Rabu, 9 Oktober 2013

Review waterproof kamera murah saya

Hari ni aku nak buat review tentang gadjet terbaru aku, iaitu kamera Nikon Coolpix S31. Kamera ni aku beli masa nak pi pulau tu hari. Mengedik gila nak ambil gambar dalam air... mula-mula ada juga terfikir nak beli yang second hand dalam Mudah, tapi hubby aku bangkang habis-habisan, dia cakap kita tak tau condition kamera tu mcam mana, mana tau jatuh ke apa ke kan?

Aku nak cari yang murah-murah je.. survey punya survey jumpa la brand ni ☺. Pada aku yang baru berjinak-jinak nak ambil gambar dalam air yang ni dah kira OK dah.. tapi kamera ni just boleh masuk dalam air sampai ke 5ft sahaja dengan masa tidak lebih 30min, so setakat snorkeling geli-geli boleh la.. tapi kalau nak sampai diving segala SILA CARI KAMERA LAIN!

Ni antara gambar yang sempat aku snap-snap dalam air, member aku cakap gambar nya tak berapa nak clear. Yer la dik oi! dah namanya kamera murah macam ni la gayanya, kalau gambar cantik sure-sure kamera yang mahal tak laku... hikhikhik! 









Aku beli kamera ni kat fotokem Low yat, mula-mula nak beli kat Mid Valley tapi habis stock plak.. TERLAJAK LARIS katanya.. Harga nya hanya RM398.00 FREE memory card 8GB & casing.

**ehem! ade orang tu dah gila nak main-main ngan ikan, dia suruh upgrade waterproof kamera, asal ada ongkos boleh sahaja sayang... ☺☺

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak zue, nice gak gambarnya.. kalau dah pro nanti boleh angkat kamera Xpro pulak. heeeee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah.. memang ade niat nak beli go pro.. doa kan yerr

      Padam
  2. camera ni kalau mandi manda theme park takda hal la kann... kalau gmbr atas air ok x? clear x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah setakat theme park memang takde hal CLEAR sangat..nanti saya update gambar atas air/darat

      Padam
  3. huuuu cantik juga gambarnya kak. tak payah nak guna mahal2 tu pun ok dah.. hehe :)

    Entry Terbaru : http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/10/bikin-dialog-gambar-minah-ni-kalau-nak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! tapi xleh nak dalam sangat.. kene cari kamera lain

      Padam
  4. wah mura gak kan.. boleh la cari nant..mmg nak cari kamera dlm air ..tq 4 ur infor :)

    BalasPadam
  5. welkam :) sharing is caring

    BalasPadam
  6. ok..not bad la zue..cantik2 gambarnya ni..dpt tgkp ikan dpn kamera lg tu kn..terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. ok la tu kan ummie.. dari takde kan? ;)

      Padam
  7. Oklah nii.. nak geli geli snorkeling lepas nii.. layannnnnn.. huwaaaaa nak goproooooooo jugakkkkkkk

    BalasPadam