Fakta tentang PCOS

Dah lama tak update kan? aku akui sejak aku dapat tau aku ade PCOS ni aku rase down skit, rase semangat seperti dulu-dulu untuk ber TTC makin kurang *konon nya nak usaha lebih lepas PCOS dah takde... tapi PCOS ni leh hilang dengan sendirinya ke?? aku pun tak pasti... tapi doc ckp orang yang menghidapi PCOS ni boleh je pregnant, namun hati aku rase tak yakin.. kenape erk?

Ok la mai share skit info pasal PCOS ni.
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Lebih kurang macam ni la, bentuk PCOS doc scan tuh hari....
from: google pic
Semoga ALLAH kuatkan hati & semangat aku untuk teruskan usaha aku berTTC, jangan la aku cepat mengalah dengan keadaan yang begini.. Aminnnn!

Ulasan

  1. saya mendoakan yang terbaik buat kita semua..

    BalasPadam
  2. insyaallah akan ada rezeki buat kita..amin

    BalasPadam
  3. Nanti ida nak check lebih details.. kot kot ida pun ada PCOS ni... takutnya!

    Chaiyokk cinta!! Kuat semangat!! =)

    BalasPadam
  4. yakin lah.. semuanya kerana Allah yang menentukan..
    saya juga PCOSer...

    peace.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope one day cinta akan pregnant mcm hikari walaupun ade pcos..

      Padam
  5. ala jgn la camtu cinta...ramai je pcos yg pregnant...kawan kat skolah eka ni pun...dia punya hilang sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole hilang ke eka?? skang ni ngah semangat turun kan berat ni.. hope berjaya la dia hilang

      Padam
  6. InsyaAllah rezeki tu pasti ada. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

    BalasPadam
  7. Nana pon pernah ada cyst Cinta..yang penting terus yakin rezeki Allah tu ada k..insyaAllah tak lama lagi rezeki cinta sampai =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm.. bile la nak rase mcm nana.. kadang2 fed up gak :(

      Padam
  8. ayan pun nak cek.. kut2 ade pcos jugak..symptom2 nye cm ade ygterkena aje..sobss takut..harus kuat semangat cinta..fakta ada kata, pcos can still get pregnant, so cinta mesti buktikan tau... chaiyok2.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun ade fakta, takut & risau still ade selagi kita ni x pregnant

      Padam
  9. insyaallah..................
    rezeki yg terbaik untuk chinta.....amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah pn susu, doakan yang terbaik utk kita semua

      Padam
  10. cam rupe bentuk ovari ai je.. akakakak
    bak kata akak spupu sy.. asal x leh preggy n kite normal.. sure doktor akan cakap.. PCOS..
    nak2 kalau lebih muatan.. hahah

    kalau doktor yg pegi aritu die suruh diet dan kurangkan berat badan.. die ckp berat badan punca utama PCOS...

    doktor sblm ni lg la.. die cakap ovari tebal dan melekat kt dinding uters.. mnyebabkan telur ssh nk matang n keluar.. entah lah.

    BalasPadam
  11. PCOS tuh lebih kurang fibraoid ker yer...

    jangan putus asa yer,kena terus kuat dan yakin dengan Allah..InsyaAllah kalau kiter berusaha pasti ader hasilnya nanti..so jangan putus asa k..doa banyak-banyak dan kuatkan hatey k..:)

    BalasPadam
  12. salam cinta... 1st sy doakan semoga saudari cinta kuatkan semangat utk merawat pcos ni dan jgn putus asa k... InsyaAllah kita berikhtiar, Allah yg menentukan... sy nk suggest cinta cba masuk page ni... kot2 bleh mmbantu.. :)http://www.facebook.com/are.win.161?fref=ts

    BalasPadam
  13. the same problem happend t0 me dear.. period x berhenti 3 minggu. check dgn pakar, dia scan dlm faraj. siap2 snap2 lagi2.. d0c xmau bg pjelasan lebih2 dia mnta buka web n g00gle search dulu. pas 3 bulan dsmaping mkn ubt yg dia bagi if msh x ok dia suruh dtg lagi... n0w i kn0w knapa dia suru g00gle dulu... supaya sya tidak terlalu rasa 'Dunia tamat di sini' bila dia sebut nma pnyakit tu... dear.. we pray more k.. kita pun nak gak dpt baby... :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?