Selasa, 2 Februari 2016

Zamani's Place Yan Kedah

Aku nak cerita pengalaman aku ketika menginap di Zamani's Place, Yan Kedah ni... Actually homestay ala resort ni kepunyaan boss aku Dato' Zamani, kami plan nak ke sini sejak akhir tahun lepas.. konon-konon nya macam nak buat reunion untuk ex-staff Puteri Harbour la.

Kawan aku Yan still keje ngan Dato' so dia la yang deal ngan Dato' berkenaan dengan homestay ni, mulanya Dato' agak keberatan nak bagi kami pergi sebab sebenarnya Zamani's Place tengah tutup start awal bulan 1 hari tu sebab nak wat minor renovation katanya.. tapi bila Yan cakap tiket flight dah beli dia pun OK.

Zamani's place pemandangan depan
Zamani's Place ni ada 8 bilik tak silap aku, ade kolam renang, ade kolam ikan.. lokasi nya berdekatan dengan Pantai Murni, Yan Kedah just jalan kaki je kalau teringin nak tengok sunset dan lepak-lepak hirup angin laut. Kalau nak tengok permandangan Gunung Jerai korang boleh tengok dari homestay je. Zamani's Place ni memang bersih & tenang keadaan sekelilingnya, bilik dia pun konsep moden.

Pemandangan di luar bilik kami
Depan bilik kami de pasu ala-ala bali gitu
Ni katil dia.. bantal & katil super empuk
Toilet dia ala open air pastu ade bidet lagi! terbaikk! Shampu & sabun serta towel disediakan
ada kerusi untuk istirehat! bilik pun besaq! habaq ang!
TV moden ok! LCD lagi
sunset
Pagi-pagi korang akan dengar ayam berkokok dengan bunyi-bunyi angsa so siapa anak-anak bandar yang tak pernah rasa suasana kampung you should try stay di Zamani's Place. Kalau korang nak buat family gathering pun sangat sesuai tapi 1 biji homestay tu hanya allowed up to 24 pax je sebab Zamani's Place ni amat menitik beratkan suasana yang tenang & aman serta keselesaan penginap-penginap kat sini, kalau dah ramai sangat stay dalam satu masa tu dah tak jadi peaceful la kan? 

Pemandangan Gunung Gerai
Kandang ayam, itik & angsa
Breakfast pagi disediakan so jimat la duit untuk breakfast, kalau korang nak buat BBQ korang boleh beli bahan-bahan sendiri & BBQ tepi kolam. Masa kitaorang pergi tu memang tak larat la nak berBBQ lagipun kita berapa kerat je kan... kalau ramai lagi syok!

Masa nak check out tu Yan contact Dato' tanya pasal payment bilik tu, alhamdulillah boss bagi diskaun!! yeahhhh!! happy gila kitaorang. So overall untuk homestay ala resort di Zamani's Place ni aku bagi 5 bintang! sebab aku sangat suka suasana kampung yang tenang & damai! nak-nak dekat ngan laut lagi la aku suka!!

Next time nak ajak hubby honeymoon kat sini plak