Isnin, 9 April 2012

Rezeki & hikmah

Setiap kejadian pasti ade hikmah disebaliknya...

Aku nak share kejadian yang menimpa kawan sekelas aku semasa kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Teknik dulu.

Kawan aku ni baru berkahwin selama 3 bulan & baru-baru ni kami dikejutkan dengan berita sedih, dia kehilangan suami yang disayang. Suaminya meninggal kerana menghidap penyakit "bronchial asthma", aku tak dapat bayangkan kesedihan yang dia alami, suaminya meninggal secara mengejut.. kalau aku di tempat dia tak dapat aku bayang kan macam mane. Tapi aku tahu setiap kejadian yang Allah jadikan mesti ade hikmah disebaliknya, dan aku tahu kawan aku tu adalah seorang yang tabah & kuat dalam menempuhi setiap ujian yang diberikan oleh Allah.

Setelah lebih kurang seminggu dia kehilangan suami dia terima sinaran yang baru dalam hidup dia, Allah sedikit cahaya kepada hidupnya, Alhamdulillah dia kini disahkan menjadi ibu ☺, sesungguhnya Allah itu maha adil & maha kaya, setelah dia memberikan kegelapan, kini dia memberi sinar cahaya dalam kehidupan baru kawan ku itu.

Semoga dia tabah dalam mengharungi kehidupan yang akan mendatang.

14 ulasan:

  1. Mmg tiap2 kejadian itu telah ditentukan jalan yg terbaik dari Allah. Tgk nati, mungkin baby tu pun lelaki kot. Yg buleh jaga mak dia.
    Cam member opis akak ni, suami n anak pompuan dia meninggal (xciden), tp anak lelaki dia selamat. Dan skang baru napak apa hikmahnya.

    Apa pun... Percaya lah... Allah mmg dah aturkan terbaik utk kita :)

    p/s : Lama tak napak Cinta kat FB :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kek da.. adik ipar abg saya pun mcm tuh gak, meninggal sebab excident.. bini plak ngah sarat & then bile anak dia lahir lelaki sebijik mcm muka arwah..

      Padam
    2. kek da yang dah lama x nampak dlm FB.. kitaorg active huhuhuh!

      Padam
  2. Meremang bulu roma baca kisah kawan cinta ni... Allah knows better for us.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memula dpt tau suami dia meninggal mmg terkejut.. kesian dia, & skang Allah dah bg sinar kat dia alhamdulillah

      Padam
  3. ya allah kuatnya dugaan dia cinta. semoga dia tabah membesarkan ankNYA... dan al fatihah bt suaminya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita yang berada di tempat dia.. kita x tau kita kuat ke x kan? kita ni semua baru di uji dengan sedikit ujian tapi dia?? subhanallah..

      Padam
  4. al-fatihah...setiap apa yg berlaku ada hikmahnya kan...semoga kawan cinta kuat menempuhi hari2 seterusnya..:)

    rindu la kat awk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh chinta, semua ade hikmah tak kire baik atau butuk, saya pun rindu gak kat awk ☺

      Padam
  5. ya Allah..sedihnya..semoga dia tabah..pregnant sorang2 tanpa suami kat sisi..mesti sayu bila tgk baby..sedihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih kan eimma? harap2 pun dia tabah..

      Padam
  6. Balasan
    1. memang sedih tapi member tu memang kuat semangat now dah almost 4 months.. hope dia boleh deliver dengan selamat.. aminn

      Padam