Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Sentul

Imej
Ni kisah masa Hari Rabu hari tu after treatment dekat HKL. Aku memang plan nak gi cuci gigi ni dah lama dah tapi tak pergi pergi sebab ade je halangan nya. So masa hari tu ade time kita curi sedikit masa untuk cuci gigi. Aku g Klinik tu dalam pukul 2 lebih macam tu, tengok orang tak ramai.. sampai kat sana terus daftar, masa pedaftaran nurse akan minta IC kemudian dia beri no giliran sekali, masa tengah tunggu tu nurse akan panggil lagi sekali untuk bayar duit pendaftaran untuk kali pertama yee... caj pendaftaran adalah RM1.00 sahaja. Menunggu untuk di panggil Dr tu lama gak la ade la dalam 1/2 jam - 45 minit macam tu makanya harus la bersabar yerrr. Kemudian no giliran aku pun tiba, rasa berdebar betul hati al-maklum baru 1st time pergi cuci gigi, dengar bunyi mesin tu pun dah gerun ok! bila masuk dalam bilik tu nurse suh duduk kat kerusi kemudian Dr datang cek gigi, sambil dia cek tu dia sebut la gigi gigi yang perlu di servis (guna bahasa Dr gigi - aku pun tak paham). Lepas

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Lima (Kaunseling bersama pakar)

Imej
Semalam ada appointment di HKL, mulanya malas nk pergi sebab dah banyak cuti tapi sebab terasa sayang sangat nak tinggal treatment maka gigihkan diri juga la pergi jumpa dengan Doktor semalam. Pukul 9 baru bertolak dari rumah, nasib baik jalan tak berapa jem. Hubby ajak pergi makan dulu, tapi aku cakap sebab dah lambat kita gi la jumpa Dr dulu, dia pun setuju. Sampai kat klinik buat pendaftaran dulu, mulanya kami ke klinik reproduktif nurse kat sana bagitau terus ke klinik O&G katanya klinik kaunseling tumpang kat sana pulak dah skang. Pendaftaran kali ni RM5.00 ye, kemudian dia bagi no & menunggu la kami. Lama gak la masa menunggu hubby pun dah bising bising bosan & mengantuk! Sampai turn kami Dr pun terang kan semua result yang dibuat hari tu, result darah semua ok yang paling surprise result hormon prolaktin aku! NORMAL ok alhamdulillah... tapi hormon lain plak yang rendah. ahahahaha!  hormon apa aku lupa la plak, sebab nama hormon tu cam pelik-pelik skit kan. K

Suamiku Kemalangan

Imej
Kalau korang ada kat tempat aku apa yang korang akan buat? seriously aku memang BLURRRR gila time ni, gigil tu jangan cakap la. Malam Jumaat tu hubby balik lambat sebab bos dia dinner, macam biasa time bos dia dinner dia akan update aku dia dekat mana. Pastu dalam pukul 12 lebih macam tu dia whatsapp aku cakap dah nak balik aku pun macam biasa pesan bawa motor tu hati-hati.. dia pun balas OK.  Aku baru nak terlelap dalam pukul 1pagi macam tu ada no yang tak dikenali call, pastu aku dengar background suara riuh rendah, aku pun cuak gila! orang yang call aku tu minta aku bertenang then dia bagitau yang husband aku jatuh motor. Aku time tu tak tau nak pikir apa, nak nangis tapi hati still berdebar, tak lama tu dia cakap husband akak takde apa apa tapi maybe patah tangan orang lain dah call ambulan untuk bawa suami kak ke hospital. Dia suruh aku datang segera kat tempat kejadian. Tengah aku mamai mamai nak tukar baju tu husband aku call, dia cakap dia takde apa-apa cuma maybe