Tuesday, February 9, 2010

Hati-hati yang kering....

Korang rase korang hati kering sangat ke bila korang berani parking lori seludup gula depan pejabat Kastam?Hati korang kering sangat ke pegi Kuala Lumpur bawak 3 ringgit?Haaa..Hati kering sangat ke hisap syabu depan ayah mertua..Mane ade kering..Pada pendapat gua laa,orang-orang kat bawah ni baru hati kering..Entah la.Kering ke gersang gua tak tahu..Lantak korang la nak cakap ape..

5)HAlijah.20 tahun.Aku rase dekat rumah aku dah ade kad jemputan kahwin minah ni.Kenduri sebelah perempuan tak silap gua dalam bulan ni jugak..Akad nikah.MAlam pertama.Mas kahwin.Bulan madu..Perghhh..Tak sangka langsung gua minah ni bakal melalui kejadah-kejadah haram ni lagi awal daripada gua.Memang advance..Sepuluh tahun dulu,gua boleh bayangkan minah ni maen polis sentri bersama budak-budak laki dengan tudung yang barai dan dikotori kuah keropok serta laksa.Tapak kasut pon ade cop dekat belakang badan.Buat penat mak ayah belikan nila baju je..Tu belum cerita hingus lagi..Sekarang dah nak kahwin apa cerita?..Gua bagi 3 bintang untuk hati kering.

4)Syuhada binti Othman.Mengecapi bahagia perkahwinan pada usia 19 tahun.Dulu gua balik sekolah agama kadang-kadang ade jugak balik jalan kaki sama-sama dengan minah ni.TApi sekarang dah lost contact.MAsing-masing bawak haluan sendiri.Khabarnya dia sudah bergelar ibu sekarang.Gua pulak masih lagi berjalan kaki seorang diri ke kelas Vector Calculus.Teringin jugak gua bangun pagi-pagi ade budak kecik sebelah katil panggil gua 'papa'..Gua bagi 3 bintang setengah.

3)Atikah binti Ramli.Melangkah ke alam perkahwinan pada usia 19 tahun.Bekas budak kelas gua minah ni dulu.Tak silap gua suami dia umur dalam 38 tahun.Duda rasanya.Time raya puasa tahun lepas gua dan rakan-rakan ade beraya dekat rumah dia.Paling gua tak boleh lupa,membe gua siap salam cium tangan dengan suami dia.Perghh.Bodoh sungguh.Baru-baru ni gua ade jumpa abang dia dekat kedai minum.Dia kata perut Atikah ni dah boyot sekarang.Terkena 'buatan orang' katanya..kah3..3 bintang setengah jugak untuk minah ni..

2)Mamat ni name RAhim rasenye.Gua tak berape kenal sangat.Pasal dia cuma bekas budak sekolah roomate gua,Laloq.Gua jumpa mamat ni pon time Jom Heboh dekat Bukit Jalil Disember tahun lepas..Gua tengok mamat ni 24 jam asyik berkepit dengan makwe dia.Rupa-rupanya dah kahwin dah pun.Mamat tu sebaya dengan aku,20 tahun sekarang.Dia punya bini baru dua tiga hari habis paper SPM.Maknenye baru 17 tahun tu.Hati kering tak?..Jarang betul gua dengar budak sekolah Asrama Penuh kahwin awal..Ape-ape pon mamat Rahim ni gua bagi 4 bintang.Dia punya bini gua bagi 5 bintang....

1)Paling hati kering,jatuh pada seorang minah yang dua tahun muda daripada gua.Budak kampung gua.Nama gua tak tahu.DAripada zaman gua lepas-lepas SPM lagi,minah ni selalu naek motor ronda-ronda keliling kampung dengan dia punya emak sambil memegang baby..Anak siapa gua tak tahu.Dengar-dengar cerita la,ini anak 'ramai-ramai'..Gua sendiri pon tak pasti kesahihannya.Tapi kalau ikutkan,minah ni tak boleh masuk dalam list gua punya ranking..Pasal dia tak ada sijil nikah..Dia masuk bukan sebab dia pakai kabel.TApi sebab dia memang true hati kering,gua sanggup bagi 5 bintang..

Zaman-zaman Hang Tuah dulu,baya-baya macam gua ni dah sibuk-sibuk pasal harta pusaka nak turun dekat anak nombor berapa dah pon..Ape pasal gua sekarang sibuk-sibuk kena pikir pasal credit hour dengan calculator saintifik pulak..?

Kadang-kadang gua teringin jugak tiba-tiba terjaga tengah-tengah malam ni tengok ada sepucuk tubuh wanita tidur sebelah gua.Satu katil.Satu selimut.Satu matlamat..Takkan nak sibuk pikir pasal MUET je.Kehendak batin juga kadang-kadang perlu dituruti.Barulah dunia yang aman dan ceria bakal tercipta...

Senang-senang gua ingat malas nak kahwin la.TAk kesah la awal ke lewat.Gua nak buat macam Brad Pitt sama itu Angelina Jolie..Duduk satu rumah.Ambik anak angkat kasi nampak buat charity sket..PAdahal mane ade sijil nikah..Kalau jiran sebelah tu Mufti Perak macam mane?

"Papa papa"..Arghh..Tak sedap..Gua ingat nak suroh anak gua nanti panggil gua 'bro' je..Nampak stylo sket..

"Bro..Bro..Esok bro dengan sis boleh pegi mesyuarat PIBG sekolah along tak?"

Kan gua dah cakap..Stylo...

Sunday, February 7, 2010

Tunggu la kejap....

“Nombor anda adalah 3765.Anda akan dilayan sebentar lagi”

“Pukimak betol..”

Tengok,mesti nak cakap macam tu punya kan.Tambah-tambah pulak bila nombor kita baru seratus lebih.Punya la ramai orang dekat BSN.MAklumlah,bank kerajaan katakan.Diorang punya accountant sambil tulis cek pon boleh makan nasik beriani....

Start dari zaman aku kecik-kecik dulu lagi,kalau tengok buku biodata budak-budak perempuan la selalunya,ruangan perkara yang paling dibenci mesti diorang nak tulis ‘menunggu’.Aku pon same la.Tak suke sangat menunggu ni.Tapi sumpah aku takde buku biodata mase zaman skolah-skolah dulu.Lelaki ada buku biodata?...Sikit pon tak cool…

Tapi gua sendiri pun kalau diberi pilihan antara menunggu dengan baring-baring,gua sanggup pilih untuk menunggu.Bukan apa…Sementara tengah menunggu tu,gua rase sempat jugak gua baring-baring…

Sebenarnya.gua sendiri pun bukan suka sangat dengan perkataan tunggu ni..Kira tak berape kamcing la..Setakat kenal-kenal macam tu je..Message-message pon jarang.Apatah lagi maen raba-raba.

Mengikut kefahaman aku la,tunggu ni ada dua jenis..

1)Jenis pertama adalah jenis menunggu sesuatu yang pasti.Analoginya adalah seperti menunggu bas ekspress.Anda ada sekeping tiket yang tertulis secara jelas tepat,tarikh dan masa bas ekspress anda akan memulakan perjalanan.Tidak kira cepat atau lambat, kehadiran bas tersebut adalah pasti dan kita tidak berapa dibayangi perasaan risau sekiranya apa yang ditunggu tidak memunculkan diri.Jarang sekali terdapatnya syarikat bas yang membuat alasan bahawa bas syarikat gagal hadir kerana tertidur ketika baring-baring di atas katil.

2)Jenis kedua adalah menunggu sesuatu yang haram jadah dia punye ketidak pastian.Analoginya adalah seperti menunggu posmen.Kalau ada surat,mamat posmen tu datang.Kalau takde surat,tak datang la maknenye..Tapi kadang-kadang,kalau mamat posmen tu datang,belum tentu ada surat yang nak dihantar.Mungkin mamat tu posmen baru.Dia Cuma nak tanye alamat ke..Kes lagi teruk,dah la takde surat,mamat posmen tu singgah jugak kerana nak menunjuk-nunjuk yang dia ada surat,korang takde…

Mengikut kes gua,gua sendiri tak tau gua tengah menunggu posmen ataupun bas ekpress sekrang ni.TApi amne boleh beritahu korang aku tengah tunggu ape..Mende ni Abstrak!

Tapi apa-apa pun sementara tengah menunggu ni,gua bercadang untuk baring-baring sekejap..

Friday, February 5, 2010

Sepucuk pistol dan tiga butir peluru...

1)Khairul Hakimi.Gua punye bekas warden mase sekolah menengah.Gua pernah kena lempang dengan dia tanpa sebab di khalayak ramai mase gua Tingkatan 3 dulu..MAklumlah warden baru.Saiz badan macam budak Tingkatan 1 yang belum akil baligh.Mungkin dia sengaja nak tunjuk yang dia adalah penegak keadilan agaknya..

2)Abang angkat kepada seorang makwe yang pernah gua kenal dulu.

3)Mokbas.Bekas budak kelas gua pun mase Sekolah Menengah sains Shafel..Skema nak mampos mamat ni.Bercakap dengan gaya tidak ubah seperti ADUN Kuala Nerang.Berfungsi sebagai tali barut cikgu disiplin.Sampaikan budak-budak terlupa ikat taki kasut time pergi kelas pon dia nak report dekat Lembaga Disiplin Sekolah..Rase macam nak terajang terbang tak?.

4)sarjan xxxxx.Gua tak ingat langsung name dia.Yang gua tau dia ni pernah jadi Commander kem perkhemahan yang ketika itu kebetulannya dianjurkan dalam semak belakang sekolah gua.Gua pernah didenda dan disepak terajang oleh beliau semata-mata untuk mendapatkan pengakuan gua terhadap kesalahan disiplin yang gua lakukan.Daripada pukul 10 malam sampai pukul 5 pagi esoknya.BAngsat betol.GUa rase basic gaji dia tak lebih 2 ribu agaknya.TApi kenape kene beria nak mampos?PAdahal kesalahan gua bukannya mengancam keselamatan negara pun..TAk silap gua,kes terajang MOkbas rasenye..



Jika...



Jika hanya tinggal 3 butir peluru,siapakah salah seorang antara mereka berempat yang patut terselamat..?..PATUT?


Gua beritahu siap-siap,mamat yang nombor 2 tu memang payah sket nak lepas..