Start all over again @ Hospital Government pula..

Benda ni WAJIB kene catit sebab nanti kang lupa.. aku dah la memang selalu pelupa! *ketuk kepala sendiri..

Masa 1 Feb 2013 tu hari kan cuti hari wilayah, aku ambil kesempatan untuk ambil referral letter kat klinik kerajaan. Kali ni aku nak try pergi ke hospital kerajaan pula, sebab ape? treatment sebelum ni tersekat sebab kewangan yang tidak mencukupi, bila nak pergi ade je yang menghalang. Maklum la semua ni memerlukan kewangan yang betul-betul stabil, bukan sikit-sikit duit yang diperlukan. Walaupun mengambil masa yang lama sedikit & terpaksa mengorbankan cuti yang ada, at least ade la usaha sikit dari duk diam ibarat "menunggu buah yang tak jatuh kan?". *ok stop cerita pasal ni

KL kan cuti 1 Feb, aku pun pikir ade baiknya aku pegi klinik kerajaan dari duk umah. Pagi tu tanya Zana macam mana nak wat treatment kat Klinik Kerajaan so dia balas.. cakap je "nak buat treatment kesuburan". Aku pun kuat kan hati ke Klinik Kesihatan Kajang, Klinik dia terletak di Jalan menuju ke Semenyih berhampiran dengan Bandar Teknologi Kajang.

Aku cadang memang nak pergi lewat sikit, sebab sure pagi-pagi ramai orang, dalam pukul 11 macam tu baru gerak dari rumah, dlm pukul 11.30 sampai kat klinik.. sampai je kat sana tengok kaunter pertanyaan & no takde orang so tanya kat kaunter 2 (kaunter pendaftaran) "dik kat sini ade buat rawatan kesuburan tak?" budak tu jawab "kat sini takde buat tapi akak boleh mintak surat rujukan doktor untuk buat kat hospital.. akak amik no & isi form kat kaunter no ye"

Orang memang tak ramai *suke sangat! efisyen!  Sekejap je giliran aku dah tiba untuk pendaftaran.. dia isi detail sume then dia mintak RM1.00 sahaja untuk pendaftaran. Lepas tu tak sampai 10 min doktor dah panggil masuk bilik. Doktor tanya kenapa? aku cakap "aku nak buat rawatan kesuburan", pastu doktor tu macam pelik.. aku cakap la "aku just nak referral letter" untuk pergi hospital baru la dia ok sikit. Doktor tanya history rawatan yang aku pernah buat dulu, tanya cycle period macam mana, background family & tanya kenapa aku tak nak sambung kat tempat lama semua...

Lepas tau serba sedikit pasal history aku, dia suruh gi timbang n cek darah.. kemudian dia siapkan surat rujukan ke hospital.. SIAP!

Aku akan dirujuk ke hospital Kajang.. maybe 14/2/2013 ni aku akan follow up kat Hospital Kajang. Doa kan aku ye kawan-kawan.. semoga perjalanan aku kali ni untuk menuju ke arah itu dipermudahkan oleh ALLAH, lapangkan lah segala kesempitan yang akan berlaku. Aminnnnn

Aku punya BFF baru buat IUI kat KPJ kajang.. Total kos untuk buat IUI kat sana RM805.00 (untuk buat IUI sahaja) tidak termasuk rawatan sebelum buat IUI.  Semoga IUI dia berhasil ☺.. GOOD LUCK MY DEAR!

INFO

**Sesiapa yang nak buat rawatan kat hospital kerajaan mestilah ade surat rujukan dari doktor, tak boleh ke pakar terus.. boleh ambil surat rujukan ni dimana-mana Klinik kesihatan Kerajaan (klinik pesakit luar) & Klinik swasta. (ada juga sesetengah klinik kerajaan yang buat rawatan kesuburan kat situ juga tidak perlu ke hospital)

**Cycle kali ni memang panjang... CD106 baru dia menjelma, hai laaaa setelah hampir 3 bulan lebih ko tak datang, akhirnya datang juaaa
Last period : 10/10/2012 - 27/10/2012
This month period: 24/01/2013 - 2/02/2013

Total rawatan kali ni: RM1.00 (untuk pendaftaran)





Ulasan

  1. Gud Luck Cinta..Semoga perjalanan dipermudahkan..
    In Shaa Allah mesti ada rezeki kita..

    Chaiyokk chaiyokk!! hugss :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq yana.. doa kan saya supaya tak cepat putus asa & lapangkan segala urusan

      Padam
  2. sama lah kita..tapi saya dah mula dari tahun lepas..tapi masih lagi menunggu dan terus menunggu banyak step nak kena lalui..moga di permudahkan rezeki kita..AMIN

    BalasPadam
    Balasan
    1. sal.. lama tak step nak buat?? takut tak kuat nak tempuh semua ni :(

      Padam
  3. semoga semuanya dipermudahkan. Saya juga nak cuba ke hospital kerajaan sebab batas2 kewangan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah, semoga hani pun sama.. dipermudahkan segala hal :)

      Padam
  4. insyaAllah semoga dipermudahkan yer dear...

    BalasPadam
  5. panjangnye cycle...
    tak apalah, teruskan usaha..
    aida dulu pun panjang jugak...
    mkn epo je baru elok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih selalu sgt dah aida panjang nya... epo pun x jalan hihihih!

      Padam
  6. Insya'Allah... K doakan everything berjalan dengan lancar dan di permudahkan segala urusan... K tahun ni pun nak start treatment secara serius...kalau boleh tak nak skip satu cycle pun... Moga usaha2 kita semua berhasil nnt.. aminnn~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq puan k.. saya pun berdoa agar treatment puan k di permudahkan.. dan dimakbulkan doa nya..

      Padam
  7. haiyo..baca ni akak plak pening.. bila nak sambung treatment ni?? pening... asik la tertangguh.. pemalas nyer nak treatment bagai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun pening kek da.. tgk bff beriya buat iui, saya pulak rasa ketinggalan.. tu yang cepat bertindak.. moga kekal la usaha kali ni

      Padam
  8. Salam perkenalan!

    Semoga usaha awak dan semua kwn2 TTC dipermudahkan?
    IUI kat KPJ?eah, saya pn buat di sana...baru abis cucuk mencucuk....Jumaat ni(8.2) nak g intai2 folikel dalam ni..
    RM805? ops!nk selit duit siap2....hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah nissa, based ape yang dia tunjuk kat saya la.. nissa good luck eh!

      Padam
    2. Smoge dipermudahkn sglanya...mmg prlu ksabaran yg tinggi bila buat di gov ni...

      Padam
  9. Salam perkenalan, sila visit ke blog sy..

    BalasPadam
  10. moga dipermudahkn.... sy masih dlm proses memujuk incik suami utk menjalani rawatan. kalau tggu jerk ... mcm tggu duit jatuh dari langit. baik buat sesuatu tindakan dari menunggu. TQ info yg berguna ^^

    BalasPadam
  11. Hai salam perkenalan..saya baru hendak bermula rawatan di Hospital Serdang..Tq..blog Zue leh rujukan. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dear.. semoga urusan awak di permudahkan.. Aminn

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?