Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Percutian Budget, Langkawi ~ Part 4

Imej
Hari keempat 31.01.2015, Jumaat Hari terakhir di Langkawi, planning hari ni adalah untuk shopping (hari paling ngeri sebab duit mengalir bak AIR). Pagi-pagi kita breakfast dulu di Gerai semalam, nak repeat nasi kuning... nasib kami baik sebab kebanyak kan nasi kuning dah nak abis. Lepas Makan kami ke pantai chenang kononnya buat kali terakhir la sebelum nak balik KL. kami bertiga di Langkawi Selipar beli di Langkawi RM10 Aktiviti di Pantai Cenang Lepas dah lepak kami pulang semula ke hotel untuk check out, sebelum ke Pekan Kuah kami singgah di Zone dulu untuk menikmati Ais Krim Gulung yang di gembar gemburkan sebagai UNIK.Rasa Ais Krim ni boleh la, pada aku Ais Krim McD lagi sedap. Ice Krim Gulung di dalam The Zone, Langkawi Lepas dah shoping sikit-sikit di Zone pantai Cenang kami ke ke Pekan Kuah untuk shopping sakan! kalau boleh korang nak shopping shopping la di Pekan Kuah memang kat Pekan Kuah lebih murah dari Pantai Cenang. Kalau Daim 200gm beli di Ch

Percutian Budget, Langkawi ~ Part 3

Imej
Pukul 3 macam tu kami semua berangkat pulang dari Pulau Payar.. Gedebak gedebuk lebih kurang nak dekat pukul 6 gak la sampai kat hotel. Sampai hotel mandi-mandi plan nk ke Pekan Kuah plak.. tapi sebelum ke Pekan Kuah kami plan nak mkn ABC kelapa tapi malangnyaaaa.. kedai dah nak tutup,yang kami dapat hanyala Rojak buah, tu pun kongsi je. Makan rojak sambil tengok matahari terbenam di airport. Mulanya plan dinner kat pekan Kuah pastu member aku roger kawan dia tanya kat mana seafood yang murah dan sedap, dia suggest pergi makan kat area Pantai Cenang berdekat dengan hotel baron ataupun namanya food court Cenang. Kami pun cari la, rupanya kedai makan tu berdekatan dengan tubotel, sebelum sampai ke tubotel tu akan jumpa satu gerai berdekatan dengan muara. Perut dah berkeroncong kelaparan, bila abang yang ambil order tu datang aku tanya apa yang best kat sini dia cakap cer cuba makan ketam kari kat sini. Aku pun order la 2 ekor, kemudian aku order ikan siakap (siap pesan ta

Percutian Budget ke Pulau Payar, Langkawi ~ Part 3

Imej
Hari Ketiga 30.01.2015, Jumaat Hari ni pepagi dah bangun.. alhamdulillah kali ni tido sangat selesa selimut pun tebal, lepas bersiap misi mencari nasi lemak kuning, ade orang tu terliur nak makan nasi lemak kuning. Kami breakfast berdekatan dengan hotel yang kami tinggal sederet dengan Mcd. Di situ banyak juga choice, yang paling penting nasi lemak kuning pun ade tak payah nak pergi jauh-jauh. dapat makan nasi lemak kuning! yaeyyy!! Perut dah kenyang kami pun tunggu la bas/ van nak pick-up kami untuk ke Pulau Payar.. By 8.00am semua dah kena berkumpul di depan hotel. Tunggu punya tunggu akhirnya bas nya pun sampai, bas tu menuju ke Jeti pekan kuah. Sampai kat Pekan Kuah kami di bawa ke kaunter untuk tukar kan resit kepada gelang kalis air, kat situ gak kita kena settelkan balance lagi RM110 nanti dia akan bagi sekali voucher makanan, jangan kasi hilang plak nanti tak makan korang kat sana. sticker ni kena pakai, senang orang bas nk pick-up Dah settle semua kami

Percutian Budget ke Langkawi ~ Part 2

Imej
Hari Kedua 29.01.2015, Khamis Plan hari ni kami nak jalan-jalan di sekitar Langkawi sahaja sambil cari pakej yang kami nak. Tujuan kami nak ke Pulau Langkawi hanya untuk jalan-jalan & pergi snorkeling di Pulau Payar. Pagi ni bangun & bersiap kemudian terus check out. Dari chalet kami cari tempat breakfast, kononnya nak cari nasi lemak kuning tapi tak jumpa plak. Pusing punya pusing kami berenti di satu gerai. Tak sangka gerai tu sedap gak makanan dia, kami order satu menu special iaitu roti canai daging blackpepper rasanya?? sure la sedappp! Ni nama gerainya.. Labbaik.com roti canai daging blackpepper... sempoy mercik bak angg! Time ni sesiap bagi duit makan sorang RM50 so kalau pergi makan guna je duit ni, duit ni juga la wat top up untuk isi minyak & beli kudap-kudapan. Tukang pegang amanah untuk ni adalah aku. Lepas dah kenyang kami menuju ke Cable Car, saje je jalan-jalan kat sini. Kalau pergi Langkawi ni adalah tempat yang wajib pergi walaupun tak nai