil rekod terus jumpa doktor.

1st thing yang doktor tanya adalah, berat badan! dia tanya ada apa-apa perubahan?? aku jawab "still maintain doktor" aku berjanji ngan doktor next appointment berat badan aku akan turun ☺. 

Doktor terangkan kepada aku tentang result FSH aku sebelum ni, mula-mula dia tanya aku nya payudara ada keluar susu tak? pastu mata ada kabur? aku cakap takde, sebab doktor cakap hormon prolaktin aku tinggi tu adalah tanda-tanda hormon tu tinggi. Bacaan normal bagi hormon prolaktin tu adalah 500++ tapi bacaan aku sehingga 900++, dalam hati ni cuak bukan main, terus tanya doktor peluang aku untuk hamil. Doktor cakap tak perlu risau, kalau aku jalani treatment yang hospital berikan insyallah 2-3 bulan lepas tu ada hasil.

Doktor cadangkan aku membuat scan MRI untuk melihat saraf yang mengeluarkan hormon prolaktin ni, nak tengok sama ada normal atau abnormal, kalau normal dia akan bagi treatment yang lain kalau abnormal dia akan bagi ubat hormon yang akan stabilkan hormon proklatin tu.

Selepas doktor terangkan pasal hormon prolaktin tu doktor terangkan procedure untuk membuat scan MRI, ubat diberi untuk dimakan sebelum jalani MRI, 12jam sebelum buat scan kene makan 8 biji dan 8 biji lagi dimakan 2 jam sebelum MRI di buat.

Period aku dah lama tak datang menjengah, so doktor buat UPT dan resultnya adalah -ve. kemudian doktor bagi provera untuk turun kan darah aku. Ubat dimakan 3 kali sehari, tapi doktor cakap kalau aku nak puasa penuh boleh makan time raya.

Macam biasa, kalau dah namanya hospital kerajaan! tiap kali datang tiap kali tu kena ambil darah so makanya redha sahaja lah! Lepas jumpa doktor terus pergi ambil darah. *nasib baik tak sakit!

Lepas settle semua, aku buat next appointment pada 26.08.2013 untuk scan MRI pihak hospital akan membuat temujanji dengan pihak radiologi dan mereka akan call aku semula untuk beritahu tarikh. 

Bila dah siap aku pergi farmasi untuk ambil ubat.

* Dapat belajar satu benda, masalah kesuburan bukan sahaja berkisar dibahagian perut/rahim (Cyst, PCOS, Fibroid)  tapi ada juga kaitan saraf-saraf di kepala. 

** Serius dalam hati aku ni takut gila nak buat MRI tu, takut scan untuk yang lain, jumpa penyakit lain. "Ya Allah permudahkan lah segala urusan aku untuk memiliki zuriat"

*** Nanti aku akan share apa itu hormon prolaktin

Ubat yang aku kena makan.
INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

Isnin, 8 Julai 2013

Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang (Postpone!!)

Sepatutnya hari ni adalah kali keempat aku berdating ngan doktor Rizuan kat Hospital Kajang, tetapi pagi tadi aku dapat call dari Sister Asiah dia bagitau result untuk darah masa day 2-5 yang mereka ambil tak keluar lagi! weiiii!! bapak lama.. bulan 4 kot ambil darah tu! tak kan tak siap lagi.

Tapi aku REDHA semua ni sebab government hospital kan??? memang dah sedia maklum kelambatan semua ni.. so lalui nya dengan tabah.

So tarikh berdating ngan doktor bertukar ke hari Isnin minggu depan 15.07.2013. Serius memang aku tak sabar nak lalui semua ni.. harap cepat la masa berlalu!

** Sabtu tu hari 6.07.2013 ade kuar darah seurat dua.. masuk hari ni dah lama gila aku tak period, risau gak! kalau jumpa ngan doktor hari ni sure dia bagi ubat turun darah.. seriauuuuu!!

Jumaat, 5 Julai 2013

Budget trip ke USS (Universal Studio singapore) - Part 03

Last entri for percutian budget aku.

Aku kunci jam pkl 6, lepas dah settle mandi aku kejut hubby plak.. siap-siap pkl 7am kami turun. Aku isi form putih yang oddessey bas bagi masa kami redeem tiket bas.

heii! asyik la posing yang sama! dah la baju & tudung tak matching... hikhikhik!
Seyes! comel gila tiket USS ni!
Pukul 7.30am bas pun gerak, bas lalu kat second link.. masa kat imigresen kat malaysia kami semua kena turun untuk check passport kemudian kami kena naik semula bas yang sama! Bila dah naik bas driver bas bagi breifing skit sebab kita nak masuk sempadan antarabangsa so dokumen mesti isi betul-betul & guide line negara orang mestilah ikut. Contohnya make sure rokok dah dibuka, chewing gum tak dibenarkan dan mengambil gambar disekitar imigresen tidak dibenarkan sama sekali!! Sampai di imigresen Tuas kami turun sekali lagi untuk cop passport dan sekali lagi.. jangan lupa naik bas yang sama! hikhikhikhik!

Lepas dah imigiresen bas meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa di mana USS terletak.. bila korang nampak logo dibawah ni sila lah excited sebab korang dah pun sampai!!

Pulau Sentosa
Globe USS
Sampai je USS terus cari Globe kat atas ni!! hikhikhik perkara yang wajib bila dah sampai sini mesti la bergambar kat sini kan? lepas dah puas bergambar kami pun masuk. Lepas je masuk terus je ambil map! *padahal tak ikut map pun :P

Mula-mula kami lalu di New york dulu, tempat yang 1st kami masuk adalah Lights, Camera, Action! By Steven Spielberg.. kat sini menarik juga la terasa macam betul-betul kita mengalami masalah cuaca, dimana ade hujan, ribut, petir segala.. Korang akan basah sedikit kat sini

google pic
Tempat kedua yang kami pergi adalah Transformers The Ride, kat sini maha dasyat! kami beratur 1jam 20minit hokehhhh! nak patah balik sayang plak sebab beratur dah lama kan? *hubby pun muka dah masam jerk.. kalau tau ambil single rider jerp! tapi penantian kami ni rasa berbaloi sebab ride dia sangat best!!

Transformers Ride

Muka dah mula bengang.. takut nak dekat.. hikhikhik!
Sebab dah lama beratur kan? kami pun terus pergi cari tempat makan, sebab kami dah beli package siap ngan lunch maka kene la cari tempat makan tu di Marty's Casa Del Wild kat area Madagascar. Makanan dia ok la, nak kata tak sedap tu takde la tak sedap sangat sampai tak boleh makan.. orang kata boleh diterima tekak lahhh! Lepas tu dapat snack sekali keropok Contos & mineral water yang tomei.

Lunch Set

Menu-menu lain yang ada
Lepas kenyang gi masuk kat area Far-Far Away.. sebab hubby aku sibuk nak smoking, nak kena cari smoking area plak, haihhhh! sementara tunggu dia smoking aku jalan-jalan kat dalam kedai gift kat situ.. mata memang rambang nak beli macam-macam tapi pikir 10 kali nak beli sebab tukaran wang yang mahal.. kata budget kan? perlu la berhemah! *hemah la sangat kan? Lepas dah settle beli souvenior skit kami masuk kat Sherk 4D Adventure nampak macam tak best kan? tapi ni aku rasa best sangat rileks je takde nak pikir ketakutan apa-apa.. dah la lawak. Bila donkey bersih je kuar air hingus dia terpecik kat kita, pastu ade rasa labah-labah naik kat kaki la, hubby cakap dia terasa macam orang tiup kat telinga dia.. pendek kata memang best!

Kami di far-far away
Pastu kami ke arae The Lost world, kami nak naik Canopy Flyer tapi masa menunggu lama sangat so kami skip ke Water World, kat water world ni dia ade masa tayangan dia yang aku ingat pkl 3.30pm jerp. Sementara tunggu waktu tayangan kami ke Ancient Egypt kami masuk ke Revenge of Mummy kat sini nampak macam tak seram rupanya seram wei!! dah la si kecik tu semangat nak duduk depan, ahahaha! ni adalah roller coster di dalam gelap! kecut perut.. aku rasa si Zana mau tutup mata je sepanjang naik roller coster tu.. hikhikhik! korang kene letak barang dalam locker, diaorang akan bagi masa 30min tak silap untuk simpan barang.. kalau lebih dari tu kena bayar

Serius benar muka cik kak ni!
Korang kene cuba masuk ni.. serammm!!
Kami pergi semula ke Water World sebab tayangan dah nak start, kat sini BEST gak.. dia ade kerusi-kerusi berkaler-kaler yang kering (atas sekali), Basah sedikit (tengah-tengah) dan Basah Kuyup (bawah sekali) actor-actor tu akan pancut air kat korang tanpa belas kasihan la! ade yang kene simbah dengan air sebaldi.. pastu show dia pun kelakar. Best la! Korang jangan lupa pakai baju hujan kat sini tau! beg aku abis basah kene pancut ngan air

nampak simple.. tapi best!!
Game yang aku nanti-nantikan adalah roller coster!! ya Allah best gila.. memang jantung rasa nak tercabut, nak-nak yang Cylon! yang tak bestnya orang lain tak naik.. aku naik sorang-sorang, baik hubby, Zana & Adiey semua surrender tak nak naik.. macam-macam alasan!! hikhikhik!! tapi memang best la weiiii!! sayang duit weh.. bayar mahal-mahal tapi tak nak naik RUGI!

ni Human.. cer cari mana satu aku!!
Dah puas hati dapat main game yang di idam kan.. kami jalan-jalan di dalam USS.. layan gambar kat bawah








Sebelum balik aku kene mencari barang yang orang pesan kat aku... Kak Fiza pesan HRC nya t-shirt tapi kaler hitam size M & S takde stock & Yani pesan short glass HRC tapi takde printed  so aku beli je yang classic.. Hard Rock Sentosa tak jauh pun dari pintu masuk USS dekat jer, kalau datang Sentosa jangan lupa singgah situ ye.


Kami sampai semula di Malaysia dalam pukul 9pm, terus kami pergi cari kedai makan! lapar wehhhh!! kami makan di Tepian Tebrau, balik tu hubby bungkus Cakoi & Tahu bakar kat dataran.. teringin katanya.

Kira-kira 
Tukar duit RM500/2.5SGD = 200SGD (abis guna semua!!!)
Makan malam untuk 4orang : RM37.00
Cakoi & tahu Bakar : RM2.50/set
Total: RM539.50

Khamis, 4 Julai 2013

Budget trip ke USS (Universal Studio singapore) - Part 02

Biasa aku akan buat entri ikut day tapi kali ni aku buat Day 1 & 3 satu entri.. day 2 (masa kat USS) dalam satu entri.. lagipun takde orang nak baca pun, ni untuk panduan aku jerp.

Day One

Pukul 5 pagi aku dah bangun untuk kemas baju, kami bawa sorang satu beg senang nak isi macam-macam nanti, lagi pun takut kat airport nnt tak lepas, kan sorang 7kg je leh bawa.

Sebelum bertolak ke JB
Pukul 6.15 macam tu sampai rumah Zana, Alhamdulillah adik ipar Zana hantar kami sampai ke Airport. Terima kasih Achum! pukul 8 lebih kami take off. Sampai di JB lebih kurang pkl 9.15 terus ajak kakak aku gi makan lontong kering! dah lama gila tak makan.. rindu sangat nak makan lontong kering.. tapi tak sedap plak restoran tu masak :(. 

Aku ngan partner holiday kali ni! Zana!!!
Lepas breakfast kami pergi ambil kereta kat umah abah aku then terus pergi gi JPO, sebenarnya nak cari sandal untuk aku tapi asyik la takde size gewammm!! lepas pusing satu JPO perut pun lapar makanya cari makan kat Restoran Nelayan di Pendas Laut Gelang Patah, kami makan asam pedas.. kat situ memang sangat terbaik asam pedas dia, plus dengan angin laut memang SYOIK sangat, rasa nak tido kat pangkin tu jerp! lepas makan tengah hari kami terus check in di Tune Hotel, Zana plak jumpa kakak dia. Lepas check in dan rehat-rehat kan badan, petang sikit baru la aku ngan hubby kuar untuk sambung misi mencari sandal... Malam tu ambil Zana terus g makan kat mee rebus tulang ZZ kat Damansara Alif.

Lunch kami..
Berlatar belakang kan laut!
bot-bot nelayan
Badan pun penat, esok pagi nak kene bangun awal sebab bas nak ke USS gerak pukul 7.30am.. sampai je hotel terus mandi & tidur!

Kira-kira 
Breakfast untuk 5 orang : RM27.00
Makan Tengah hari : ade orang tu belanja! tq yanggggg!
Minyak kereta : RM50.00/2 = RM25.00
Makan Malam 2 mee rebus & 4 air: RM25.00
Topup Touch n GoToll : RM10.00

Total : RM87.00

Day Three
Pagi-pagi dah kena bangun sebab aku nak hantar kakak aku gi keje (aku pakai kereta dia sepanjang kat sana) pastu balik hotel kemas-kemas baju & check out.

Destinasi yang pertama kami pergi makan Kacang Pool berdekatan dengan balai bomba larkin.. kalau balik JB sure memang kami singgah situ, tak sah kalau tak pergi!

google pic
Lepas breakfast kami terus ke Puteri Harbour, dah lama gila tak pergi sini.. macam-macam dah ade! pastu jumpa plak ex officemate aku kat sana.. lagi la! hilang rindu mak kat uollsss nok!
ex officemate aku! owhh!! rindu merekaaa.. dapat jumpa sekejap memang tak puas!
kami di LAT cafe kat Puteri Harbour theme park
Suka sangat gambar ni!! macam adik & kakak.. ahahahahha!
Dari Puteri Harbour kami ke Legoland, tak masuk pun dalam legoland just bergambar kat pintu gerbang sahaja! ingat nak beli survenior Lego tapi mahai nya tiket! untuk Adult RM140.00 kalau korang just nak shopping sahaja pun boleh, korang boleh pakai shopper pass. Deposit RM140.00 dengan syarat korang kena berbelanja RM100.00 keatas kat kedai di dalam Legoland dan diberi masa hanya 1 jam! weiiii!!! mana cukupppp!

Akhirnya sampai jua kat sini! masa aku keje kat Nusajaya sume ni takde lagi!

Hotel Legoland opening 2014

Sempat basahkan tekak! terik gila kat Legoland..
Lepas gi Legoland ade budak kecik tu nak beli bag, so shopping la pulak kat AEON Bukit Indah, akhirnya jumpa gak sandal yang aku cari-cari! walaupun bukan 100% citarasa aku.. hikhikhik!

Dah letih berjalan sana sini, kami pergi makan kat mee bandung Warung Pit kat Sungai, kat sini memang tempat makan favourite aku masa kerja kat Nusajaya, harga murah & sedap!! kat situ juga ade gerai air bandung soda yang SUPER sedap!! tapi tutup la pulak!. Lepas dah makan kenyang  kami lepak kat umah kakak aku di Gelang Patah.. sempat gak la melelapkan mata untuk 1 jam sementara nak tunggu kakak aku balik kerja. Dalam pkl 5.30pm kami pun pergi ambil kakak aku blik kerja dan dia la yang hantar kami ke airport! tq kakak ku!!

Jelous tengok orang belakang tu.. romantik jerp!
Sampai kat LCCT dalam pkl 9.15pm flight tercepat 20 minit.. laju kot pilot tu bawa.. hikhikhik! bila touch down jer memang Achum dah tunggu kami pun.. tq sekali lagi to Achum sebab sudi tumpangkan kami sampai ke Putrajaya!

So berakhir lah percutian budget kami selama 3 hari 2 malam..

Banyak lagi tempat yang tak sempat aku nak bawa Zana pergi kat area JB, contohnya Pasar Karat, mee udang black pepper, air bandung soda, steamboat lotun van, cakoi & tahu bakar... ehhhhh!!! banyak laaaa! next time kita gi lagi yer yanggg..

Kira-kira 
Breakfast dan makan mee bandung: Ade orang tu belanja lagi.. *adeh! malunyaaaa.. tq yang sebab belanja
Minyak : RM30.00
Sandal & baju kerja : RM150.00
Total : RM180.00

To Zana: Sorry kalau trip kita kali ni banyak kekurangan.. next time kita gi lagi kita improve ok yang?? tq sebab banyak belanja kami makan.. malu tauuuu!!

Rabu, 3 Julai 2013

Budget trip ke USS (Universal Studio singapore) - Part 01

Dah lama pendam hasrat nak pergi USS, Singapore.. dalam-dalam pendam hasrat tak sangka tercapai akhirnya. Tak sangka kawan TTC aku pun nak pergi juga maka aku ngan ZANA pun rancang untuk pergi bersama, jangan terkejut kami plan memang lama! dari awal bulan April kot, start dari tu aku dan Zana hari-hari survey harga murah! hikhikhik!

kita gi ngan dak kecik ni!!
Step pertama, mula-mula kami bincang tarikh nak pergi, bila dah confirm aku booking hotel untuk kami. Masa tu Tune Hotel tengah buat promotion RM56.00 semalam, huhh! dah kira murah la tu! maka laju-laju aku booking bila dah campur tax segala jadi la RM156.56 (termasuk tax, aircond & toileteries) untuk 3H 2M *jangan tak tau aircond  kat Tune pun kene byr hokeehhh!!! *____*. Tiket untuk bas ke USS pun kami beli sekali, sebab malas nak pikir pasal tu semua, harga tiket bas RM25.00 bagi sesiapa yang menginap di Tune hotel.

Step kedua, kami pikir pasal transport nak ke JB mula-mula kami ingat nak kongsi kereta dari KL-JB-KL, tapi kami macam nak rasa lain dari yang lain, makanya survey tiket flight! survey punya survey harga tiket flight plak murah time tu, budget lebih kurang je macam kami naik kereta makanya booking pula tiket Air Asia, RM58.00/seorang sahaja untuk pergi dan balik. JIMAT & tak letih nak drive nanti, cuma perlu pikirkan cara nak jalan-jalan di bandar JB.

Step ketiga, aku dan hubby buat passport untuk 2 tahun.. buat passport sekarang ni tak perlu nak tunggu lama-lama dalam masa 24 jam pun dah boleh siap. Yang lagi best Pejabat Imigresen buka Sabtu & Ahad tak perlu ambil cuti!! I Loikeee!

Step keempat, beli tiket USS kat Living Social.. aku rasa tiket dia memang murah kot RM168.00/seorang termasuk FREE Lunch, FREE Snack dan dapat Voucher untuk beli souvenior sebanyak SGD5.00 (dapat la seketui FM nanti kan?) kalau drive sendiri ke USS dapat FREE parking untuk deal ni. *jimat dah duit makan ☺. Sebelum ni EIDA pun pergi USS dia dapat harga lagi murah sebab time tu tengah promo, tapi tarikh kami pergi tu, promo dia dah habis!!! *so sad! selain boleh beli deal kat Living Social, korang boleh dapat kan deal yang sama dan harga yang sama di website SOTA TRAVEL.

ahahah! gambar gemok gile!
Nanti aku cerita lagi tentang USS..

Kira-kira sebelum pergi untuk 2 orang

Tiket flight KL-JB-KL: RM116.00 (termasuk tax)
Hotel di Tune Hotel Danga Bay 3H 2M: RM156.56 (termasuk tax, aircond & toileteries)
Tiket Bas JB-USS-JB : RM50.00
Passport 2 tahun : RM200.00
Tiket USS : RM336.00 (termasuk lunch, snack & SGD5 untuk souvenior)

Total sebelum pergi : RM858.56

Tips: Untuk penjimatan atau tak nak rasa terbeban korang boleh booking/ buat secara berperingkat-peringkat macam aku buat ☺.