Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

My BB Problem sudahhhh!

Imej
Benci + tension sebab BB aku dah ade screen problem. Baru la jack-jack hubby nak beli tab, dia sudah merajuk & tunjukan kan tanda protes.. GERAM betul la! time-time macam ni nak buat hal. Baru la setahun lebih beli sudah problem, takde kualiti betul barang-barang skang ni.. ke aku yang ganas? Berapa la kos nak repair screen ni erk sape tau? meh share... BB aku problem macam ni: nampak tak line tu? Sesapa yang tau repair screen problem? leh tolong repairkan tak? ngeeeee!

Keje aku ke keje engkau?

Hamboi ko dah la datang lambat kan? aku yang cover kan ko..sanggup tak breakfast lagi! datang-datang ko terus pegi breakfast buat air lengang lenggok plak tu. SIAP menyinggah department lain borak-borak pulak, banyak senang hati... kerja ko aku yang buat eh? mentang-mentang la dulu tu keje aku, simply je ko ingat aku leh cover ko? aku pun ade keje lain nak buat, update blog.. update status.. nak jage kebun lagi Aku bukan tak boleh nak tolarate tapi kalau dah selalu sangat menyinggah department lain borak-borak pastu aku yang kene cover, rase sakit hati tau tak! Dah la selalu berkira kerja dengan aku! bila aku mintak tolong balik selalu cakap ko BUSY kan? hey! aku pun pernah duk kat situ takde lah seBUSY engkau! tak nak tolong cakap tak nak tolong.. senang cerita kan? Huh! pepagi aku dah beremosi ni... P/S: kalau orang berbudi kita tau jugak nak berbahasakan?

Cerita pasal Hari Raya 2012

Imej
Seperti entry aku yang lepas Hari Raya tahun ni cukup tak meriah bagi aku... aku just beli sehelai baju kurung & sandal, kuih pun just beli kerepek je tu pun dah abis dah aku & hubby ngap. Aku balik ke JB hari Sabtu sebelum sahur kami bertolak, singgah jap kat R&R seremban untuk bersahur, kemudian kami teruskan perjalanan ke JB. Sampai je JB aku duduk-duduk jap pastu kuar gi bank settlekan segala hutang-piutang, iyer la gaji lambat lagi kan? dah settle sume terus pegi ke pasar beli barang-barang nak buat rendang & sambal jawa, actually kakak aku cakap tak payah masak sebab kami 2 keluarga je yang nak makan.. tapi aku yang beriya nak masak, tak sedap plak kan hari raya tak masak at least hubby leh la makan sikit-sikit after semayang raya.. Sampai kat pasar orang punya la ramai huh, rase nak cepat-cepat je kuar dari situ, tapi yang tak sedapnya tempe takde! adeh mane la sedap kalau sambal jawa takde tempe. Susah betul nak cari tempe kat johor on that day, puas pusing

Pasal Hari Raya 2012..

Tahun ni punye raya aku tak rasakan keseronok kan nya.. kenapa?? aku sendiri tak tau.. baju kurung raya pun still tak beli lagi.. sememang nya tiada mood. Semalam pergi jugak tengok-tengok baju kat jalan TAR cari baju raya... tapi satu hapah pun x beli, jangan kata baju raya.. kuih raya, ape segala yang berkaitan dengan raya untuk diri aku sendiri pun aku tak prepare. Yang aku prepare kan cuma baju melayu hubby je.. yer la dah berapa tahun asyik pakai baju yang lama, sejak aku kawen memang tak pernah beli baju melayu. Tu pun puas aku pujuk beli baju melayu, baru nak beli.. Songkok & sampin pun tak mau beli.. haih! Rumah pun macam tongkang pecah.. memang aku tak kemas satu hapa pun, sebab tu aku tak buat open house, tahun ni CLOSE HOUSE.. kakak ipar aku pun aku tak bagi datang, kejam kan? tak tau la kenapa tahun ni aku rasekan kemeriahan nak beraya tu takde. Maybe tahun ni banyak sangat masalah aku, tu yang tak bersemangat sampai terbawak-bawak mase raya ni. Bile tengok

Kasut Crocs Original Murah!

Imej
Sempena hari baik bulan baik ni & raya yang bakal menjelang tak lama lagi .. aku nak let go aku punye kasut crocs 2 pasang.. aku nak let go murah-murah je.. 2 pasang RM50 + PERCUMA satu sandal POLO. Actualy kasut crocs ni aku beli kat butik crocs di Tropicana City Mall, masa tu ade promotion 2 pasang RM100.00, aku plak memang senang terpengaruh dengan jualan murah macam ni.. hihihihi! so aku ajak hubby aku pergi tengok, bile dah pergi tengok beratur punye la panjang.. disebabkan dah beratur panjang nak tak nak kene beli gak la , (sebab dah penat beratur. & lagi satu aku takut hubby aku marah dah beratur penat-penat lepas tu tak beli..) So aku beli la ingat nak beli yang simple-simple je.. tapi choice tak banyak maka pilih je la ape yang ada. Lepas dah beli tu aku just pakai sekali je.. rase macam tak selesa pakai kasut sebab rasa macam kaki tak bernafas hihihih! lagipun aku memang selesa pakai sandal je...tu pasal la aku nak let go.. 1st shoe size 8 yerrr... 2

Drama Hari Raya

Imej
Boleh dikata setiap tahun kami akan membuat 'drama raya'.. wahhhh! pelakon ke aku? takdenye la! 'drama raya' yang aku maksudkan adalah aktiviti mengambil gambar sempena nak menyambut hari raya.. biasanya kami akan berbaju raya seminggu sebelum raya kemudian ambil gambar ramai-ramai.. Tapi aktiviti dah tinggal kenangan.. aktiviti ni dibuat masa aku masih kerja di Puteri Harbour dulu, bila ingat kenangan ni seronok je.. dapat plak member yang sekepala! pastu ditambah dengan boss yang best! tempat kerja pun cantik dan menarik *masuk bakul angkat sendiri .... fuhhhh memang terbaik! suke sangat ngan gambar ni! ni dinamakan drama sangaaatt! aahahaha! macam budak-budak dah ☺ huarghhhh! rindu ngan kawan-kawan kat sane.. ade yang rindu aku x?

Kata Kunci untuk blog aku

Imej
Selama berblogging ni aku tak pernah lagi tunjuk kata kunci untuk blog aku.. selalunya ape yang orang tercari-cari kat blog aku ni eh? meh kita tengok! Untuk akaun Nuffnang ni dia kata kuncinya: Susu kambing & kurma - ni mesti carian dari geng TTC or sure orang-orang yang cuba nak hamil macam aku kan? Sugar Glider - ni mesti nak cari tips untuk bela sugar glider Kenanga wholesale City - Dah nak dekat raya kan? mesti nak shopping kan? Period berpanjangan - Opssss... ade gak ke orang yang ade problem macam aku? sure korang risau kan? Puteri Harbour theme park -  Untuk pengetahuan semua... Puteri Harbour theme park akan di buka pada September 2012 (sesapa yang nak pergi boleh la..) *tempat keje lama aku ni ☺ Minituare perfume - ni mesti sama hobi ngan aku ni.. kumpul minituare.. ade yang nak tukar-tukar botol x? Ujian kehamilan - mesti bakal-bakal ibu yang search ni sebab ragu-ragu dengan ujian UPT yang dilakukan kan? last sekali Berurut untuk h

Bulan Ramadhan tahun 2012

Macam mana bulan Ramadhan korang tahun ni? adakah berjalan lancar? seperti tahun lepas aku banyak berbuka puasa sorang-sorang, hubby selalu balik lepas aku kenyang berbuka tapi kelainan pada tahun ni aku selalu masak kat rumah... happy gile rase bila dapat masak sendiri duit jimat hati pun senang ☺. Aku balik keje dalam pukul 5, terus berlari ke komuter.... gedebak gedebuk dalam pukul 6.15 sampai rumah, kadang-kadang sampai awal lagi, tapi selalunya around that time. Sampai rumah kelam kabut masak, selalunya aku masak simple-simple je.. sume beli perencah yang dah siap. Macam semalam goreng mee pun gune perencah.. bukan ape, senang kot untuk orang yang takde masa macam aku ni. Hubby suke gile bile tiap-tiap hari aku masak ☺... every day dia akan tanya "sayang masak ape hari ni".. wahhh! tu makin semangat aku nak masak. Selama berpuasa ni hanya 2 kali pegi PARAM, 1st time gi PARAM dekat depan rumah aku.. beli nasi minyak n daging masak kurma, harga RM6 *gile! dah la t

Bonus & cuti raya!

yeppi! orang government dah dapat bonus yeah? aku pun dapat bonus gak ☺ tapi takde la dapat sebanyak orang keje gov. Alhamdulillah..... boleh buat tambah-tambah masa raya nanti lepas la nak bagi duit raya kat anak-anak sedara aku yang berapa ketui tu & duit tol. Ok cerita pasal cuti raya plak company aku bermurah hati nak bagi cuti raya selama 1 minggu! yeahhhhhhhhh... dapat extra 2 hari FREE.. thank you boss! tapi yang tak syoknya aku cuti sampai seminggu tapi hubby cuti 2 hari je? adehhh! tak berguna jugekk dapat cuti sampai seminggu nak beraya kemana-mana tak syok bile hubby takde disisi :(. Tahun ni kami beraya kat JB.. so sape yang kat JB meh la kita beraya sama-sama.. ahahahaha! Nampak gaya tak sempat la nak beraya kat Jengka tahun ni.. sian mak & abah anak lelaki dia yang sorang tu tak dapat balik kampung, abis kalau dah cuti 2 hari je.. mane la sempat nak balik Jengka.. betui tak?