Rawatan Kesuburan: Kali Ketiga di Hospital Kajang
Kornologi Treatment 1. Start all over again @ Hospital Government pula.. 2. Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3. Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang 4. Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang 5. Rawatan Kesuburan: Semen Analysis Semalam 10.06.2013 adalah kali kedua aku berjumpa Dr Ridzuan, sebelum jumpa Dr macam biasa daftar kat kaunter pendaftaran. Pukul 1pm lebih aku dah sampai kat hospital, appointment aku pukul 2pm, tepat pukul 2pm kaunter dibuka, berebut-rebut orang nak ambil no giliran ^___^. Sampai part aku aku tunjuk kertas yang Dr bagi hari tu, rupanya aku kene ambil darah sekali lagi! aku pun serah diri untuk ambil darah untuk kali kedua. Lepas ambil darah datang semula ke kaunter untuk mengambil no giliran, masa di dalam bilik rawatan yang lama menunggu sebab banyak pesakit yang follow up ngan Dr Rizuan. Semasa menunggu tu jantung rasa nak gugur, berdebar bukan main.. banyak benda yang bermain di fikiran +_____+