Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Percutian Budget ke Phuket - Hari Ketiga

Imej
15.11.2015 (Selasa)

Hari terakhir di Phuket, hari ni plan tour dengan Pohim.. dalam pukul 10am macam tu try call Pohim sebab ingat tak sampai lagi rupanya dia dah tunggu kami sejak 10min yang lalu! awat la Pohim tak call kami?? sian terpaksa tunggu kami. Singgah sebentar ke reception Guest House untuk pulang kunci kemudian kami bagitahu Pohim untuk ke Jungceylon Mall untuk tukar duit & nak beli biskut Ovaltine yang sangat sedap! kat Malaysia takde tau biskut ni! Sampai di Jungceylon terjumpa Pak Guard yang kami jumpa malam semalam, hai bukan main peramah ajak dia bergambar sekali suka benar dia. Tempat pertama yang kami singgah ialah Big C nak beli biskut kemudian ingat nak singgah Robinson tapi tak buka lagi pastu pergi la cari Money Changer sekali tukaran duit kita mahal benar di Jungceylon so kami decide untuk cari di tempat lain. Kami terus message Pohim cakap dah ready, rupanya Pohim memang tunggu je kita kat area situ tak kemana pun dia. Pohim bawa kami untuk breakfast pula di …

Percutian Budget ke Phuket - Hari Kedua (part 2)

Imej
15.11.2015 (Isnin) - MALAM

Lepas bersihkan bandan & mandi, kami rehat sekejap kemudian petang nya kami bercadang untuk ke Hard Rock Cafe. Semasa nak ke HR tu kami sempat lagi singgah untuk beli teh & coffee, Ya ampun sedap-sedap air dia, kalau kat Malaysia ni macam Piratecoffee la, korang pernah rasa tak? kalau tak pernah sila cuba ok! 
Perjalanan dari Guest House kami ke HR cafe lebih kurang 1 jam, sampai kat sana kami ambil gambar dulu depan HR, masa nak ambil gambar tu kami suruh sorang brother ni tolong ambil kan gambar punya la kami speaking rupanya orang KL! huhuhuhu! Dia orang KL tapi kerja di HR Phuket.. syok nya cari makan kat tempat orang lain kan? Pas posing-posing kami masuk la ke dalam untuk cari baju, hadiah untuk para suami sebab kena tinggal kat rumah kan? huhuhuhuh! lama gak kami dalam tu, mula-mula aku pilih baju HR classic yang warna putih sebab paling murah kat situ 899TB, dah nak bayar dah sekali ternampak plak yang clearance sale terus tukar ambil yang clea…