Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Hari mengundi POS PRU13! ~ 30.04.2013

Imej
Semua orang dah tau kan? hari ni hari mengundi pos bagi sesiapa yang menjalankan tugas pada hari pengundian pada 5.05.2013, aku adalah yang termasuk dalam golongan itu, sebab aku ditugaskan untuk menjaga salah satu pusat undi di KL. Sepatutnya memang aku kene mengundi pada hari ni secara POS tapi malangnya surat arahan mengundi sampai LEWAT di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat. Keciwa?? memang sangat.. sangat keciwa! sebab kali ini adalah kali kedua aku mengundi. Kalau kali ni aku tak dapat mengundi amat laaaaa RUGI! Pagi tadi staff PTD Hulu Langat call dia suruh aku mengundi macam biasa pada 5.05.2013, katanya mereka baru terima surat tu semalam maka tak sempat nak proses. *jangan tipu guna nama aku 2 kali udah la (+___+) tak pasal jadi pengundi HANTU! Aku terus call abang ipar aku cakap aku tak dapat mengundi, pastu dia cakap takpe nanti dia uruskan. Lepas 10 minit macam tu dia call semula, dia cakap takpe nanti hari pengundian kita gilir-gilir pergi mengundi *nasib baik la

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

Imej
10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU 1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. 3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila me

Resepi murtabak maggi yang simple

Imej
Pernah makan murtabak maggi? resepi ni aku gerenti resepi dia memang super duper SIMPLE! Bahan-bahan 3 paket maggi kari 4 biji telur 1 biji bawang merah 1 biji bawang putih 250grm daging kisar Cendawan butang Daun sup Serbuk kari Bahan-bahan Cara memasak Rebuskan maggi sahaja (serbuk perasa kari jangan dibuang) dan toskan. Inti/topping Potong dadu bawang merah, bawang putih dan cendawan. Panaskan kuali dengan sedikit miyak kemudian tumis bawang-bawang tadi sehingga kekuningan. Setelah kekuningan masuk kan daging kisar tunggu sehingga daging bertukar warna kecoklatan dan masuk kan pula cendawan. Campurkan serbuk kari atau boleh je guna serbuk kari maggi yang terdapat didalam paket maggi, tambahkan sedikit garam. Hiris halus daun sup dan masukan ke dalam kuali dan gaul rata. Campurkan telur (dikocak dulu) dengan maggi yang telah ditoskan, masuk kan sedikit inti kedalam adunan maggi dan gaul sebati. Kemudian masuk kan kedalam kuali ajaib, l

Giveaway ~ ♥♥ I LOVE GEROBOK HANA ♥♥

Imej
  GIVEAWAY I LOVE GEROBOK HANA 15 April - 25 April Hi korang! Ingat tak aku pernah promote pasal Gerobok Hana?? haaaa... dorang buat GRAND OPENING tauuuu! sempena opening diaorang, mereka ada buat GIVEAWAY! nak join tak?? nak join?? Giveaway yang sangat simple mimple! *apa bahasa daaaa aku guna Ada 2 cara untuk join Giveaway ni Cara PERTAMA korang share kat FB 1) LIKE FB Gerobok Hana 2) Make sure korang SHARE to public dan  COMMENT kat situ "I LOVE GEROBOK HANA" Cara KEDUA korang share kat BLOG 1) FOLLOW Blog Gerobok Hana 2) LETAK kan Banner Gerobok Hana & LINK kan 3) Buat simple ENTRY pasal Geronok Hana 4) Jangan lupa letak kan  AYAT "I LOVE GEROBOK HANA" 5) Akhir sekali tinggal URL blog korang di Gerobok Hana    letak kan banner ni di BLOG & link kan.  -KLIK SINI-    Sebanyak 4 HADIAH menanti anda semua : 2 dari FB & 2 dari BLOG Ade lagi... sempena opening ni, siapa yang ya

Resepi lasagna yang simple

Imej
Siapa suka makan lasagna??? nga nga mulut cepattt!!! hihihihih! macam biasa selalu mengidam mengalahkan orang bunting. Yang paling mengada tak nak makan yang kat pizza hut tapi nak makan kat The Glato, tapi masa aku pergi The Glato dah siap-siap nak tutup kedai (al-maklum laku sangatttt.. penangan Jalan-jalan cari makan gamaknya) lagi pun aku sampai pun dah lewat memang patut pun dah habis! Bila teringin tu hati memberontak, maka ambil solution buat sendiri. Cara masak sangat simple! tapi bahan-bahan dia Masyaallah! punya la mahal.. Aku beli barang je dah nak dekat RM50.00 (tu pun cari bahan yang paling murah) sila pejam mata sambil bayar & fikir positive, kita boleh guna barang-barang tu berulang kali dan JIMAT. Pheeewwwww~ *lap peluh Bahan-bahan ni lebih kurang RM50, korang percaya?? (*_*') Bahan-bahan Kepingan lasagna instant                        Daging cincang                                      Bawang Merah Bawang putih Sos cili Tepung Jagun

Ini Kerja GILA!

Imej
Sedih baca berita yang satu ni.. korang sure mesti sedih juga membacanya, nak-nak korang yang sedang berTTC dan tidak terkecuali ibu-ibu yang mempunyai anak. Bayi diabai akibat mak ayah hisap dadah SUNGAI BESAR - Seorang bayi berusia empat bulan mengalami nasib malang setelah diabaikan kedua ibu bapanya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah. Difahamkan, bayi berkenaan turut mengalami jangkitan kulit, selain berat badannya turun mendadak akibat tidak pernah mendapat penjagaan rapi. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, ibu kepada bayi berkenaan dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan awal Mac lalu atas kesalahan curi kabel. “Selepas menjalani proses siasatan, polis mendapati bapa bayi tersebut positif dadah. “Isterinya pula mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan dan bertindak mengambil dadah dengan lebih aktif sehingga mengabaikan keperluan anaknya itu,” katanya kepada Sinar Harian, semal

Rawatan Kesuburan: Semen Analysis

Imej
Kornologi Treatment 1.   Start all over again @ Hospital Government pula.. 2.   Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3.   Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang 4.   Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang Hari ni 18.04.2013 appointment untuk hantar semen hubby ke makmal. Hubby aku kena "PUASA" lama wooo! mana taknya minggu sebelum ni aku period, lepas abis period je ngam-ngam dia kena "PUASA" sebab nak anta semen. Kesian dia :P Malam semalam tak boleh nak tidur dengan lena sebabnya perut ni pedih yang AMAT, gastrik kaw! sebab tengah hari makan Yong Tau fu *healty food katanya! puiiiii~ . Pastu pagi-pagi nak kene bangun tolong hubby.. hihihih! pkl 7.47am semuanya selamat, tapi macam sikit pulak.. ke memang macam tu?? aku pun tak pasti. Semen tu kena sampai kat makmal dalam masa 1 jam. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya, rumah ngan hospital dekat je.  Syarat-syarat sebelum hantar semen Lepas dah anta semen ke

Mendaki di Bukit Broga

Imej
Takde benda nak story, mari kita korek cerita lama... hihihihih! Aku lupa kejadian nya bila, tapi aku rasa bulan 2 macam tu. Dah lama teringin nak mendaki Bukit Broga ni, selalu selak-selak blog orang lain yang pernah tawan bukit broga akhirnya aku dengan semangat, aku ajak hubby aku. Mula-mula dia malas.. tapi sebab malam sebelum pergi  dia ada jumpa kawan-kawan dia & kawan dia ckp "you must try" dia pun nak pergi! *aku ajak takmo! bila kawan cakap nak pulak dengar! hashhhhh! Sebelum tu aku ade halo-halo gak kawan TTC aku, Yani bunny cakap dia nak join ☺* cari stamina nak jalan-jalan kat europe katanya  tapi kami pergi sendiri-sendiri jumpa di puncak bukit Broga. Malam tu kami tidur lewat sebab gi lepak-lepak ngan kawan hubby pukul 3 pagi baru balik yawww! pastu takleh sedar diri pagi tu! pukul 6 baru tersedar.. kejut hubby bukan main payah nak bangun! Bersiap-siap pukul 7 baru gerak dari rumah. Aku bawa bekal sarapan roti + nuttela, air horlick dan air mineral.

Bubur nasi di kala hujan!

Imej
Semalam lebat gila kan hujan? nasib baik payung BESAR aku tertinggal kat office.. boleh la balik berpayung! kalau tak memang kene tunggu hujan reda. Dengar cerita kawasan KL banyak ditengelami air betul kah??? kasihannnnnn... Sampai rumah je terus mandi, takut sakit kepala! pastu cari idea nak masak apa. Idea pun datang TING! masak bubur nasi dengan lauk.. nak-nak bila cuaca sejuk kan? hujan lagi tu... mak aih! memang sesuai banget! bubur nasi berlauk Bubur nasi + ikan bilis kentang kicap + sardin + sambal ketuk + telur dadar Simple but NICE ok! *puji masakan sendiri... Nak share ngan korang resepi sambal ketuk yang bapak sedap! terangkat gila bila makan dengan nasi panas! fuuhhh kecur air liur! SAMBAL KETUK Bahan-bahan Ikan Bilis Cili padi Bawang merah Sedikit garam Cara-cara memasak Gorengkan ikan bilis sehingga garing, kemudian ketepikan. Gorengkan pula cili padi dan bawang merah kemudian tumbuk semua bahan sehingga lumat, masukan sedikit ga

Kakoa talk

Imej
Sekarang semua orang sibuk berwe chat ye?? iklan siap dah kuar bagai.... hihihih! best kan boleh dengar suara sendiri? we chat ni memang bagus sebab budak-budak pun pandai guna! anak sedara aku kalau nak cakap apa-apa pakai we chat jerp! nak taip msg x pandai kan? so we chat ni memang sesuai! Lagi satu fungsi sama macam we chat ialah kakoa talk! kalau dengan hubby aku lebih suka berkakao talk! sebab emoticon dia comel-comel if malas nak taip msg just bg emotiocon yang sangat comel! dia boleh gak chat macam we chat tapi aku jarang guna.. nak video call pun boleh. Kelebihan dia just kat emotiocon dia je & lagi satu bunyi incoming msg semua comel! kalau nak emoticon yang lebih comel-comel leh download je FREE sajer! logo kakao talk emoticon yang comel ni emoticon yang basic *wei aku dah download keek! kelakar la pulok aku tgk artis-artis malaysia ni berkeek.. macam syok sendiri pun ada jugak! huhuhuhuhuh.. aku x post apa-apa pun kat keek xde benda nak post, ka

Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang

Imej
Kornologi Treatment 1.   Start all over again @ Hospital Government pula.. 2.   Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3.   Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang Masa aku buat refer doktor masa 1st time tu hari doktor ade beberapa keping kertas untuk aku simpan & follow up, salah satunya blood test pada CD2-CD5. FSH/LH at CD5 So hari ni CD5, ingat nak pergi jumaat hari tu tapi darah kuar malu-malu so tunggu weekend tengok keadaan macam mana sekali alhamdulillah darah kuar dengan lancar. Pagi tadi pukul 8.30am aku dah terpacak kat hospital, kali ni tak payah ambil no. Pergi je kat bilik/kaunter no 8. Disitu ade disediakan no untuk dikepil kan bersama kertas yang doktor bagi hari tu. Lebih kurang 1/2 jam nama aku di panggil, selalunya bukan main payah lagi nak ambil darah sebab urat aku kecil tapi kali ni semua berjalan lancar. Nurse tu memang pandai ambil darah aku, sekali cucuk je dah mengena. Kejap je ambil darah tu lepas tu terus balik, kala

Pesta belon panas Putrajaya 2013

Imej
Kejadian ni hari sabtu yang lepas, pagi tu pergi makan-makan kat Serai, Empire Mall.. Kek-kek yang terdapat di Serai, Empire Mall Subang! Sebenarnya aku & hubby plan nak gi pangkor tapi depends hubby balik keje pukul berapa.. takut nak kejar feri tak sempat. Sekali hubby balik pkl 3 so memang tak sempat la nak kejar kan feri.. makanya bosan la kami di rumah sebab biasanya kami akan pergi mengacau anak-anak sedara aku, tapi dorang takde semuanya ke Pangkor! Fikir punya fikir teringin nak makan seafood, mula-mula nak pergi ke Umbai, Melaka.. tapi malas pulak nak drive sampai ke Melaka. Lepas tu cadang nak ke Bagan Lalang tapi mesti ramai orang sebab cuti sekolah nak-nak last day cuti sekolah, sure orang ramai GILA la! at last aku cadang makan kat Ana petai ikan bakar kat bangi... hihihih! jimat duit minyak & tol dan boleh makan sampai PUAS! Sebelum gi makan tu tak tau nak merambu ke mana, so ajak hubby gi tengok belon panas.. dia cakap OK, dengan syarat aku yang

Keliru tentang Period!

Imej
Aku tengah keliru pasal period aku ni... aku sepatutnya kene buat blood test antara CD2 -CD5, tapi... kekeliruan telah terjadi sebab semalam aku ade kuar spotting (lendir yang bercampur darah) time buang air kecil, setiap kali buang air kecil mesti ada *jangan geli hokeh! ni kenyataan! Bila aku pakai pad takde secalit darah pun kat pad aku pagi ni.. tapi bila aku buang air lendir tu ade! Siapa yang tahu dalam hal ni tolong la saya yang dalam kekeliruan ini! adakah ini nak dikira sebagai CD1 atau macam mana?? HELP-HELP.. ada juga tanya kat member suruh dia tanya kawan dia yang Doktor, tapi untill now tiada jawapan.. sesiapa ada jawapan tentang hal ni sila la komen! JASA anda sangat di kenang.. ☺ *kalau ade update dari member aku, aku akan update! antara korang pun ada masalah begini kan? **Tak sabar nak buat BLOOD TEST! tak sabar nak lalui step-step ni semua.... fuh..fuhh cepat la masa berlalu UPDATE:   Selepas di tanya dengan doktor, dia suruh tunggu sampai kuar bet

Air Asia FREE seat!

Imej
Hah! siapa dapat grab tiket Air Asia FREE seat? 1st time aku dapat grab! hihihihih! OK jangan tak percaya KL-JKT-KL dapat bawah RM100 jerp... yeahhh! suka sangat! Makanya laju-laju booking, bila tanya en Hubby biasala macam-macam alasan. Susah sangat kita pergi la ngan adik beradik kita! hihihihih! Kali ni takyah dok dalam waiting room pun.. selalu dari pagi sampai petang dok dalam tu. Walaupun, tahun depan tarikhnya tapi takpe bukan lama sangat pun nak tunggu ☺ . Sambil tunggu tahun depan boleh la dok kumpul-kumpul duit kan? survey-survey mana yang patut! YEPPI! ok tu jer nak cite! teruja sangat sebab dapat tiket gi INDON bawah RM100!

Sesi meroyan!

Imej
Sesi meroyan di BLOG! Aku sangat-sangat bengang! menyampah pun ada! semua kerja nak berkira.. apa salahnya kalau kau buat kerja yang pernah aku buat? aku pun buat je kerja yang kau buat sekarang. Kalau kau nak ke bank ke nak shopping & nak pergi tidur dalam waktu kerja! aku boleh jer COVER kerja kau! tak kan benda simple yang dulunya kerja aku pernah buat kau tak boleh nak buat? Setakat call orang courier & tempah tiket tu pun nak mengeluh?? bukan banyak pun kerja kau tu.. angkat telefon je kot, itu pun nak mengeluh? gaji nak byk, keje nak goyang kaki? hadoi payah! Asyik-asyik nak cakap "ni bukan kerja aku ni, ni kerja kau sepatutnya" tak ke sakit hati aku ni? bukan aku pun yang suruh ko yang buat! boss yang suruh! gi la bangkang cakap boss tu.. ade bran? Boss buat macam tu ade la dia nak suruh kau belajar benda baru, tak kan la ko nak duk kat company ni selamanya nak angkat telepon? iye dak? pikir la positif way! Aku ingat kan bila kau tak nak buat kerj

Kolam Memancing sentul

Imej
Ade sesiapa hobi dia memancing? cer angkat tangan! Meh aku share satu tempat yang sure para pemancing suka.. nak-nak memancing udang galah! terbaik wokkkk! Tempat ni memang dah lama wujud.. zaman aku bercinta dulu memang dah wujud dah! time berdating dulu ini la tempatnya! release tension kat sini! best wooo.. Semalam, sementara tunggu family in law balik dari Pulau Pangkor kami pergi makan mee rebus dulu.. mee rebus ni memang sedap la (cukup rasa, cukup rempah & daging pun banyak), aku rasa kalau kat KL mee rebus ni la paling sedap,selain tu ade gak aneka sup...murah pun murah. Nama gerai ni ialah Irfan sup, tempatnya di gombak/batu caves.. macam mana nak pergi? korang tau Giant batu caves? kat depan sikit ade Petron & Shell, nampak traffic light kat Shell tu belok kiri.. kemudian terus jer, nampak kedai motor welly depan sikit belah kiri jumpa la gerai ni! sesiapa yang nak cuba boleh la datang ☺.  Mee rebus.. dap..dap! *teringat mee rebus tulang kat JB Yummy!