Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Kereta sewa dan homestay murah di Kuching Sarawak

Imej
First aku nak cerita pasal kereta sewa yang termurah di Kuching, aku dapat contact no dari blog ida baharum. Sebelum ni ada juga aku contact orang lain tapi harga semua mahal-mahal, sewa van sahaja sehari dah RM250 tak termasuk driver. So aku try contact yang ada dalam blog ida iaitu cikgu Halid dia offer van 12 seater hanya RM220 sehari so dia bagi harga 2 hari 1/2 bersama driver RM650 jeee.. murah & berbaloi! semua dah termasuk upah driver + minyak so kita tak perlu pening-pening kepala nak cari jalan atau nak isi minyak just cakap je ngan driver nak pergi mana nanti dia bawa. Lagi satu Sarawak ni memang kurang signboard so kemungkinan nak sesat tu adalah tinggi.
Ni contact no Cikgu halid 016-8559792 jangan lupa mention nama ida untuk diskaun!
Kemudian aku nak cerita pasal homestay tempat aku tinggal, homestay ni tak jauh pun dari bandar Kuching, dia terletak di Matang Jaya. Rumahnya sangat besar & selesa, katil pun banyak sesuai la untuk family yang nak datang beramai-rama…

Budget trip ke Kuching - Day 3

Imej
3.04.2016 (Ahad)
Aku malas nak simpan cerita lelama so aku habiskan taip hari ni
Hari ni hari terakhir di Kuching, plan hari ni adalah shopping buat kali terakhir! Janji ngan Lan pukul 10 pagi, tapi biras aku dah kuar ngan Lan dulu ke Pasar Sarikin dalam pukul 9 lebih dia sampai rumah. Pagi tu Mil aku masakan nasi putih lauk ikan sardin serta telo dadar, marvelous wehhh! nak-nak bila lapar kan? hihihih!
Sementara tunggu SIL aku balik dari pasar tu bersiap-siap la kami kemas baju semua, kemudian bila diaorang sampai je leh la gerak. Dalam 10 lebih macam tu kami call Lan cakap dah get ready nak balik, tempat pertama yang kami tuju adalah Pasar Satok, last minit shopping!! hubby memang dah plan nak beli udang segar, ikan terubuk masin takmo beli sebab nanti keras je dalam peti, ikan masin yang dia beli kat Sabah pun tak berusik lagi.
Alang-alang dah singgah Pasar Satok tu teringat pesanan officemate dia nak kuih tabaloi dengan gula-gula lada hitam so aku pun carikan la. Pastu aku beli la…

Budget trip ke Kuching - Day 2

Imej
2.04.2016 (Sabtu)

Pagi ni kami plan nak ke Pasar Sarikin, janji ngan Lan pukul 7 pagi nak gerak tapi terlewat juga... huhuhuh! maklum la bebudak ramai. Dalam 7 lebih call Lan cakap kami dah siap, sebelum bergerak ke Pasar Sarikin kami pergi breakfast dulu di restoran teh tarik, kat area mana tak tau la sebab Lan yang bawa.

Di Restoran tu memacam ade, konsep nya macam food court. Aku breakfast mee kolok sapi, ingat nak ajak pegi makan mee kolok Hj Salleh tapi Lan cakap kat situ beratur panjang, sebab kedainya kecil je, so pasrah la ikut suggestion Lan.

Lepas breakfast kami meneruskan perjalan ke Pasar Sarikin, on the way nak ke pasar tu kami jumpa gerai buah-buahan so singgah sekejap cari makanan pelik-pelik. Kalau korang nak tau pasar ni terletak di daerah Bau sempadan Pontianak, Kalimantan so yang meniaga di situ kebanyakannya orang Indonesia. Pasar ni juga dibuka hanya 2 hari sahaja iaitu hari Sabtu & Ahad, lagi satu tips nak pergi pasar ni korang pergi la pepagi, bila dah tiba …

Budget trip ke Kuching - Day 1 (Part 2)

Imej
1.04.2016, Jumaat (petang-malam)

Janji ngan Lan pukul 4pm nak kuar, pukul 3 lebih dah siap hihihih! solat jamak sesiap kemudian call Lan, Lan cakap after solat Asar dia datang.

Tempat pertama yang kami pergi petang tu adalah DP Ais Krim gula Apong berdekatan dengan bulatan kecik yan ada kucing berdekatan Kapit Hotel, Aiskrim ni memang sedap amatttt!! ade 2 size size kecil RM2.00 yang besar RM5.00 aku beli yang kecil je tak larat nak mkn manis bebanyak!


Kemudian kami pergi ke Waterfront, mula-mula ingat nak tunggu family SIL aku untuk naik bot ke seberang tapi cam rugi plak masa, sebab mereka pun sampai lama lagi, so kami ambil keputusan untuk keseberang menaiki bot RM1.00 sekarang bukan RM0.50 lagi yeeee. Masa dalam bot anak sedara aku ngamuk-ngamuk tak nak naik sebab takut kot.



Kat seberang waterfront tu ade kilang kek lapis Mira & Dayang Salhah, kami pergi ke Mira je macam-macam pilihan kek lapis ada. Puas rasa tester dia bila dah rasa tak sampai hati plak x beli, kat sini kalau bel…

Budget trip ke Kuching - Day 1

Imej
1.04.2016, Jumaat (Siang)
Trip kali ni adalah trip bersama family in law, Alhamdulillah every year mesti ada hari untuk sama-sama berkumpul dan meluangkan masa bersama.
Pagi tu kami keluar rumah pukul 4.30pagi kami parking di Putrajaya Sentral, kat sini senang je nak p KLIA parking pun selamat dan berbumbung. Kami sampai di Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 5 pagi, aku tunggu adik ipar aku dari Wangsa Maju dia nak sama-sama naik train ke KLIA2 adik ipar aku bawa sekali MIL & FIL aku.
Bila dorang sampai terus gi beli tiket, tunggu train dalam 25 minit camtu pukul 6 lebih dah sampai kat KLIA2, kami solat subuh dulu pastu baru check in. Pintu pelepasan kami untuk ke Kuching jauh nyaaaa sian MIL & FIL kami kena pergi ke pintu K14 dah la takde buggy untuk orang tua nasib baik MIL & FIL masih gagah lagi, kalau bertongkat memang kesian sangat.
Pukul 8.30 flight kami pun bergerak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sampai di Airport Kuching dalam pukul 10.20pagi…