Selasa, 27 Oktober 2015

GYM di KBS Putrajaya

Konon nya nak mula kan healty life style, sebab bersemangat nak turunkan berat untuk next treatment nanti, for record untuk bulan ni Cik P belum datang menjengah last month cepat je datang, biasa la ciri-ciri orang PCOS memang begini period memang tak menentu! pasrah Redho.

Hari sabtu lepas Yana ajak ke Gym kat KBS, aku laju je cakap ok! kalau kat umah just squat je tak kuar peluh pun tapi memang tough laa sakit kaki aku! Pukul 8 lebih macam tu gerak dari rumah, Yana tunggu di Putrajaya je terus sebab dekat dari rumah dia kan.

Kat KBS ni payah juga nak parking yang berdekatan dengan bangunan KBS ni, kena parking jauh skit, so kena jalan kaki skit la nak ke bangunan tu. Parking kat situ FREE je tak perlu bayar, sampai kat KBS selfie dulu sebelum masuk.

Selfie dulu..
GYM KBS ni kat tingkat 1 so kena naik tangga ye! dia tak bagi naik lif, di tangga tu ade gak info pasal pembakaran kalori masa kita menggunakan tangga.

Info pasal jumlah kalori yang terbakar jika naik tangga!
Bayaran masuk ke GYM ni RM4.00 sekali masuk, orang tak ramai sangat so takde la sesak sangat orang nak mengunakan peralatan kat GYM tu. Memula sekali kami naik basikal gym, kematu bontot kayuh basikal tu, memang tak lama la mengayuhnya.. dalam 5 minit mcm tu dah turun sampai sekarang kematu bontot! ahahahah! pastu kami lari kat threadmill. Kat threadmill ni takleh lari lama-lama tau dia bagi masa 20 minit plus 5 min cool down. Ok la kan lari lelama kang krem plak kaki tu huhuhuh! Pas berlari kami cuba satu alat ni tak tau apa nama nya tapi macam rowing the boat la, bagus untuk kaki, tangan & perut! wahhh this one I like it sangatttt!! pastu aku cuba gak alat yang macam kaki gergasi tu, apa namanya tak tau laaaa.. yang ni memang lenguh gila kaki.

Keadaan sekitar gym
abang-abang sado berlarian huhuhuh!
Yana tengah struggle nak kempis perut! ahahah! 
alat senaman yang aku paling suka!!
Pas dah try semua alat kat situ, kami rehat kejap pastu kami pun balik, adalah kot dalam 1 jam lebih duk kat dalam gym tu. huhuh! aku tak terus balik kami singgah jap pi pasar borong selangor untuk beli lauk-lauk kemudian baru la balik.

Isnin, 19 Oktober 2015

Bilik FREE Di First World Genting sempena Harijadi

Hari ni awal bebeno sampai di Office, sebabnya aku baru turun dari Genting. Gigih tak gigih la pergi kerja dari Genting Highland kan? begini la nasib kalau suami kerja tak tentu masa.

Best gila dapat penginapan FREE dari Genting sepatutnya dia bagi 3 hari 2 malam, tapi aku just redeem 2 hari 1 malam. Nak tau macam mana aku boleh dapat FREE?? mula nya hari tu aku daftar member kad sebab nak dapat harga murah nak lepak kat Genting, pas aku daftar tu & dapat kad, Genting hantar email bagitau yang aku dapat penginapan FREE sempena birthday so aku bagitau la hubby, nak pergi tak dia cakap OK lagipun genting tu takde la jauh mana kan? sekangkang kera je dari KL, sap sap sui 1 jam dah sampai.

Here we goooo!!!
Semalam pagi kami bertolak dari rumah singgah sekejap kat rumah kakak ipar aku hantar kunci motor, kemudian kami terus ke Genting. Cuaca semalam teruk dengan jerebu, so bila dah sampai atas memang tak nampak greeny langsung nampak putih je asap jerebu. 

ni bukan kabus yee, tapi jerebu
Dalam pukul 11 lebih macam tu kami sampai terus pi check in, korang jangan tak tau ok check in dekat first world hotel dah tak kaunter lagi tau.. korang kena check in kat KIOSK yang di sediakan, kat area lobby berlambak mesin check in & check out, tapi sorry la sekarang ni pi jalan malas nak snap picture sangat, maybe faktor usia kot! kalau korang tak tau nak guna KIOSK ni korang leh check in kat kaunter tapi kena cas RM20 la, tapi pada aku guna kiosk ni takde la susah mana pun senang gila nak guna, masuk IC then tekan continue-continue kuar la kad imbas bilik, SIAP!! dah boleh check in terus.

ni check in kiosk - sumber google pic
Kami terus check in masuk bilik, sampai bilik terus makan makanan yang kami bawa, lapar tak breakfast pagi. Pas makan Tidur!! petang tu kuar jalan-jalan sekitar Genting, kat indoor theme park takde apa sangat, sekarang ni kan dorang tengah struggle nak siapkan projek theme park, tahun 2016 nanti baru siap.

toilet
bilik kami
katil yang di beri
Jalan sekitar Genting
Lepak lepak

Minum petang sebentar
Dinner kami dinner di Gohtong Jaya, hubby teringin sangat nak makan briyani claypot kat Ratha tapi sayangnya briyani habis, so makan la nasi campur kari kambing, aku plak makan roti canai.. suka sangat dengan roti canai ratha ni, lembut & sedap.


Kari Kambing marveloussss!!
After makan terus masuk bilik semula & sambung tidur, kesimpulan nya trip kali ni hanya la untuk rileks-rileks sahaja lepak kat dalam bilik. Pukul 6 pagi kami check out, nak check out senang je pergi je kiosk check out & masuk kan kunci/ kad imbas bilik settle.

ni Check out kiosk -sumber google pic
So sesapa yang birthday nak dekat tu sila la daftar kad Genting, daftar PERCUMA & dapat complimentary bilik percuma plak tu best-best, sambil-sambil tu boleh la collect point. 


Jumaat, 2 Oktober 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Sepuluh (TVS scan 2nd Cycle on clomid - D16)

Tak nak cerita panjang sangat... Just nak rekod cycle kali ni telur aku tak nak respon dengan clomid, last TVS scan ada juga yang besar 10 mm tapi kali ni hanya 8mm so Nurse cakap cycle ni FAILED! aku mesti la kecewa, menitik juga air mata aku ni! memang tak mengharap tapi bila kita berusaha & tak berjaya kekecewaan tetap ada.

Next cycle Nurse suruh aku terus amik clomid tak perlu datang scan, dia dah sesiap suruh amik ubat & makan bila tiba CD2, dosage clomid di naik kan ke 100mg! hope kali ni telur aku bagi la respon yang baik ye! tolong kerjasama pleaseeeee! pada hari CD2 nanti perlu call klinik untuk buat appointment TVS scan pada CD10. 

So itu sahaja coretan untuk kali ini.

Total treatment - RM5.00