Selasa, 10 Februari 2015

Percutian Budget, Langkawi ~ Part 3


Pukul 3 macam tu kami semua berangkat pulang dari Pulau Payar.. Gedebak gedebuk lebih kurang nak dekat pukul 6 gak la sampai kat hotel. Sampai hotel mandi-mandi plan nk ke Pekan Kuah plak.. tapi sebelum ke Pekan Kuah kami plan nak mkn ABC kelapa tapi malangnyaaaa.. kedai dah nak tutup,yang kami dapat hanyala Rojak buah, tu pun kongsi je.

Makan rojak sambil tengok matahari terbenam di airport.
Mulanya plan dinner kat pekan Kuah pastu member aku roger kawan dia tanya kat mana seafood yang murah dan sedap, dia suggest pergi makan kat area Pantai Cenang berdekat dengan hotel baron ataupun namanya food court Cenang. Kami pun cari la, rupanya kedai makan tu berdekatan dengan tubotel, sebelum sampai ke tubotel tu akan jumpa satu gerai berdekatan dengan muara. Perut dah berkeroncong kelaparan, bila abang yang ambil order tu datang aku tanya apa yang best kat sini dia cakap cer cuba makan ketam kari kat sini. Aku pun order la 2 ekor, kemudian aku order ikan siakap (siap pesan tak nak yang besar sebab budget) pastu kami order sayur & telur bistik.

Kedai makannya di sini
Bersebelahan dengan muara sungai
Hiasan di sekitarnya
Lepas tunggu punya tunggu sampai la lauk pauk kami, aku terkejut gila yang sampai ketam 2 ekor punya la besar, ikan pun sama.. aku siap cakap ngan diaorang mati la.. ni mau kena ketuk ni, mesti mahal. Tapi tak pe la dah order kan, kami pun makan je la. Lepas dah abis makan tu gigil gak nak bayar takut takut mahal kan, sekali bila dia cakap total RM90.00 sahaja lega rasanya, sebab memang berbaloi la dah la ikan & ketam besar-besar sedap plak tu. So kalau korang nak makan seafood yang fresh & murah boleh la makan kat sini.

ni lauk-lauk yang kami order... banyak seyyy
Total untuk 3 orang makan.. RM92.00 tapi ade diskaun dapat RM90.00 sahaja! 
Lepas kenyang kami pun ke Pekan Kuah, tujuan ke sana untuk kedataran Lang! dah berapa kali aku ke Langkawi aku tak pernah pergi Dataran Lang ni, bukan apa panas weh nk ke sana, so bila pergi memalam ni sejuk la sikit rasanya.

cubaan mengambil gambar untuk di jadikan sayap.. tapi tak menjadi
Lepas dah puas pusing-pusing kat Dataran Lang kami ke Mall yang dekat dengan jeti Kuah tu (nama aku lupa), member aku beli sandal Scholl, kat Langkawi ni murah skit dari kat KL. Lepas dah shopping tu sambung shopping plak kat uptown kat Pantai Cenang, malam tu aku belikan hubby suar pendek & 1 helai suar aladin untuk aku. kitaorang jalan slow-slow sampai ke cenang mall ingat nk layan chat time sekali dah tutup dah makanya kami layan ice cream Mcd je buat hilang lelah jalan jauh.

Lepas tu kami terus pulang ke hotel & tidur... fuhhh lega dapat luruskan badan.

Kira-kira

Makan Malam : RM30.00
Seluar aladin : RM12.00
Seluar Pendek hubby : RM25.00

Total : RM67.00

1 ulasan:

  1. Assalam zue,
    waaaaaaaa
    murah hokeyh
    iols pi makan kat restoran nelayan pun murah
    next time nak try kat tempat ni pulop

    BalasPadam