Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Menginap di Lato-lato Mun, Semporna

Imej
Susah betul kalau benda dah lama baru nak coretkan kat dalam blog ni, semua benda banyak yang lupa. 
Percutian ke Semporna ni hubby yang nak sangat pergi sebab dia cakap terlalu rindukan Mabul, tapi kali ni kami tidak ke Mabul tapi kami ke 7 pulau di Semporna & stay di pekan Semporna saje.
30.04.2017, Ahad
Kami menaiki Air Asia ke Tawau, pukul 3 pagi dah gerak dari rumah sampai di Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 4 pagi kemudian terus ke KLIA, flight ke Tawau adalah awal pagi pukul 6.50am. Kami tiba di Airport Tawau pada pukul 9.45am, setibanya di sana aku terus call transport yang aku telah booking sebelum berangkat ke sana. 
Hari ni kami plan untuk stay di resort Lato-lato mun berdekatan dengan Pulau Lato-lato, perjalanan ke Semporna mengambil masa 1 jam dari Airport Tawau. Bila tiba di jeti umum Semporna, hubby lapar katanya so di pergi beli roti & air mineral, sementara tu pakcik bawa bot dah tunggu kami untuk bawa kami ke resort. Setelah hubby sampai kami terus ke reso…