Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Sambutan Birthday aku yang ke 30

Imej
Umur dah 30 nokkk! tua dah rasanya.. banyak lagi harapan & impian yang belum tercapai di kala umur sudah jejak 30. 
Ok lets start 1st celebration daripada kengkawan TTC aku yang comel, actually aku memang dah terpikir pun yang mereka-mereka ni akan sambut birthday aku.. tapi dengan gaya macam mana still SUPRISE! dorang ni kengkonon arrange birthday untuk abam Adam tapi disebalik tu dorang plan gak birthday untuk aku gak... suweettt sangat!
So tiba la hari pertemuan kami pada 11/10/2014, yang jadi pengajurnya adalah si Zana comel tu.. dia order nasi ayam, sedap tau nasi ayam tu.. then sambut la birthday abam Adam tiup lilin segala.. yang aku ni excited ambil gambar adam. Tengah syok record adam sekali dorang nyanyi lagi skali lagu birthday, aku pun Blurr tapi tetap gak nyanyi lagu birthday huhuhuh! rupanya dorang nyanyi untuk aku... ohhhh!! terharu gilak! Aku mati-mati ingat dorang antar kek ke opis aku.. rupanya tidakkkk.. eheheheh!
Thank you korang.. korang la tempat aku cerita …

Tempat makan best di Mid Valley

Imej
Memandangkan banyak BE yang menari-nari nak tak nak aku kena gigihkan diri buat entri. Sebenarnya tak tau nak buat entri apa.. no idea so cari la gambar-gambar dalam insta so terpikir nak buat entri pasal tempat makan yang best kat Mid Valley.
Sebab aku keje kat Mid Valley kan?? harus la aku hafal segala tempat makan kat Mid Valley ni.
Kalau korang datang Mid Valley jangan lupa singgah makan dessert kat Jonker Sweets Dessert kat LG bersebelahan dengan Big Apple & berhadapan dengan CIMB. Kalau korang rasa dessert kat sini.. perghhh sure rasa nak return.. Ais jelly dia halus je, memang sedap la, bubur dia pun terbaik. Korang jangan risau semua dessert kat sini mampu milik..
Peminat makanan Korea?? korang boleh try kat LG gak.. tapi kat Garden, nama kedai aku lupa plak.. kedainya berhadapan dengan Cold Storage, apa yang best? korang leh minta lebih kimchi & ikan bilis tu.. perghh marvelous! aku makan bibimbap ni leh share 3 orang.. banyak okehh. Lagi satu aku suka pancake dia tu…

Operation Cancel!

Imej
Ingat tak entri sebelum-sebelum ni? pasal berdebarnya aku nak menjalani operation.. korang jangan la ingat major operation plak.. cuma aku akan menjalani Laparscopy! tapiiiii... tak jadi hokeh! sebab apa tak jadi??? sebab ada DR. pakar yang lain argue dengan operation ni. Jap aku cerita dari awal kemasukan wad ok?
5.11.2014
Pagi ni aku bangun awal dalam 6.00 pagi macam tu bersiap-siap, konon nya nak masuk wad kan? harus la kemas-kemas baju, persiapkan diri. Then baru la aku kejut hubby untuk bersiap pula. Lepas dah siap aku ajak hubby gi breakfast dulu sebab aku pernah terbaca yang kena berpuasa start dari masuk wad. Aku pun sarapan la nasi lemak, huhuhuh! amik makanan heavy kot sebab nak puasa kan satu hari suntuk.
Lepas makan aku pun pergi la daftar untuk masuk wad, lepas daftar masuk wad tu dia bagi fail & tunjuk la wad mana aku kena duduk. Kami pun terus la ke wad yang di tunjuk tu, sampai kat wad aku daftar kat wad pula, bila sampai hospital macam biasa la nurse tanya alergik…

Esok adalah harinya!

Imej
Dup dap.. dup dapp.. serius berdebar sangat dengan operation yang bakal di lalui nanti! aku takde pengalaman masuk hospital.. tak tahu apa nak bawa pergi hospital nanti, apa yang perlu di sediakan serius aku takde preparation.. aku just follow the flow.
Esok kena lapor diri kat hospital.. maybe esok juga doktor akan terangkan apa yang akan berlaku ketika operation nanti. Hubby yang super duper BUSY tu pun aku paksa suruh ambil cuti 2 hari, kemudian aku pepandai la jaga makan minum sendiri. Mula-mula nak suruh adik aku jaga, tapi memandangkan dia pun tengah pregnant skang ni malas nk menyusahkan dia. Pastu MIL & FIL nak datang, aku seboleh-bolehnya menolak sebab aku tak nak susahkan dia, Insha allah aku boleh handle sendiri.
Korang tolong doa kan semoga semua berjalan lancar ye.. doakan juga kesihatan aku nanti.