Dalam Kenangan

Tarikh 11.10.1998 akan di ingat sampai bila-bila, memang tak akan aku lupa. Pada tarikh itu aku masih berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di tingkatan 2. Emak yang kami sayangi pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya...

Di saat itu aku serta adik beradik aku yang lain masih inginkan kasih sayang seorang emak, belum puas kami bermanja tetapi dia telah pergi buat selama-lamanya, kebetulan emak pergi meninggalkan kami disaat beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun aku yang ke 14. Hati mana yang tidak sedih bila tengok kawan-kawan lain mempunyai emak & ade tempat mengadu.. tetapi tidak bagi kami.

Memang kami masih ade lagi abah, tapi kasih sayang abah memang tak sama dengan kasih sayang seorang emak. Mana tidaknya abah terpaksa membanting tulang siang dan malam memandu teksi bagi membesarkan kami semua. Tinggal lah aku & adik aku di rumah menguruskan makan, minum & pakai sendirian, pada ketika itu kakak-kakak aku sedang menyambung pelajaran di universiti. Pada umur 13 & 14 tahun kami telah belajar berdikari.

Walau macam mana pun hidup mesti di teruskan, kami adik beradik sangat kuat semangat.. kami kuat semangat seperti juga emak kami! bagi kami dia la IDOLA.. emak memang tak pernah kenal erti penat, setiap detik & masa memang dia tak pernah sia-siakan, kerja siang malam tanpa kenal erti jemu.. emak memang seorang yang sangat-sangat rajin. Pagi-pagi kerja di kantin sekolah, balik dari kantin terus kerja mengemas rumah orang, malam pula mengambil upah mengupas bawang, hujung minggu berkerja dengan caterer orang kahwin dan bila pulan puasa tiba dia sangat sibuk mengambil tempahan kuih muih. Pada aku emak adalah orang yang sangat kuat & tabah, ketika dia sakit dia still lagi berkerja menolong keluarga. Sampaikan jiran-jiran sekeliling tak jangka yang dia sakit. Dan pemergian dia pada hari itu sangat mengejutkan bagi jiran-jiran & rakan-rakan emak.

Jika Emak ada lagi mungkin kami adik beradik rapat & tidak ada yang bermasam muka. Jika Emak ada lagi aku masih dapat merasakan makanan yang sedap-sedap, Jika Emak ada lagi mungkin Emak adalah orang yang paling risau tentang aku yang masih belum berzuriat & mungkin dia akan berusaha mencarikan ubat untuk aku. Jika Emak ada lagi mungkin kami sekeluarga akan bahagia.

Kini sudah 14 tahun masa berlalu Emak masih dihati & masih di ingati.. EMAK we miss u so much!

Al- Fatihah~


Ulasan

  1. salam.. adu sedihnye c.i.n.t.a..
    mak akak xde mase umo akak dlm 4taun.. igt 1,2 je scene ngan arwah mak.. smpai skrg still blur bilaorg bckp psl mak2.. wpun ada naluri tu.

    mak xde so akak jd pmpuan yg ganaz.. susah nk jd lemah lembut. tambah dgn hidup yg susah mase kecik smpai habis remaja.. :[ kalau ada mak mesti akak jd lebih lemah lembut.. sabar ye.. tu smua jdkan kite lg kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak,

      memang sedih lor.. nak-nak time tu tengah remaja, tengok orang lain memang jelous.

      semua ni memang jadi kita kuat kak

      Padam
  2. Al fatihah..sedihnya. Tak boleh bayangkan jika saya tiada mak..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah. Kasih mak sampai ke syurga...

    BalasPadam
  4. Alfatihah..
    makin lama makin rindu..itu kata2 dr seorang kawan yg turut kehilangan ibu tercinta ms sekolah dl..apa2 pun,kenangan dgn ibu terpahat kukuh di hati dan memori..semoga arwah mak cinta tenang2 disana..

    BalasPadam
  5. Alfatihah.. sedih bace entry ni...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?