Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Sembilan (TVS scan 2nd Cycle on clomid - D12)

Imej
Hari ni terlewat skit sampai hospital, nasib baik orang tak ramai. Sampai terus bagi kad appointment dekat nurse, tak lama tu dia panggil suruh gi bayar macam biasa. Pas pi byr tunggu giliran semula, tunggu tak lama pun nurse panggil masuk untuk scan. Masa Memula ingat nurse yang attend, sebab sebelum ni nurse je yang buat.. sekali Dr lelaki! hadoi malunya.. nasib baik bukan time period! tengah godek godek dengar Dr cakap aku ade cyst dalam rahim tapi cam tak pasti, kemudian dia panggil Dr lain yang lebih pengalaman lega Dr tu cakap yang tu normal memang duk dalam rahim but aku tak sure apakah itu (hmmm.. memacam plak dugaan). Dr tu cakap semua telur yang ada kecil kecil lagi. Lepas scan tu aku tunggu la kat luar jap tunggu Dr nak explain apa. Tak lama pun tunggu hari ni maybe sebab orang tak ramai kan, Nurse suruh aku datang hari jumaat  2.10.2015 untuk buat TVS scan lagi, dia terang kan ade 3 biji yang ade potential untuk membesar 2 belah kanan 10.5mm 10.2mm belah kiri 1 10m

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Lapan (TVS scan 2nd Cycle on clomid)

Imej
Cycle untuk clomid yang pertama gagal sebab aku period dah pada 18.9.2015 kecewa?? tak juga la sebab aku dah boleh agak memang ade kemungkinan tidak berjaya sebab kepenatan kot nak bersama 3 hari berturut. Dalam masa 3 hari tu kami cuma bersama 1 hari je tapi dalam seminggu tu kerap gak la bersama dari kebiasaan So hari ni adalah hari ke 4 aku period, so aku terus datang ke klinik tanpa appointment sebab masa aku period jumaat tu hari dah petang. Start semalam period aku heavy gila dengan sengugutnya ishhh tak tahan rasa, aku rasa nak bergolek je kat rumah seharian. OK² sambung cerita pasal ke klinik hari ni. Pagi tadi aku bangun awal juga sebab tak leh nak tidur sangat sebab heavy period pastu dengan sengugutnya lagi, siap siap dalam pukul 6.30 gerak ke hospital. Klinik pagi ni awal gak buka pastu buka je pintu penuh dah dengan patient. Takpe la macam biasa letak kad kuning kemudian tunggu nama di panggil, bila nama di panggil timbang berat & dia tanya ketinggian, kemudi

Cara Mudah untuk hamil

Imej
Nak share satu petua/cara mudah untuk hamil, aku dapat ni dari youtube ceramah dari Ustaz Sharhan Shafie. https://www.youtube.com/watch?v=C6aIdAzKQJI 1) Madu lebah Asli dimakan sesudu bersama 2) 14 biji telur ayam kampung untuk suami dan 14 biji telur ayam kampung untuk isteri dimasak secara 1/2 masak dan di makan sebiji sehari serta selang sehari 3) Sebelum rebus telur & makan baca surah An-nahl ayat 69 Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. 4) Baca juga surah At tin Sahih International We have certainly created man in the best of stature; 5) Sert

Rawatan Kesuburan di HKL - Kali Ke-Tujuh (TVS scan & Pregnyl)

Imej
Gigih tak gigih balik hospital terus UPDATE?? ahahahah! takut lupa nokkkk! Pkl 5 pagi aku dah bangun punya la gigih sebab tak nak sangkut kat jammed macam hari tu.. bersiap siap pkl 5.45 pagi dah keluar rumah, Alhamdulillah jalan clear, sampai kat Hospital dalam pukul 6.30 pagi lepak dulu dlm kete pkl 7 macam tu gi klinik tunggu kat depan klinik.. konon nya nak jadi orang pertama tapi sebelum aku dah ade seorang yang menunggu. 7.30 pagi baru nurse buka klinik, terus letak kad atas meja.. tak lama tu nurse panggil untuk pergi bayar fee. Lepas bayar fee g kencing untuk kosongkan bladder, pastu tu tunggu giliran untuk scan. Tak lama tu staff nurse panggil untuk scan nampaknya aku adalah orang yang pertama, tapi bengang gak la ngan nurse tu cam nak marah aku suh g kencing lagi, dia cakap takut bladder u penuh nanti kena buat 2 kali, tapi aku berkeras juga la tak nak kencing.. iye la tadi dah kencing kottttt! Masa scan tu nurse cakap ade satu je telur yang matang size 16mm kat belah k