Hotel Murah/ Budget di Penang

Aku nak share tentang hotel murah/ budget kat Penang yang aku duduk tu hari.

Walaupun hotel ni hotel murah tapi aku cukup puas hati sebab biliknya bersih dan selesa. Hotel ni terletak di jalan Kapitan Keling, Geogetown. Sangat-sangat berdekatan dengan Nasi Kandar Beratur 10malam, Masjid Kapitan Keling & Little India, jalan kaki pun leh sampai..

Hotel ni sangat aku recommend kan bagi sesiapa yang nak cuti secara budget & jimat. Bilik yang aku sewa hanya RM90.00 semalam, di lengkapi juga dengan LCD TV, Water heater serta Aircond 24jam. Hotel ni juga ada sediakan towel yang bersih & sabun bagi sesiapa yang menginap disini. Bagi sesiapa yang nak lagi murah korang boleh pilih bilik yang tiada TV iaitu RM80.00 semalam. Selain tu terdapat juga jenis bilik yang lain.

Masa nak Check in pihak hotel akan minta RM30.00 sebagai deposit, selepas check out pihak hotel akan memulangkan semula duit deposit ni.

Tapi pada aku sesiapa yang membawa barang yang banyak & orang yang sudah berumur tidak disarankan tinggal di sini kerana biliknya terletak di tingkat 1,2 & 3.. mereka akan terpaksa menaiki tangga untuk ke bilik, kesian!! lif memang tidak disediakan :(.

Kesimpulan nya Broadway Budget Hotel ini adalah Bersih & selesa.

Bilik bersih
dapat FREE sabun & towel disediakan
Selesa sangat
Keadaan luar hotel
Terletak di jalan Masjid Kapitan Keling

Contact No:
Broadway Budget Hotel
WISMA RAHMATH

No.35F, Jalan Masjid Kapitan Keling
Georgetown
10200 Penang, Malaysia.

Tel: 04-2628550, 04-2628560
Fax: 04-2635597
E-Mail : enquiry@broadwaybudgethotel.com

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue.. waaa murah. takpe. asal boleh tidur, solat. dah cukupkan.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. janji bersih dear, cukup dah tu...

      Padam
  2. xpe ida sanggup naik tangga asal murah., hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk mcm kita sesuai la yang.. untuk warga emas?? na..na..naaa

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?