Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Percutian ke Bandung - Part 2

Imej
Hari ke 2 ni plan nya nak jalan-jalan di kawasan perlancongan di Bandung, cadangnya nak ke Kawah putih tapi supir cakap jalan tak sehaluan so tak dapat la pergi.
Day 2 - 11.3.2017
Pagi tu bangun pkl 6 pagi janji ngan supir pukul 8 pagi, tapi bila berjalan ngan warga emas ni kena la teratur sikit kan? terjumpa FIL kat lobby dia cakap takde pun breakfast, aku pun turn ke bawah tanya kan rupanya kita kena request by order maybe sebab orang tak ramai kan. Tak lama order tu makanan pun sampai, pagi ni nasi goreng dengan telur mata.. kenyang juga la sampai ke tengah hari. Dalam pukul 8 pagi macam tu super pun sampai. Tempat pertama yang kami pergi ialah di Farm House, Disini bayar tiket masuk sebanyak IDR20,000 seorang. Banyak juga pemandangan menarik kat sini, cuaca pun sejuk je. Oh ya! tiket tu kita boleh tukar kan dengan susu ye, time aku pergi tu ade susu strawberi & susu asli je. Sebelum ni ada terbaca kita boleh tukar dengan sosej juga, tapi bila di tanya dia ckp sosej dah takde cuma…

Percutian ke Bandung - Part 1

Imej
Minggu lepas kami ke bandung satu family, bawa MIL & FIL sebab mereka nak sangat jalan-jalan ke sana, makanya sebagai menantu solehah (ahahahah!) survey la flight yang murah untuk ke sana. FIL aku cakap dia tak nak Air Asia sebab seat sempit so tunggu la promotion airline yang lain.. bulan 11 hari tu Malindo ade promotion so apa lagi aku grab la untuk 6 dewasa 1 kanak-kanak. Harga Malindo memang berbaloi sebab dah siap makan & lugage seat pun besar.

Di Bandung aku ambil pakej je senang, sebab dah termasuk harga bilik bersama breakfast, supir, parking & tipping, aku rasa berbaloi kot.
Day 1 - 10.3.2017
Pukul 4 pagi kami dah gerak, macam biasa parking di Putrajaya Sentral kemudian naik ERL sampai KLIA. MIL & FIL serta SIL aku tunggu di sana, first tren pukul 4.45pagi flight kami pagi tu pukul 8.10pagi sebab nak check in bag & tak mau kelam kabut sangat kami gerak awal.
Sampai di KLIA terus pergi check in bag dulu, rupanya malindo ni walaupun kita dah check in pakai websi…