Resepi Jus Avocado
Orang berjus aku pun nak jus gak.. tapi jus aku jus tak sihat! huhuhuhuh! kalau nak kurus jangan ikut! masa pergi chow kit jumpa buah ni berlambak, murah plak tu so aku beli la.. 1 kilo RM7.00 sahaja. kalau kat AEON 3 biji RM10.90, satu biji RM5.90 mahal kan?? dalam 1 kilo dapat 6 biji. Bahan-bahan 1 biji buah avocado 2 biji pisang Milo Susu Segar Cara-cara Blendkan buah avocado bersama pisang (kalau nak Best lagi blendkan bersama ais cube), kemudian tambah kan susu segar. Campur kan Milo dengan sedikit air panas (buat pekat-pekat seperti coklat cair) kemudian campurkan dengan jus yang telah di blend tadi. Tabur kan sedikit Milo untuk kesedapan berganda! siap untuk diminum & selamat menambah KOLESTROL!! hikhikhik! **Disebabkan ade orang baru balik Langkawi makanya jus ni ditambah dengan coklat hersey! yummy TUMMY! tq Yana .. love yuuuuuuu!