Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali ketiga (HSG)

Imej
1st time nak buat HSG.. apa perasaan? sure nervous youuuuu! Bangun macam biasa, macam nak p opis. Kali ni aku datang dari Kajang, malas nk bermalam rumah SIL lagi pun aku memang tau aku akan dapat MC. Bila dah kuar umah pukul 7 pagi sure-sure la jalan jammed dang! stress mak! pastu hospital pun call gak tanya aku jadi tak datang.. aku cakap jadi tapi lewat skit sebab sangkut dalam jem. Tempat buat HSG tu kat Blok Utama Bahagian X-ray, berdekatan dengan unit kecemasan, senang gak la nak cari pastu tak jauh sangat dari bangunan parking. Sampai je terus g daftar kemudian dia cakap boleh pergi tunggu kat depan bilik No 3, aku dengan gagahnya menunggu. Tak lama tu nurse panggil nama aku, dia tanya 1st day period bila, last day period bila & ade bersama dengan suami tak selepas period? Kemudian dia cakap nak tunggu ni lama so dia suruh aku pergi makan dulu. Aku pun pergi la makan lepas 1 jam aku datang semula. Lepas 1 jam aku datang semula, tak lama tu dia panggil nama aku.. kemudi

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Kedua (Blood Test D2-D5)

Imej
Hari ni hari ke 5 aku period... sepatutnya lepas sesi kaunseling di HKL hari tu, hari ke 2 period aku kena datang untuk blood test tapi aku tak dapat nak pergi sebab aku sibuk nak ke Langkawi kan so terpaksa postpone, bila dah postpone proses semua jadi lambat la kan? ahahahah! sendiri cari pasal. Semalam tido umah SIL aku sebab dekat sikit nak ke HKL, Alhamdulillah jalan tak jammed! parking pun senang sebab dah ada parking bertingkat berdepan dengan hospital bersalin... dekat je nak ke klinik O&G. Mulanya aku apply 1 hari annual leave, sekali cepat & pantas plak nurse HKL buat keje.. so terus la datang ke opis tepat-tepat pukul 9 aku dah sampai office! jimat cuti aku. Nest week appointment untuk buat HSG plak! chaiyok-chaiyok! semangat!! Total treatment - FREE