Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel info

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Imej
Bahasa yang biasa digunakan dalam dunia TTC Bagi yang bukan TTC mereka sure tak paham apa yang kawan-kawan TTC selalu cerita, banyak perkataan-perkataan yang kadang aku sendiri pun tak pernah dengar, bila google baru la tau. Ni hasil google yeee.. CD: Cycle Day (Kitaran period setiap bulan bermula dari hari pertama CD1 hingga hari terakhir  period setiap bulan) DPO: Days Past Ovulation (Hari selepas berlaku ovulasi @ selepas hari subur. Biasanya kiraan bermula dengan DPO1 hingga hari terakhir sebelum period. DPO boleh dikira sekiranya seseorang tu buat BBT (Body Basal Temperature) melalui jadual BBT. Selain tu,pada individu yang melakukan rawatan IUI dan seangkatan dengannya. Boleh juga dikira sekiranya menggunakan OPK ( Ovulation Prediction Kits).    2ww: Two Week Wait (Sama kiraan seperti DPO cuma perkataan je lain-lain, maksudnya 2ww ni adalah masa menunggu sama ada pregnant atau tak pregnant) O: Ovulation (Hari berlaku Ovulasi/pengeluaran telur...

Pengalaman di Hospital Kerajaan untuk merawat masalah kesuburan

Imej
Salam, Aku saja je nak kongsi pengalaman kenapa aku pergi hospital kerajaan. Sebelum ni aku memang ada pergi ke klinik swasta untuk ni, tapi tak bertahan lama sebab apa? salah satu nya kewangan, memang boleh claim kat company tapi bila kena dulukan duit satu hal plak kan. Untuk dapatkan treatment kesuburan memang sangat memerlukan wang yang banyak serta kesabaran yang tinggi. Setelah 2-3 kali asyik tertangguh untuk teruskan rawatan di klinik swasta aku mengambil keputusan untuk buat di Hospital Kerajaan. Memang ramai sebenarnya yang cakap Hospital Kerajaan ni lambat dan sebagainya *termasuklah aku ☺ tapi pada aku takde la teruk mana Hospital Kerajaan ni. Sementara nak tunggu next treatment tu kita masih di bawah pemantauan doktor, contohnya doktor bagi kita makan ubat turunkan hormon atau kena buat blood test atau sperm test dan sebagainya, takde la menunggu kosong je kan? sekurang-kurangnya dari menunggu bila masa nak pergi ke Klinik Swasta tu ada baiknya try je kat Hospital ...

Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Enam di Hospital Kajang

Imej
Kronologi Treatment 1.   Start all over again @ Hospital Government pula..   2.   Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3.   Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang 4.   Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang 5.   Rawatan Kesuburan: Semen Analysis 6.   Rawatan Kesuburan: Kali Ketiga di Hospital  7.   Kajang   Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang   8.   Rawatan Kesuburan: Ambil darah untuk persediaan MRI   9.   Rawatan Kesuburan: MRI Scan   10.   R awatan Kesuburan: Kali Ke lima di Hospital Kajang   Actually kronologi kat atas ni ada aku SKIP 2 treatment, sebab apa aku SKIP? sebab procedure biasa yang pernah aku lalui so tak berapa important sangat la nak catit dalam blog ni *padahal malas nak menaip , tapi aku ada catit kat bloglist aku. Treatment tu adalah buat Sperm analisis pada 6.01.2014 dan blood test pada 24.02.2014 ...

Aktiviti hujung minggu

Imej
Hari sabtu hari tu aku jadi baby sitter.. kakak ipar & biras aku kene kerja hari sabtu so takde siapa nak jaga, dia minta tolong aku. Awal-awal lagi aku dah cari idea nak bawa mereka ke mana sebab takut diaorang bosan.  Mula-mula terpikir nak bawa pergi ke Bukit Cerakah, tapi sebab ade baby pikir 2-3 kali plak, takut aku takleh nak handle & tak larat dukung lelama.. dah la aku sorang. Pastu plan nak mandi kolam kat rumah adik aku, tapi dia takde plak, last last tanya kat kawan-kawan aku diaorang suggest pergi Splash kat The Mines ataupun kat Putrajaya.. ok gak, tapi memandangkan rumah kakak ipar aku kat Wangsa maju malas plak nak patah balik ke area selatan. Last-last dapat idea nak pergi bawak mereka mandi manda di KK Klub melawati. Tempat dia menarik gak, macam-macam ade, kolam untuk mandi pun banyak.. sesuai la nak bawa anak-anak mandi manda kat situ. Bayaran masuk pun murah je RM5.00 untuk kanak-kanak RM10.00 untuk dewasa.  Masa sampai kat kelab tu tak...

Rawatan Kesuburan: Kali Ke lima di Hospital Kajang

Imej
Kronologi Treatment 1.  Start all over again @ Hospital Government pula.. 2.   Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3.   Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang 4.  Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang 5.   Rawatan Kesuburan: Semen Analysis 6.   Rawatan Kesuburan: Kali Ketiga di Hospital Kajang 7.   Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang 8.   Rawatan Kesuburan: Ambil darah untuk persediaan MRI 9.  Rawatan Kesuburan: MRI Scan Semalam 9.12.2013 appointment aku selepas MRI scan tu hari.. so macam biasa aku ambil cuti 1/2 day. Pagi tu memang aku bawa kereta sampai ke opis sebab weekend tu ade family gathering kat PD, jangan tak tau yer bertolak dari PD pukul 5 pagi huhuhuh! sampai rumah bos hubby pukul 6 pagi, gi sarapan siap-siap then pergi ke opis.. sempat gak lelapkan mata 2 jam dalam kereta.. hikhikhik! Ok² kita berbalik cerita pasal treatment, pukul 1 je aku cecepat kuar opis...

Rawatan Kesuburan: MRI Scan

Imej
Kronologi Treatment 1.  Start all over again @ Hospital Government pula.. 2.   Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang 3.   Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang 4.  Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang 5.   Rawatan Kesuburan: Semen Analysis 6.   Rawatan Kesuburan: Kali Ketiga di Hospital Kajang 7.   Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang 8.   Rawatan Kesuburan: Ambil darah untuk persediaan MRI Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba! semalam 27/11/2013 aku ada appointment dengan Hospital Ampang untuk MRI ni.. sesiapa yang tak tau kenapa aku buat MRI ni boleh rujuk entry yang LEPAS Sebab berdebar terlebih sangat kan, aku ajak  hubby untuk temankan aku.. nasib baik dia OK! *tq darling sebab teman love you! Kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi, appointment pukul 9.30pagi kene la datang awal kan takut susah nak dapat parking tapi... memang susah pun nak dapat basement parking FULL,...

Baju Renang Muslimah Murah

Imej
Masa nak pergi pulau tu hari aku sibuk sangat survey baju renang muslimah.. aku nak cari budget bawah RM100.00 sebelum ni memang aku ade baju renang, tapi just baju je la suar nan hado! lagipun besar.. So baju tu skang aku bagi hubby aku pakai. Setiap kali pergi shopping complex aku mesti singgah kat bahagian sukan tengok mana tau ade diskaun yang gila-gila, sampai sekarang tak ada pun diskaun gila-gila tu! huhuhuhuh! pastu search dalam mudah, ada yang bawah RM100 tapi prelove.. tapi aku tak putus asa, aku search lagi, aku jumpa satu website kat  http://www.pusatborongbaju.com.my/  tengok harga baju dia wahhhh!!! murah gilos. Aku tanya stok baju renang tu dia cakap lepas raya baru stok sampai, gigih la aku menunggu stok sampai.. dan akhirnya stok dah sampai terus dia contact aku cakap stok dah ready! yeay! Ni la baju aku.. omeyy tak? Kebetulan anak sedara aku sibuk nak juga & aku dah janji nak belikan if dia puasa tahun ni, so kena la tunai kan janji.. nasib ba...

Review waterproof kamera murah saya

Imej
Hari ni aku nak buat review tentang gadjet terbaru aku, iaitu kamera Nikon Coolpix S31. Kamera ni aku beli masa nak pi pulau tu hari. Mengedik gila nak ambil gambar dalam air... mula-mula ada juga terfikir nak beli yang second hand dalam Mudah, tapi hubby aku bangkang habis-habisan, dia cakap kita tak tau condition kamera tu mcam mana, mana tau jatuh ke apa ke kan? Aku nak cari yang murah-murah je.. survey punya survey jumpa la brand ni ☺. Pada aku yang baru berjinak-jinak nak ambil gambar dalam air yang ni dah kira OK dah.. tapi kamera ni just boleh masuk dalam air sampai ke 5ft sahaja dengan masa tidak lebih 30min, so setakat snorkeling geli-geli boleh la.. tapi kalau nak sampai diving segala SILA CARI KAMERA LAIN! Ni antara gambar yang sempat aku snap-snap dalam air, member aku cakap gambar nya tak berapa nak clear. Yer la dik oi! dah namanya kamera murah macam ni la gayanya, kalau gambar cantik sure-sure kamera yang mahal tak laku... hikhikhik!  ...

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 03

Imej
Hari terakhir di Pulau nampaknya! Disebabkan hari semalam tak puas berendam maka aku pujuk hubby aku esok pagi-pagi kita mesti ke jeti untuk tangkap gambar ikan puas-puas dan berendam sepuasnya!  Pagi tu kami breakfast meggi as usual, menghabiskan saki baki makanan yang kami bawa dari KL. Lepas je breakfast terus ke jeti, tapi agak hampa kedai rental mask tak buka lagi! pukul 9.30am baru buka! sementara tunggu kedai tu buka kami duduk minum dulu, aku order horlick & hubby order teh tarik. Bila nampak brother tu buka kedai cepat-cepat kami datang, al maklum la hari ni hari terakhir dan kami kena check out pukul sebelum 12pm. Dapat juga bergambar dalam air.. yippi! Hubby bersama ikan-ikan.. Segerombolan ikan selar kuning! kalau dapat bakar ni sedap! Tujuan sebenar nak pi berendam semula adalah nak ambil gambar coral & ikan-ikan so nak puaskan hati kena pergi la semula ke sana kan? Pagi ni tak ramai sangat orang, semalam memang ramai orang tapi pagi ni han...

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 02

Imej
DAY 02 Malam tidur tak berapa lena iye la dah nama tidur kat dalam hutan sure-sure banyak nyamuk! pukul 7am dah bangun. Bangun bangun pagi terus buka sliding door, nyaman nya udara! kalau la rumah aku kat sini kan BEST!  di pagi hari yang hening Aku sediakan sarapan untuk hubby, sediakan roti dengan baked bean, serta sup cendawan tak lupa juga aku buat kan maggi! hikhikhik! kalau dah nama duk pulau sure maggi adalah pilihan utama! Dalam pukul 8am aku dah siap-siap nak turun, nak pergi snorkeling katanya.. aku call orang bot, tapi dia kata dia cuti katanya! aku call pula agent.. dia cakap nanti dia cari kan bot lain. Sementara nak tunggu agent aku jalan sampai ke jeti.. sampai di jeti aku teruja gila tengok ikan! makkk aihhhhh! tak pernah aku tengok ikan sebanyak ni.. memang seronok sangat. Korang tengok la ikan-ikan disekeliling mamat tu! tak ke geram nengoknya!! Tunggu punya tunggu budak agent tu tak call-call pun lagi! hati pulak tak tenteram tengok ika...

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 01

Imej
Akhirnya dapat juga aku berbulan madu di Pulau Perhentian.. tempat yang aku paling idam kan kat Pulau Perhentian adalah pergi ke Kincir Angin. Pakej ni aku dah beli sejak bulan 7 hari tu, kebetulan memang Agent Pulau Perhentian tu ada buat promotion sempena nak tutup Pulau so aku pujuk la kekasih hati untuk booking, bila si dia approve laju-laju la PM agent tu. Kali ni aku hanya pergi berdua, ajak geng lain semua takmo! makanya aku pergi la berdua. Aku pergi naik bas jerp, petang sabtu baru aku beli tiket ke Kuala Besut nasib baik ada lagi. Aku beli tiket bas kat Hentian Kajang je tapi naik kat Hentian Putra. DAY 01 Kami bertolak dari Hentian Putra dalam pukul 10pm menaiki bas Mahligai ke Kuala Besut, terima kasih kepada birasku kerana sudi menghantar kami ke Hentian Putra walaupun terpaksa missed tengok Kelantan VS JDT malam tu... hikhikhik! Kami sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 9am, sampai je kat sana terus cari tempat makan.. perut memang berkeroncong s...