Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Tahniah Kak Fiza

Yeahhhh! TANNIAH kepada Kak Fiza kerana selamat melahirkan baby boy lagi ☺... Kak Fiza ni officemate aku mase kat Cyberjaya dulu & dia adalah empunya blog http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/   Alhamdulillah akhirnya Kak Fiza selamat melahirkan walaupun pada awalnya Kak Fiza tahu lambat tentang kandungan nya ☺.. tak silap aku dia dapat tahu mase dah masuk 6 bulan, dia cakap dia tak sangka yang dia mengandung, sebab anak perempuan dia still BF. Tu la kuasa ALLAH, tak kira macam mana pun rezeki tetap rezeki. Semoga Kak Fiza happy dengan adanya cahaya yang baru ni & aku harap dia tabah menghadapi segala kerenah anak-anak nya yang comel tu ♥♥. P/S: Makin kecik la kakak aku sorang ni dah la memang orangnya kecik...

Rezeki & hikmah

Setiap kejadian pasti ade hikmah disebaliknya... Aku nak share kejadian yang menimpa kawan sekelas aku semasa kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Teknik dulu. Kawan aku ni baru berkahwin selama 3 bulan & baru-baru ni kami dikejutkan dengan berita sedih, dia kehilangan suami yang disayang. Suaminya meninggal kerana menghidap penyakit "bronchial asthma", aku tak dapat bayangkan kesedihan yang dia alami, suaminya meninggal secara mengejut.. kalau aku di tempat dia tak dapat aku bayang kan macam mane. Tapi aku tahu setiap kejadian yang Allah jadikan mesti ade hikmah disebaliknya, dan aku tahu kawan aku tu adalah seorang yang tabah & kuat dalam menempuhi setiap ujian yang diberikan oleh Allah. Setelah lebih kurang seminggu dia kehilangan suami dia terima sinaran yang baru dalam hidup dia, Allah sedikit cahaya kepada hidupnya, Alhamdulillah dia kini disahkan menjadi ibu ☺, sesungguhnya Allah itu maha adil & maha kaya, setelah dia memberikan kegelapan, kini dia

Pasrah

Assalamualaikum. Dah lama sangat aku tak coretkan apa-apa kat blog ni, sejak kebelakangan ni macam-macam yang tak terduga yang berlaku dalam hidup aku... sesungguhnya aku memang tak kuat untuk semua ini. Aku tutup sekejap blog aku sebab mahu tenangkan fikiran yang sedang serabut serta aku cuba untuk tidak mengingatkan apa yang telah terjadi. Dalam kehidupan ni banyak perkara yang tidak kita duga & kita sangka. Segala aturan kehidupan kita adalah kehendak darinya, aku redha dengan ketentuan yang ALLAH berikan kepada aku.. Kadang-kadang aku terasa seolah-olah putus asa dengan kehidupan aku, tapi fikiran waras aku sentiasa mengigatkan aku hidup di dunia ni bukan kerana siapa-siapa kecuali ALLAH.