Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan
Haiyohhhh! takut gila kot nak buat MRI scan ni.. walaupun date untuk buat MRI tak dapat lagi, tapi bahangnya sudah terasa.. sebut MRI je gigil! almaklum tak pernah buat sebelum ni.. tu belum lagi buat HSG segala.. ramai yang cakap HSG tu sakit, BFF aku siap alergic lagi masa buat HSG cian tatan aku tu..
Masa jumpa doc tu hari aku dah siap-siap sign letter untuk buat MRI ni, kiranya nanti aku datang terus buat je la. So sebagai persediaan buat MRI aku baca-baca sikit apa yang patut, ni salah satu nya.
SHARING IS CARING YAWWW!
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
Apakah MRI?
Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.
MRI digunakan untuk...
Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.
Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.
Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira
Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama.
Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.
MRI boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan prosedur MRI yang selamat.
- Perentak (Pacemaker Jantung)
- Badan asing logam
- Implan logam
- Injap jantung
- Staple pembedahan
- Serpihan Logam
- Kelip Aneurisme
- Gulungan Vaskular dan penapis
Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI.
Apakah yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi kanak-kanak.
Pihak juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.
Ni agaknya benda yang aku kena masuk nanti.. waduh!! SCARY gila! |
Sumber: http://www.radiologymalaysia.org/Content/2006/Public/Imaging/BM/Pemeriksaan_Prosedur_Pengimejan/BM_MRI.html dan google pic.
alamak haihhh! cuak ida.. aku ni dah la penakuttt... huhuhuhu
BalasPadamhuh sama la.. tapi redhoooo
BalasPadamalahaiiiii tatotnyaaaa
BalasPadamTerima kasih paparkan pengalaman Dan info di sini....saya tumpang baca sbb esok saya akan menghadapi perkara yang sama.malam ni kena makan prednisolone 8 biji..puasa start 12 mlm ...esok pagi pukul 6 makan lagi 8 biji prednisolone....sbb saya alah dgn ubat tahan sakit penterdine.
BalasPadamtq sebab sudi singgah blog ai
PadamSaya pernah buat MRI ni. 4 jam berada didalamnya. Takut tu tak la sgt. Cuma tak sabar nak keluar je...
BalasPadam4 jam??? kenapa lama sangat?? lenguh nyaaa
Padamterima kasih atas perkongsian. disebabkan appointment mri saya 3 hari lagi saya tertarik hati untuk mencari sedikit info tentang persediaan sebelum mri juga ingin tahu serba sedikit pengalaman orang lain yang pernah melalui scan mri. perasaan takut mmg ada,namun disebaliknya juga ada semangat yang perlu dikuatkan supaya saya cukup bersedia. in sha Alalh. mudah2an segala urusan saya nanti dipermudahkan. aammiinn. terima kasih sekali lagi.
BalasPadamkenapa kena puasa?
BalasPadamdr ckp takut ade komplikasi masa buat MRI nanti
PadamADA KESAN X DRI MRI NI..ANAK LELAKI SAYA BAKAL DIPERIKSA GUNA MRI GAKNI..RISAU
BalasPadamjangan risau.. takde kesan apa-apa kecuali dia ada alahan atau sebagainya..
PadamTq for review...adik saya bakal MRI juga..perasaan takut kene MRI xde la sbb saya pun pernah kena..cuma risau dengan keputusan MRI tu..harap2 adik syida xde sakit yang teruk..hopefully everything is going well..
BalasPadaminsha allah syida, saya doakan adik awak baik-baik sahaja k.. keep praying
PadamEsok anak istimewa akan jalani mri takut tak terkira. x apa nak jadi.
BalasPadamsy dah seminggu sakit belakang kepala. bergantung pd pcm semata- mata. jumpa doc pun, takda apa yg boleh dilakukan kerana sy ngandung 9 minggu, mri terpaksa ditangguhkan sehingga kandungan saya 16 minggu. jika ikutkan rasa sakit yg datang tuh.nak je sy minta doc jalankan mri keatas saya tetapi bila memikirkan ank yg dikandung ni terpaksa lah saya bertahan lagi 7 minggu..Doakan agar sakit belakang kepala saya cepat sembuh ya..
BalasPadamsaya doakan azura cepat sembuh ye.. nak buat MRi ni memang x boleh mengandung sebab sinar Xray tu bahaya untuk kandungan.
PadamDah jalani scan MRI ni..punya la takut..2 JAM ..tp rileks je..siap dgr radio era lg diorg pasang dkat ear speaker...25hb jmpa pakar untuk result..Doakan yang terbaek buat saya n anak2...Namun saya belajar untuk redha dgn ketentuan NYA..
BalasPadamMRi sebab apa ye?? insha allah takde apa yang serius tu.. redha memang penting dalam kehidupan
PadamSEMOGA cpt sembuh kwn..saya esok mRi ke ipoh
PadamSharing yg amat baik.petang nanti giliran sy. Resah juga d dalam hati tapi semoga d permudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yg baik.
BalasPadamAkak dah buat MRI minggu lepas tanpa sebarang persediaan..lepas jumpa doktor terus doktor cadangkan buat MRI. Hanya mendapat penerangan ringkas oleh technician incharge sebelum masuk terowong tu. Antara penerangannya MRI ni tak merbahaya sebab tidak melibatkan sebarang radiasi tapi bising sebab ia menggunakan gelombang magnet. Minimum masa yang diambil adalah 45 minit. Jika bergerak akan mengambil masa yg lama sebab akan diulang balik. So Keraslah membantu kerana tidak sabar mahu keluar...stress yg teramat huhu.. Alhamdulillah lbh kurang sejam keluarlah dengan leganya. Tetapi beberapa saat lepas tu akak muntah sebanyak-banyaknya sebab sebelum MRI baru habis makan tghari... so ingatlah sesiapa yg akan buat MRI berpuasala walaupun tidak diarah oleh doktor atau nurse. (sebenarnya akak dah bagitau nurse yg baru habis mkn..katanya tak ada masalah...nasib tak muntah dlm terowong..)..mcm mau saman rasanya..huhu.
BalasPadamlor.. sian nya akak! akak wat kat klinik/ hospital mana tu?
PadamSaya akan menjalani MRI Scan in this Friday. I was told by the nurse to fast at least 6 hrs before undergo that process. Sekarang ni rasa takut sgt2. takut nk buat test utk sakit lain, jumpa sakit lain pulak. this is also my first experience. harap2 nothing serious.
BalasPadaminsha allah..
PadamKalau period macam mana ye? Doctor ada cakap boleh, tapi taktau lah kalau sesiapa ada pengalaman time period.
BalasPadamsaya rasa tiada masalah sebab dia scan luar je
PadamSy baru MRI last Thursday tanpa persediaan ape2.. pegi jumpa doctor then doc ckp kne wat MRI.. so terus la proceed..mula2 tu mcm takut cz 1st time nk buat..then masuk dlm terowong tu 30min jgk la n lock lutut sebelah kiri cz nk check lutut yg jatuh tu takut acl ke meniscus ke..n siap pasang lagu ct lagi.. :).. so 6.2.17 ni result keluar..�� Now tnggu result hope nothing serious..
BalasPadamso kaki camna ? saya pun kene buat mri untuk lutut ni sbb taktahu sakit apa
PadamTakde effect ape2 kan MRI ni kan...
BalasPadamtakde.. kalau ade pun maybe dr ubat
PadamNak Tanya la..kalau kt keje kerajaan,buat mri Ni guna GL je Kan?atau nak buat mri kene byr cash jugak..
BalasPadamkalau gov staff biasa pakai GL, tapi ni tak perlu admit pun dia just check up biasa.. saya yang tak keje goc ni pun hanya perlu byr rm1 je
PadamSalam kak..buat mri ni kat mane? Mcm mane proses nk request buat mri?
Padamsalam, saya buat di hospital Ampang dengan rujukan dari hospital kajang
PadamAnak sy 1tahun 7 bulan xlama lagi dpt date utk mri, sy pun dah sign surat... Tp smpi skrg sy xkonfiden... Takut sesuatu yg buruk yg kita xjangka terjadi... Apa pendangan tuan/puan?
BalasPadamsalam fairuz, ikut pengalaman saya MRI tu takde apa2 yg memudaratkan pun. Kita just di masuk kan kedalam satu terowong je gitu. tapi kalau umur anak tuan 1 tahun x pasti plak camna prosedur dia, sbb saya yg dewasa ni pun rasa rimas ni kan dia yang kecil. tapi jgn risau takde apa2 effect negative pun
Padamtq berdebar jg mndengarnya....wlw xmngalami
BalasPadamSy baru buat ptang td pasal slip disc.xlama la dlm 20min je dlm tu..tp lpas balik rumah asyik perut memulas n cirit birit xtau la efect dia ke
BalasPadamap huhu
Hi! sy baru buat semalam. lebih kurang sejam dalam tu. sy de allergic dengan makanan (seafood) tp doc da bagi siap2 ubat allergic kena makan ikut peraturan dia la kan. tapi, lepas je keluar dari mri machine ni sy terus xboleh berdiri. muntah2. badan gatal2. mata merah sangat jadi sembap. Doc pun risau kenapa mata saya boleh jadi camtu. normal orang yg keluar akan gatal2 sebab effect dr ubat. doc pantau saya dulu bagi sy reda muntah n mata kurang merah baru doc bagi sy balik. Tapi hari ni badan sy sakit sgt2. rasa lenguh2 camtu. Hope esok lusa ok la 😌
BalasPadamNak tanya lah kalau nak buat ujian MRI kita kena ada sebab yg munasabah ke baru boleh lakukan mri ni. Contohnya macam sakit dada and kepala sebelah kiri sakit. Rasanya doktor sarankan MRI dulu ke atau just makan ubat dulu
BalasPadamnak MRI mesti ada arahan dari doktor
PadamIn shaa Allah esok turn sy pulak buat MRI.. dh sbulan skt kepale... takot pun ade ni... so sempat google prepare utk MRI esok.. moge2 xde ape2 yg berlaku... doakan sy ye sahabat2.
BalasPadamAlhamdulillah semlm baru bt mri utk tahu msalah pinggang sy ..last mkn jam 1.30 tghari jam 3 ptg doktor dh panggil masuk utk mri..tiada kesan sampingan mcm biasa shaja..☺
BalasPadamawak xpuasa dlu ke sblum buat MRI ? anak sy umur 37 hari kena buat MRI scan esok pkul 3,,dia kena puasa slama 4 jam..doc ckp msa MRI dia akan bg ubat tido utk elakkan bayi bergerak kt dalam tu..
PadamSapa tahu ... Utk mri liver ca di hosp kerajaan ape yg menyebabkan kite perlu tanggung sendiri kos cecair contrast tu yek?
BalasPadamNak tanya....betol ke ada org ckp, kalau nak buat MRI, kita ada pakai iucd, kena buka dulu....sbb bulan lepas sy buat MRI utk tahu penyakit sy dari punggung ke peha....dan confirmed.sy kene slip disc L4/L5....sy dah beritahu doctor pakar tu yg sy ada guna iucd....tp dia tak ckp apa pon....terus je buat MRI...SO, ok ke iucd sy tu?
BalasPadamkalau kita ada allergic makanan ada kesan apa2 ke lepas buat MRI?...dktr kata dia akan bg ubat prednisolone sbb saya ada alahan..rasa takut pun ada nak buat MRI ni
BalasPadam