Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perhentian

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 03

Imej
Hari terakhir di Pulau nampaknya! Disebabkan hari semalam tak puas berendam maka aku pujuk hubby aku esok pagi-pagi kita mesti ke jeti untuk tangkap gambar ikan puas-puas dan berendam sepuasnya!  Pagi tu kami breakfast meggi as usual, menghabiskan saki baki makanan yang kami bawa dari KL. Lepas je breakfast terus ke jeti, tapi agak hampa kedai rental mask tak buka lagi! pukul 9.30am baru buka! sementara tunggu kedai tu buka kami duduk minum dulu, aku order horlick & hubby order teh tarik. Bila nampak brother tu buka kedai cepat-cepat kami datang, al maklum la hari ni hari terakhir dan kami kena check out pukul sebelum 12pm. Dapat juga bergambar dalam air.. yippi! Hubby bersama ikan-ikan.. Segerombolan ikan selar kuning! kalau dapat bakar ni sedap! Tujuan sebenar nak pi berendam semula adalah nak ambil gambar coral & ikan-ikan so nak puaskan hati kena pergi la semula ke sana kan? Pagi ni tak ramai sangat orang, semalam memang ramai orang tapi pagi ni hanya k

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 02

Imej
DAY 02 Malam tidur tak berapa lena iye la dah nama tidur kat dalam hutan sure-sure banyak nyamuk! pukul 7am dah bangun. Bangun bangun pagi terus buka sliding door, nyaman nya udara! kalau la rumah aku kat sini kan BEST!  di pagi hari yang hening Aku sediakan sarapan untuk hubby, sediakan roti dengan baked bean, serta sup cendawan tak lupa juga aku buat kan maggi! hikhikhik! kalau dah nama duk pulau sure maggi adalah pilihan utama! Dalam pukul 8am aku dah siap-siap nak turun, nak pergi snorkeling katanya.. aku call orang bot, tapi dia kata dia cuti katanya! aku call pula agent.. dia cakap nanti dia cari kan bot lain. Sementara nak tunggu agent aku jalan sampai ke jeti.. sampai di jeti aku teruja gila tengok ikan! makkk aihhhhh! tak pernah aku tengok ikan sebanyak ni.. memang seronok sangat. Korang tengok la ikan-ikan disekeliling mamat tu! tak ke geram nengoknya!! Tunggu punya tunggu budak agent tu tak call-call pun lagi! hati pulak tak tenteram tengok ikan..

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 01

Imej
Akhirnya dapat juga aku berbulan madu di Pulau Perhentian.. tempat yang aku paling idam kan kat Pulau Perhentian adalah pergi ke Kincir Angin. Pakej ni aku dah beli sejak bulan 7 hari tu, kebetulan memang Agent Pulau Perhentian tu ada buat promotion sempena nak tutup Pulau so aku pujuk la kekasih hati untuk booking, bila si dia approve laju-laju la PM agent tu. Kali ni aku hanya pergi berdua, ajak geng lain semua takmo! makanya aku pergi la berdua. Aku pergi naik bas jerp, petang sabtu baru aku beli tiket ke Kuala Besut nasib baik ada lagi. Aku beli tiket bas kat Hentian Kajang je tapi naik kat Hentian Putra. DAY 01 Kami bertolak dari Hentian Putra dalam pukul 10pm menaiki bas Mahligai ke Kuala Besut, terima kasih kepada birasku kerana sudi menghantar kami ke Hentian Putra walaupun terpaksa missed tengok Kelantan VS JDT malam tu... hikhikhik! Kami sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 9am, sampai je kat sana terus cari tempat makan.. perut memang berkeroncong s