Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 01

Akhirnya dapat juga aku berbulan madu di Pulau Perhentian.. tempat yang aku paling idam kan kat Pulau Perhentian adalah pergi ke Kincir Angin. Pakej ni aku dah beli sejak bulan 7 hari tu, kebetulan memang Agent Pulau Perhentian tu ada buat promotion sempena nak tutup Pulau so aku pujuk la kekasih hati untuk booking, bila si dia approve laju-laju la PM agent tu.

Kali ni aku hanya pergi berdua, ajak geng lain semua takmo! makanya aku pergi la berdua. Aku pergi naik bas jerp, petang sabtu baru aku beli tiket ke Kuala Besut nasib baik ada lagi. Aku beli tiket bas kat Hentian Kajang je tapi naik kat Hentian Putra.

DAY 01

Kami bertolak dari Hentian Putra dalam pukul 10pm menaiki bas Mahligai ke Kuala Besut, terima kasih kepada birasku kerana sudi menghantar kami ke Hentian Putra walaupun terpaksa missed tengok Kelantan VS JDT malam tu... hikhikhik!

Kami sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 9am, sampai je kat sana terus cari tempat makan.. perut memang berkeroncong sangat! bas betul-betul akan berhenti berdekatan dengan jeti, kat area situ pun banyak kedai makan & kedai runcit.

Lepas dah isi perut terus call agent cakap kami dah sampai di jeti, lebih kurang 30min menunggu si agent pun sampai dan beri segala resit untuk di redeem masa kat pulau nanti. Sebelum naik bot jangan lupa bayar cukai untuk taman laut yeee... Lama juga kami menunggu bot penuh, lebih kurang sejam macam tu baru la boleh gerak.

Jeti Kuala Besut
Perjalanan dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 30 - 40min tengok keatas pemandu bot dan penumpang yang naik bot tu, kadang-kadang ada yang berhenti di pulau-pulau lain.

Bila dah sampai je kat Pulau tengok kejernihan air dia terus rasa teruja. Pemandu bot berhentikan kami di tengah-tengah laut, kemudian akan datang bot kecil untuk ke darat, bot kecil ni akan kenakan tambang yang lain.

Bot kecil tu betul-betul mendaratkan kami berhampiran dengan chalet kami, kami akan tinggal di Rock garden chalet selama 3 hari 2 malam. Aku pun check in macam biasa, masa check in tu aku terdengar one of the guest ada kehilangan barang, maybe si pencuri masuk melalui sliding door, bila dah dengar kes mcm tu sure la aku double berhati-hati.

Pemandangan dari bilik kami
Chalet kami di atas bukit, pemandangan memang SUPERB! tapi nak memanjat bukit tu masyallah! letih siot!.. masuk je bilik terus rehat kan kaki, dengan pemandangan yang cantik... golek-golek sambil tengok indahnya ciptaan ALLAH hilang semua masalah sekejap.

Perut pun dah lapar, nasib baik sebelum naik boat kami dah tapau nasi siap-siap. Lepas dah makan terus kami terus tidur, cadang nya petang nanti mahu hiking ke Kincir Angin.

Dalam pukul 3pm macam tu kami turun kebawah, mula-mula kami plan nak jalan kaki je untuk ke kincir angin, tapi setelah hubby aku tanya pada pakcik bot dia cakap jauh kalau nak jalan ke sana! kalau nak cepat leh la naik bot ngan dia. Setelah bincang-bincang ngan hubby kami pun setuju naik bot ke sana.

Bila sampai je kat Kincir angin aku dah tersengih sorang-sorang, huhuhuhuh! akhirnya sampai juga aku kat sini. Tapi bila aku tengok tangga untuk ke kincir angin rasa macam nak nangis! sayup-sayup je tingginya. Pakcik bot janji nak ambil kami semula dalam pukul 4pm macam tu, so dengan rasa semangat dah teruja aku terus memanjat tangga-tangga yang pada aku sudah agak usang & tali kabel kebanyak kan nya sudah reput dan tidak dijaga rapi.


Pemandangan sekitar kincir angin
Kincir angin Pulau Perhentian
Letih woo nak memanjat kalau nak sampai betul-betul di kincir angin masa yang diambil lebih kurang 40-50min. Aku mula-mula macam putus asa nak mendaki tu tapi sebab hubby aku bagi semangat akhirnya sampai juga aku ke puncak! huhuhuhuh! puncak la sangat! pemandangan dari atas ni memang sangat terbaik.. hilang segala penat lelah masa mendaki tadi.

Mendaki tangga ke puncak!
Dah sampai!
Bila dah naik nak turun pun satu hal kan? untuk turun balik akan mengambil masa lebih kurang 20-30min.. sampai kat bawah pakcik bot still tak sampai lagi! pukul 5.30pm baru dia sampai.. nasib baik la la pakcik bot datang, kalau dia tak datang kami nak balik naik apa??? terpaksa berenang or naik semula untuk jalan kaki balik ke pulau.

nahhh!! berapa tinggi nak kena daki?? nasibb la weii!
Sebelum naik ke chalet, kami berenang-renang kat area pantai.. dalam pukul 7 macam tu kami naik kebilik. Aktiviti waktu malam kami, hanya makan-makan dan berbual-bual... bila ada kat pulau ni automatic tidur awal.. huhuhuhu!
Berenang di pesisir pantai
Love you tooo!

Kira-kira 
Pakej 3 hari 2 malam :RM169.00/pax (RM338.00 for 2 pax) termasuk Bilik twin aircond, 2 ways boat transfer, 1 snorkeling trip 4-5 point
Tiket bas : RM48.40/pax (RM193.60 return for 2 pax) Hentian Putra - Kuala besut
Breakfast : RM10.00
Lunch : RM10.00
Cukai Taman Laut : RM5.00/pax (RM10.00 for 2 pax)
Bot Kecil : RM2.00/pax (RM4 for 2 pax)
Bot ke Kincir Angin : RM28.00 (return for 2 pax)

Total: RM593.60

Ulasan

  1. pergh! bestnya kakak! best! patut la tak bg org ikut.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! nnt kyra pergi honeymoon ngan hubby kyra eh.. alalalaaaa~

      Padam
  2. wahhh wahhhh..tinggi ya amat kincir angin tu..aku tunjuk kat radhi,awal2 dia kate xnak naik..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! laki aku plak semangat sangat! kaki aku siap nak krem.. pastu ugut aku cakap kalau kaki krem takleh snorkeling.. hikhik! terus x jadi krem

      Padam
  3. berdua je ya...feeling honeymoon. jimat la perbelanjaan awak..bagusss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye berdua je.. ajak yang lain tak mau.. orang x berduit tapi nak berjalan gak begini la caranya.. hikhikhik!

      Padam
  4. wahh ida sukaa ida sukaaa itu hiking.. nak pergi lagi nak pergi lagiii. gheeeee

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak zue. wallah. best tu. tak sabarnya nak jejak sini. heeeeeee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dorang ngah buat promotion next year!! sila la terjah.. hikhikhik!

      Padam
  6. waaahhhhh tingginya..
    saya dh semput dah nak naik ni..huhuh

    BalasPadam
  7. wei,...aku tgk tangge tu pon sempoootttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe! gigih tak aku ngan yazid manjat :P

      Padam
  8. Balasan
    1. saya booking kat D'coral holiday.. leh tgk dlm FB

      Padam
  9. bole bg details amek pakej kat mana tak? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ambil pakej dengan D'coral Holiday.. ni email dia info.coralholidays@gmail.com

      Padam
  10. maaf komen nurul hidayah (kalau tak silap) terdelete.. dari stesen bas kuala besut ke jeti kuala besut hanya jalan kaki je.. tak jauh pun nak jalan kaki tu.. kira-kira dalm 2-3 minit berjalan.. hope info ni dapat membantu ye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?