Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Sengkuang Calit Terbaeekk!

Imej
Sengkuang calit is my all time favourite! sedap sangat.. tapi harganya ya ampun, mahal! RM2.00 sekeping. Tapi disebabkan sedap sangat maka lupakan saje pada harga yang mahal itu! huhuhuh Very the yummehhh! Ni sengkuang calit old time, biase aku beli kat down town Kajang.. memang super duper sedap! ade 2 perisa 1 original lagi satu spicy.. bagi aku dua-dua sedap! kacang dia memang sooo crunchy sos dia walaweh teringat pun meleleh air liur. Once a week mesti aku pergi sana untuk beli sengkuang ni.. sekali beli 3 keping, 2 untuk aku 1 untuk hubby. Sesiapa yang suka sengkuang calit ni cerr try old time sengkuang calit ni pasti suka banget! banyak jugak outlet dia kalau korang nak tau boleh terjah blog old time sengkuang calit. Makanan yang sihat lagi berkhasiat!

Rendang LANDAK!

Imej
Siapa pernah makan landak?? actually landak ni aku dah masak lama masa time raya tuh hari tapi aku malas betul nak transfer gambar dari kamera. Masa raya tu hari... jiran MIL pergi memburu then dapat landak. Adik beradik yang lain tak berani nak makan, geli katanya.. tapi aku GAMBLE je, dah orang bagi ambik je la kan?? kang kecik hati plak MIL aku. Kat sini aku share resepi LANDAK masak rendang. Bahan-Bahan 1/2 kilo daging landak 3 ulas Bawang merah** 2 ulas Bawang putih** 1/2 inchi halia** 1/2 inchi lengkuas** 1 peket rempah rendang Kerisik 1 kotak santan 3 sudu makan cili kisar** Daun kunyit Minyak Masak Limau nipis/ sambal Garam Gula Serbuk perasa Cara Memasak Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. Cam

Ikan dory grill bersama Sos Lemon

Imej
Minggu lepas aku teringin betul nak makan ikan bakar, then hajat dah dapat di lepas mase hari Rabu, tapi tak puas makan ikan rase macam tiap-tiap hari nak makan ikan.. search-search jumpa resepi simple untuk buat ikan bakar versi omputih. Mari aku share kan... Bahan-bahan Perapan 3 keping isi ikan dory (fillet ikan yang dah siap jual kat pasaraya) Serbuk lada hitam Serbuk paprika Garam Serbuk perasa Sayur-sayuran (brokoli, asparagus ataupun lobak merah) Bahan-bahan Sos Lemon 1/2 cawan susu segar 1/2 biji lemon Herba thyme Garam Serbuk perasa Bawang Putih Cara-cara Perapkan fillet ikan bersama serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa & serbuk paprika selama 10-15 minit. Sapukan dulang pembakar dengan minyak kemudian masuk kan fillet yang diperap ke dalam oven. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan Garam, serbuk perasa & herba thyme tunggu sehingga pekat (kalau tak p

Sambutan Birthday!

Imej
Tahun ni takde yang menarik untuk birthday kali.. dapat wish dari kawan-kawan & family yang terdekat sahaja. Celebration untuk birthday telah di buat pada hari ni kat opis.. ehehehe! ENJOY! tapi tak boleh nak lepak lama-lama sebab buat 2-3 minggu ni memang super duper BUSY.. aku nyer superior on MC :(.. Opismate sempat snap 2 gambar... tahun ni sudah 28 tahun.. Apa-apa pun.. aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang wish birthday aku!  Last but not least.. flying KISS untuk korang semua.. I LOVE U ALL ♥♥ terutamanya.. kawan-kawan TTC aku yang sentiasa bagi semangat kepada aku. Diharap kehidupan yang mendatang akan lebih baik dari hari ini & hari yang lepas. P/S: ade nampak perubahan tak? selepas tak makan nasi selama lebih kurang sebulan??

Dalam Kenangan

Tarikh 11.10.1998 akan di ingat sampai bila-bila, memang tak akan aku lupa. Pada tarikh itu aku masih berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di tingkatan 2. Emak yang kami sayangi pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya... Di saat itu aku serta adik beradik aku yang lain masih inginkan kasih sayang seorang emak, belum puas kami bermanja tetapi dia telah pergi buat selama-lamanya, kebetulan emak pergi meninggalkan kami disaat beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun aku yang ke 14. Hati mana yang tidak sedih bila tengok kawan-kawan lain mempunyai emak & ade tempat mengadu.. tetapi tidak bagi kami. Memang kami masih ade lagi abah, tapi kasih sayang abah memang tak sama dengan kasih sayang seorang emak. Mana tidaknya abah terpaksa membanting tulang siang dan malam memandu teksi bagi membesarkan kami semua. Tinggal lah aku & adik aku di rumah menguruskan makan, minum & pakai sendirian, pada ketika itu kakak-kakak aku sedang menyambung pelajaran d

Projek DIY

Lagi 2 bulan SIL aku nak kahwin.. aku yang rase semangat! aku rase sume benda aku nak buatkan sampaikan pelamin pun rase nak buat sendiri.. hihihih! tapi tak boleh la kan, tangan aku ni keras kejung kang tak jadi pelamin dia mampos! musnah harapan SIL aku.. sian dia. Ade beberapa projek yang aku dah jalan kan, dan sedang berjalan dengan lancarnya....aku suke sangat! Antara benda yang aku nak DIY untuk dia.. 1) bunga telur 2) guest book 3) hand bouque untuk nikah 3) guest book corner 4) bilik pengantin 5) meja makan beradap 6) centerpiece deco 7) bunga manggar Aku harap semua yang dirancang berjalan lancar... semoga yang di planning akan menjadi, AMINNNN..

Sony PSP murah!

Imej
Aku nak let go aku punya PSP murah-murah... ade sesiapa berminat nak beli? Aku sangat jarang main PSP ni.. sebab tu nak let go, aku nak beli handphone baru ... hohohoh! - 100% original - Disertakan sekali beg & charger - Warna biru cair - Masih dalam keadaan sangat baik - Ada beberapa game di dalam & sudah di upgrade - Harga RM400.00 (boleh dirunding) - Pos PERCUMA nak C.O.D pun boleh.. Sesiapa berminat boleh PM aku.. Item SOLD Terima Kasih!

Review Lawak ke der 2

Imej
Hi korang! tu hari kan aku beli tiket lawak ke der 2 (LKD 2) kan? ingat tak? so hari ni nak review la... mane tau ade yang berminat nak pergi tengok kan... show still ade lagi tau!  Istana Budaya Yaw! Semalam pukul 1.30 petang dah gerak dari rumah, iye la takut jammed n aku nak gi redeem tiket kat sana.. lagi satu kalau datang lambat sure parking susah nak dapat, tak pun kene parking jauhhhhh. Sampai kat IB lebih kurang pukul 2.15 petang, sampai kat sana Alhamdulillah dapat parking dekat.. aku terus gi tukar tiket then beli sandwich buat alas perut sebab dari pagi tak makan. Lepak-lepak dalam kereta dalam pukul 2.45 kami pun masuk dalam. After redeem ticket Orang memang ramai gile wooo, baik yang mahal mahupun yang murah sume full house! ingat nak amik gamba dalam IB tapi tak boleh wokeeehhh! bile kuar kan handphone sikit mula la kene laser ngan staff IB. Tapi sebelum show start aku ade gak amik gambar dari tempat yang aku duduk tu.. just nak tunjuk tik