Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Percutian ke Pattaya Thailand ~ Part 2

Imej
Day 2, 7.11.2016

Semalam malam tak boleh nak tidur sangat, rupanya bukan aku sorang takleh tidur yang lain pun tak leh tidur gak, last-last aku tukar tempat tidur dengan Yani pastu baru la leh tertelap sebentar.

Bangun pagi panas kan lauk dan bawa bekalan makan sesiap, kami nak berkelah di Silverlake. Lepas breakfast kami siap-siap nak kuar, cadang hari ni nak ke Nong Nooch, Mini Siam & Silver lake. Ingat tak semalam dah upah driver kat satu agent ni pagi ni kami janji pukul 8am nak kuar. Tidak dilupakan hari ni tema kami adalah putihhh!!
Sebelum 8am kami dah turun takut driver dah tunggu, tapi dah pukul 8am x muncul muncul lagi sempat gak la gi 7e & jalan tepi pantai jap, tengah bebudak ni shopping kat 7e driver pun sampai. Tempat pertama yang kami pergi adalah Nong Nooch, apa yang ada di Nong Nooch ni? tu aku cerita kan nanti ye, nak cerita pasal tiket dulu. Tiket kami dah beli secara online awal-awal lagi sebab setelah Yani survey harga tiket lagi murah berbanding walk-in so k…

Percutian ke Pattaya Thailand ~ Part 1

Imej
Kami baru balik dari Pattaya last week, tiap tahun mesti ade percutian bersama soulsister aku. Macam biasa tiket beli setahun yang lalu, lepas je balik dari phuket ade Free Seat so Yani dapat sambar tiket ke Pattaya.
Sebelum berangkat ke Pattaya masing-masing tukar duit THB, semua tahu kan mata wang RM jatuh teruk so kami tukar berperingkat. 1st time tukar dapat 11.97THB 2nd dapat 12.00THB 3rd dapat 11.87THB 4th dapat 12.05THB so pasrah je laaa..
Kami pergi selama 4 hari 3 malam, so plan nak duduk di Jomtien beach 2 malam dan di Pattaya beach semalam. Pastu kami plan bawa bekal untuk ke sana sebab takut sejarah di Phuket berulang susah nak cari makanan Halal yang dekat.
Beberapa minggu sebelum pergi aku & Yani pergi borong produk brahim di Bangi, harga boleh tahan murah kalau nak di bandingkan beli di pasar raya. Selain brahim, kami bawa lauk dendeng, beras, tuna, wrap, sambal ikan bilis dan serunding, sayur kami just beli di pasar malam Jomtien je.
Ok lets cerita perjalanan kami …