Percutian ke Koh Samui - Part 4

Day 4

Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk check out, dalam pukul 8am macam tu van kami sudah sampai di hotel. Korang ingat tak sampul surat yang berisi segala tiket balik? haaaa... simpan baik-baik ye nanti nak guna semula.

nak checkout sudah
tengah tunggu van
Perjalanan nak balik ke KL seharian juga tau fuhhhhh! mula-mula kami naik van, kemudian van akan turun kan kami di stesen bas, bas ni akan hantar kita ke jeti & korang kena ingat tau bas yang kita naik tu sebab lepas naik feri & setibanya dia tanah besar korang kena naik semula bas yang sama untuk ke airport surat thani.
ni tiket feri ye
kalau takut terlupa bas mana satu, sila ambil gambar bas
dalam bas, muka pun dah hitam!
Perjalanan naik feri dari Koh samui ke Surat Thani lebih kurang 1 jam ke 1 1/2 jam kemudian dari jeti nak ke aiport lebih kurang 1 jam. Sampai di aiport kami sempat lepak minum di cafe kemudian terus check in. Perlu di ingatkan hanya 1 flight sahaja untuk ke KL so korang jangan lambat, kalau tak kena tinggal la.
kami lepak di cafe ni
fresh juice thai untuk kali terakhir
kek ice-cream yang very recommended! sedap oi!
sunburn! ok bai!
Setibanya di KLIA2 aku punya sim kad tak boleh guna! so kena la tukar sim kad baru, sementara tunggu sim kad aktif terpaksa beli sim kad baru. Sambil tunggu hubby ambil, aku & Yani kira-kira budget ketika berada di sana, setelah dikira-kira total perbelanjaa kami di sana selama 4 hari 3 malam adalah lebih kurang RM1,000.00 seorang.

So berakhir la percutian express aku & Yani di Koh Samui! lepas ni nak sambung entry bercuti ke Semporna pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?