Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 03
Hari terakhir di Pulau nampaknya! Disebabkan hari semalam tak puas berendam maka aku pujuk hubby aku esok pagi-pagi kita mesti ke jeti untuk tangkap gambar ikan puas-puas dan berendam sepuasnya!
Pagi tu kami breakfast meggi as usual, menghabiskan saki baki makanan yang kami bawa dari KL. Lepas je breakfast terus ke jeti, tapi agak hampa kedai rental mask tak buka lagi! pukul 9.30am baru buka! sementara tunggu kedai tu buka kami duduk minum dulu, aku order horlick & hubby order teh tarik. Bila nampak brother tu buka kedai cepat-cepat kami datang, al maklum la hari ni hari terakhir dan kami kena check out pukul sebelum 12pm.
Dapat juga bergambar dalam air.. yippi! |
Hubby bersama ikan-ikan.. |
Segerombolan ikan selar kuning! kalau dapat bakar ni sedap! |
Kami naik kedarat dalam pkl 10.45am, rasa memang tak puas tapi what to do? kami kene pulang juga.. kami bersiap untuk pulang.. bot sudah menunggu kami! ohhh sedihnyaaaa...
kami sampai di jeti lebih kurang 1pm, sampai je kat Jeti Kuala besut terus je cari makan, aku makan Nasi kukus ayam dara & coconut shake! wahhh dapppp! bas ke Kuala Lumpur pukul 8pm so kami ade banyak lagi masa.
Yaey! dah sampai darat |
Coconut shake kuala Besut - RM2.00/secawan |
Nasi kukus ayam dara - RM5.00/sepinggan! mahal tak? |
So kami terus kesana dan tanya harga untuk bilik dia tunjuk bilik dan harga RM25.00 sehari, tapi.... tau-tau je la dengan harga RM25.00 tu biliknya macam mana, cukup la untuk merehatkan diri, dan membersihkan diri sebelum naik bas untuk pulang.
Lepas check in dan letak kan barang-barang kami terus ke bawah, mahu cari buah tangan untuk kawan-kawan opis & sedara mara.. so kami ke tempat hasil laut di Pasir puteh. Kat situ memang berlambak keropok, dari stesen bas ke sana kami menaiki teksi.
Balik dari pasir puteh kami minum dulu sebelum naik ke guest house, lepas minum kami naik ke guest house dan rehat kan diri serta bersih kan diri. Malam tu kami turun sekali lagi untuk makan malam kemudian terus naik ambil beg & tunggu bas untuk pulang.
Tempat menjual hasil laut |
Keropok lekor yang sangat fresh! kerja packing keropok kering pun diaorang buat kat sini! |
Kami sampai di KL dalam pukul 4.30am, boleh tahan cepat juga kami sampai.. maybe sebab jalan lengang & bas pun tak ramai penumpang.. Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk berbulan madu disana.. Terima kasih Ya ALLAH kerana bagi kami kesempatan dan kenangan yang indah ini ^_^.
Kira-kira
Rental 2pcs mask/ Kaki itik/ life jacket : RM30.00
Bot Kecil : RM2.00/pax (RM4.00 for 2 pax)
Lunch : RM12.00
Yaudin Guest house di Kuala Besut : RM25.00
Teksi ke Pasir Puteh : RM15.00 return
Shoping keropok kering & keropok lekor : RM67.00
FM Perhentian :RM20.00
Minum petang : RM6.50
Dinner : RM9.50
Total : RM189.00
TOTAL BUDGET TRIP KALI NI : RM854.60 (TERMASUK, HOTEL, SNORKELING, MAKAN & MINUM, TAMBANG BAS DAN LAIN-LAIN UNTUK 2 ORANG SELAMA 3 HARI 2 MALAM)
**Not bad gak perbelanjaan nak ke Perhentian tak sampai 1k pun, kalau nak jimat lagi korang leh amik pakej yang ada sediakan makanan sekali.
woww..zue..bestnya dpt bgmbar dgn ikan2 tu..boleh dibayangkan macammana seronoknya tu..hehe..nmpknya kna pg pulau perhentian jg mcmni..adui bestnyer..ehh cetek je ye air lautnya tu zue kt sana kalau tmpt snorkeling tu?
BalasPadamhuhuhu pegi jangan tak pegi.. tapi lagi syok tgk umie leh g negara orang
BalasPadamcintaaaa xg snorkeling kat open sea lah kirenye ehh? alaaa. tapi xpe. kat jeti pun dah banyak ikan kan... hehehehe ;))
BalasPadamye eida.. snorkeling kat jeti je.. ikan banyak coral xde :(
Padam