Hujung minggu hari tu kami ke Cameron Highland untuk bercuti. Biase la aku ni kalau pergi bercuti mesti mau beramai-ramai tak seronok rasenye kalau berdua dengan hubby *pstt.. sekali sekala ape salahnya kalau berdua kan?
|
Muke-muke happy mau bercuti.. ♥♥ |
Percutian budget kami ni selama 2 hari 1 malam. Kami bertolak dari KL ke Cameron Highland pada hari Sabtu lebih kurang pukul 9 pagi. Kami singgah sebentar di Hentian R&R Tapah dan pemanduan bertukar tangan kepada aku. Kami amik exit Tapah sebab BIL aku mau menyinggah makan durian dulu, kami berhenti makan durian di perkampungan orang asli berdekatan dengan Air Terjun Latar Iskandar. Kemudian pemanduan bertukar lagi, kali ni hubby aku plak drive *aku tak tahan sakit kepala, laluan dia sangat berliku-liku
|
yummy! durian.. |
|
Air terjun Latar Iskandar, Perak |
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Cameron Highland, kami tibe di Cameron Highland lebih kurang 1.30 petang, tempat pertama yang kami tuju ialah kebun teh Bharat di tanah rata.
|
Love this pic ♥ |
Kemudian kami berhenti solat & rehat di surau Kampung Taman sedia, Cameron Highland.. MIL siap bawak bekal nasi lemak & bihun goreng untuk kami semua. Masakan MIL memang sangat-sangat HO-LIAW!
|
Love this pic also.. |
|
budak kecik yang kuat makan! |
Lepas perut dah kenyang, kami teruskan ke Ladang Stawberi OPAH.. kat area sini majority pekebun Stawberi adalah melayu.. Chalet melayu pun banyak, sesapa yang nak rase perkampungan melayu di Cameron Highland boleh la datang ke sini.
|
ni la opahnye kot.. ehehehe! |
|
Salah satu chalet yang ada disini.. sape nak boleh call no tu |
Lepas dah pegi kebun stawberi, terus ke Hotel tempat kami menginap. Kami menginap di Hotel Rainbow kerana sangat-sangat berdekatan dengan pasar malam Brinchang, hotel ni adalah hotel budget
*sangat sesuai dengan tema percutian kali ni... tapi kami sangat puas hati ngan bilik nye bersih, besar & lengkap dengan segala kemudahan & yang penting harganya murah.
|
Hotel Rainbow tempat kami menginap. |
Walaupun agak sakit kepala sikit dengan karenah anak-anak buah, jalan yang berliku-liku & accident time kami nak pulang ke KL, tapi overallnye adalah OK, dapat la menenangkan fikiran sekejap sambil menikmati keindahan ciptaan ALLAH.
Pas ni sambung plak cite pasal PASAR MALAM BRINCHANG & hari ke 2 kat cameron highland. Tips & budget ke Cameron akan di letakan di next entri.
Setiap percutian aku yang aku pergi adalah percutian budget.. huhuhu
BalasPadamOk ler tu.. Janji sampai! hehhehe
BalasPadamalhamdulillah.. sampai jugak aku ke CH
BalasPadamsyoknya cinta!! ;)
BalasPadamyannie.. sekali sekala berjalan kan.. huhuhuh release tension, tapi tak berapa nak release..
BalasPadambest!
BalasPadamhotel brp 1 mlm?
walaupun da tak jauh dr umah anie, tp sampai sekrg x p lagi,
plan haritu bulan10, pun x jadi jugak, ade je halangan..huhu
cameron highlands mmg best!! suka sangat jalan2 kat sana.. rasa nak pergi selalu jer.. hihihi
BalasPadamkalau umah kita kat cameron kan best! tenang & nyaman jerk
BalasPadamsalam..first time singgah sini..
BalasPadambestnyer holiday kat cameron..
dulu honeymoon kat sane jugak..
3 tahun lepas.. teringin nak gi lg..
huhuhuh best la.. cuaca sejuk jerk..pegi la lagi, tapi jangan pegi time cuti sekolah memang sesak
BalasPadam