Rabu, 27 Mac 2013

Resepi Nasi butter berlauk

Ok ni lagi satu resepi yang simple! ahahahah! dah bosan hari-hari makan nasi putih kan? try la nasi butter ni pula!

NASI BUTTER

Bahan-bahan
3 cawan beras
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu butter/ mentega
Sedikit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
2 kiub ayam

Cara-cara memasak
Hiris bawang besar dan bawang putih kemudian tumiskan dengan mentega masuk kan kayu manis, bunga lawang & cengkih. Sebelum tu cuci beras & sukat air mengikut sukatan beras, setelah layu semua bahan yang ditumis masuk kan ke dalam beras & masuk kan kiub ayam.

AYAM MASAK MERAH BERGAJUS

Bahan-bahan
8 Ketul ayamas (kepak tengah bersalut)
1/4 inch halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Kacang gajus (yang ready made)
1 tin kecil kacang peas
1 tin kecil tomoto puri
2 sudu cili boh
Sedikit madu
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit sos tiram

Cara-cara memasak
Gorengkan ayam sehingga garing dan masak.

Kisar kan cili boh bersama bawang, bawang putih & halia kemudian tumiskan sehingga garing. Masukan gula & garam, kemudian masukan sedikit air & kacang gajus. Tunggu sehingga gajus lembut & sambal menjadi sedikit kering. Setelah kering masukan tomato puri, sos cili, sos tomato & sos tiram, gaul kan sebati. Masuk kan ayam yang di goreng tadi kemudian masuk kan sedikit madu & kacang peas.

SUP KENTANG SIMPLE 

Bahan-bahan
2 biji kentang
Bebola ayam
Daun sup
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara memasak
Kentang dipotong dadu & direbus sehingga empuk, kemudian hiris bawang merah & bawang putih serta dimasuk kan kedalam kentang yang direbus tadi. Masuk kan serbuk perasa & bebola ayam. Hiriskan daun sup dan ditabur ke dalam sup!
yummy-yummy!
Ni adalah la kegemaran hubby aku! bagi orang yang tak pandai masak macam aku boleh cuba resepi ni.

TRY la!

5 ulasan:

  1. Apa plak tak pandai masak. Ni pandai lah ni ☺☺

    Sedap nya. Terbau² sampai cyberjaya ni...hehehe...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak zue, perghh nyummiii. nanti sheila nak cuba lah! hehe. sheila suka masak nasi ayam. hohoho :)

    BalasPadam
  3. ini terlebih pandai suda..sedapnyee

    BalasPadam
  4. pergh pergh ni simple menda.. nampak ade 3benda yang kene buat. hahahahhahahaa.. ai is malasss ;p

    BalasPadam