Isnin, 29 April 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing.
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi.
Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Sebab itulah bayi nampak comel :)

comelnya baby dalam perut ni!

"YA ALLAH berikan lah kami peluang untuk merasai detik ini, YA ALLAH berikan lah aku peluang untuk menjadi ibu kepada benih suami ku, YA ALLAH berikan lah kami zuriat yang soleh & solehah, Sesungguhnya engkau maha besar, maha pengampun & maha mengetahui"


14 ulasan:

  1. amin..moga kita sama-sama dapat merasai saat menjadi ibu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak zue, comelnya baby! bestnya bila baby ada dalam perut kan. insyallah, rezeki kita akan sampai. think positive :)

    BalasPadam
  3. zue, haritu tgk ade video someone post dia rakam pergerakan baby dalam perut dan perut dia mengerak2....yani tengok, yani menangis....bila lah nak merasai pengalaman macam tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la sy pun ade tgk.. video tu gambar perut ibu then nampak baby menendang. seronok betul tgk!

      Padam
  4. aamin..tak sabar nak merasai detik itu..insyaAllah rezeki itu sudah d atur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin.. insyallah. tp detik tu belum kunjung tiba *sobss.. sebak

      Padam
  5. amion.semoga kita dapat diberi peluan utk merasai semua ini...*sangat berharap*

    BalasPadam
  6. InsyaAllah..1 hari kite akan menjadi ibu pada anak2 yg comel

    BalasPadam