Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Rahsia Tahi Lalat

Imej
Dah lama nak buat entri pasal ni, at last buat jugak yer.. Check it out your secret of tahi lalat!..... ngeeee! Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai Bibir atas kiri   - Ramai kawan, baik hati Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yg suka Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita Leher kiri - Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan Leher di tengah - Tercapai cita-cita Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan Punggung kiri - Malas dan suka duduk Betis kanan - Suka berhibur, boros Betis kiri - Rajin,tidak suka menganggur Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha Lutut kiri - Kurang kuat berusaha Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan Kepala sebelah belakang

Anniversary Photoshot

Imej
Ingat tak entry NI ? setelah beberapa minggu akhirnya sampai jua gambar kami, nak kata lawa sangat tu takde la tapi boleh la kan, sekadar buat kenangan untuk anniversary kami yang ke 4 ni. Boleh di katakan puas hati gak, tapi ade certain part yang aku rase dia perlu perbaiki.. mase dekat deal tuh hari dia bgtau unlimited... tapi bile amik gambar dah dekat 60 keping bagi hints kat kitaorang plak cakap gambar dah 60 keping.. unlimited ke tu?, lagi satu gambar yang dia bagi tu pun setakat 38 keping JE, seperti yang di iklan kan dia cakap unlimited *tak kire la kan gambar tu macam mana pun bagi je la... takpe la RM54 je pun so tak yah nak high aspectation sangat kan? Antara moment-moment yang terbaik adalah of course gamba kami sekeluarga gambar aku & my baby gambar yang feeling childhood Hidup kami lebih berseri dengan adanya mereka ♥♥ So inilah antara gambar yang terbaik, gambar-gambar ni sume sangat bermakna bagi aku & hubby.. Thanks to photographer! P/S: ramai

Bosan..

Hari ni memang takde mood sangat.. ngan perangai bobos yang ntah ape2 iskk rase bengang betul! Esok luse aku mau upload gambar yang aku wat photoshot dekat Putrajaya tuh hari. Gambar ok la.. tak banyak pun yang dia edit, nak kata lawa sangat takde la.. tapi bole la kalau setakat gambar geli-geli tuh kan? huhuhuh! Cuti korang best-best erk? aku mase cuti tak ke mane pun memandangkan hubby aku kerja, tapi hari Ahad tuh sempat la kami sekeluarga makan seafood kat Bagan Lalang (gamba pun akan di upload nanti sebab laptop gi anto servis). ok daaaaa...

Saya & ustazah kecik yang comel

Imej
Takde ape nak update.. belek-belek handphone ade satu gambar yang aku rase comel sangat *ferasan ! gambar time kitaorang gi makan kat Restoran Saba' beberapa bulan lepas. Me & Ustazah kecik (Farhana) P/S: Semalam best betul tengok semanis kurma - bahagiakah tanpa zuriat, memang rase betul-betul bersemangat & banyak tips² yang diberi...pstt! nasib baik semanis kurma start pukul 10pm kalau tak terlepas la gamaknyer sebab semalam balik lambat!

Dugaan

Imej
Banyak sangatla dugaan bulan ni.. adeh hai! Semalam aku EL, disebabkan kereta.. bateri kereta aku dicurik! owh... sampai hati kau pencuri, mencuri bateri kereta aku.. takde keje lain ke selain mencuri? Mase balik keje isnin hari tu, alarm kereta tak nak bunyi & lock kereta pun takmo bukak, padahal hubby baru je betul kan lock kereta (ingat tak entri ni ?) aku confident la ingat bateri dah kong, call hubby cakap kereta wat hal takmo start, hubby cakap "bateri la tu kong". Hubby aku plak outstation so aku balik la naik cab (teksi ni pun satu macam C*L%K! cas yang bukan-bukan padahal bukan jauh pun! - nanti cerita next entri..), sementara hubby cari penyelesaian nak betulkan kete tuh macam mana kan. Hubby try mintak tolong kawan dia tapi yang hampanya semua takde training la, keje la.. ok what to do? tunggu je la ke esokkan nya.. nasib baik hubby outstation dekat je kat Rawang leh balik sekejap kalau tak aku nak pegi keje macam mana? Petang semalam pegi la tengok kete, h

Ubat/ petua Kesuburan

Imej
Semua ubat & petua dah beli.. tapi makan nyer TIDAK.. ape la nak jadi aku ni PEMALAS mengatasi segala-galanye!

Tips/Budget ke Cameron Highland

Imej
Tips/ budget ni berdasarkan pengalaman aku kat sana.. Budget ke Cameron Highland menaiki kereta. Tol mase pergi : RM19.40 dari Plaza tol Jalan Duta - Plaza tol Tapah Tol mase balik : RM24.80 dari Plaza tol Simpang Pulai - Plaza tol Jalan Duta Hotel               : RM269/ night                          Quad Deluxe                          - Katil Queen 2 Tips semasa di Cameron Highland 1. Kalau tak nak bersesak sila la pergi bukan time cuti sekolah. 2. Untuk stawberi kering kene survey-survey, tawaran yang paling best 6 kotak RM10.00 3. Sayur & buah-buahan rasenye lebih murah di Rose Valley atau Kea Farm dibandingkan dengan Pasar Malam Brinchang 1 peket boleh dapat RM1.00 jer.. 4. Teh pula lebih murah di tanah rata, berbanding dengan di Pasar malam Brinchang *ade gak yang murah kene pandai tawar menawar. 5. Kalau boleh booking hotel dulu sebelum datang, takut kene tido dalam kereta *aku banyak jumpe orang tido dalam kete pagi tu kesiannn... 6. Kalau suke keindahan a

Percutian Budget ke Cameron Highland ~ Part 02

Imej
Sambungan cerita percutian budget kami.. Sampai je kat hotel trus rehat kan diri, sambung makan skit.. pastuh layan karenah anak-anak buah, petang skit dalam pukul 5.30 petang ajak hubby jalan-jalan sekitar pekan Cameron Highland tapi dia tak mau.. dia tak mau aku jalan sorang *aku memang dah biase jalan sorang pun, Kebetulan abang ipa aku pun nak kuar ronda-ronda makanya aku ikut la sekali. Aku ronda-ronda di sekitar pekan brinchang, survey-survey ape yang nak di beli pada malamnya.. Dalam Pukul 6.45 petang macam tuh hubby call cakap nak join.. Pasar malam Brinchang ni macam-macam ade, kebanyakan nye sayur, buah, bunga dan aksesori yang bentuk Stawberi pun berlambak! Semuanya murah-murah. Pasar malam Brinchang ni makanan yang siap masak agak mahal & tak berapa sedap *tu tekak aku la..tekak orang lain tak tau ok.. Pokok yang segar menghijau! sayur yang segar-segar tak payah bwk baju & suar banyak cni berlambak jual murah² Stawberi kering & asam² bantal st

Percutian Budget ke Cameron Highland ~ Part 01

Imej
Hujung minggu hari tu kami ke Cameron Highland untuk bercuti. Biase la aku ni kalau pergi bercuti mesti mau beramai-ramai tak seronok rasenye kalau berdua dengan hubby *pstt.. sekali sekala ape salahnya kalau berdua kan? Muke-muke happy mau bercuti.. ♥♥ Percutian budget kami ni selama 2 hari 1 malam. Kami bertolak dari KL ke Cameron Highland pada hari Sabtu lebih kurang pukul 9 pagi. Kami singgah sebentar di Hentian R&R Tapah dan pemanduan bertukar tangan kepada aku. Kami amik exit Tapah sebab BIL aku mau menyinggah makan durian dulu, kami berhenti makan durian di perkampungan orang asli berdekatan dengan Air Terjun Latar Iskandar. Kemudian pemanduan bertukar lagi, kali ni hubby aku plak drive *aku tak tahan sakit kepala, laluan dia sangat berliku-liku yummy! durian.. Air terjun Latar Iskandar, Perak Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Cameron Highland, kami tibe di Cameron Highland lebih kurang 1.30 petang, tempat pertama yang kami tuju ialah kebun teh Bharat di tanah

Sugar glider sakit

Imej
Semalam aku call Klinik Vet sebab nak anta BABY, BABY mengalami kekurangan bulu kat bahagian dada.. so aku risau & mau anta ke Vet.. Balik dari keje tu, aku balik umah kejap amik MOMO & BABY pastuh terus ke klinik vet dekat sri serdang, cari punye cari tak jumpe pun klinik tu.. dekat 1 jam aku dok pusing-pusing kat area sri serdang tu tak jumpe gak *silap aku gak.. salin no phone pun boleh salah!, kalau tak boleh call jerk! Bile cari tak jumpe aku pun fed up. Sebelum balik tuh singgah kat downtown dekat mines untuk potong kuku budak berdua tu. Sekor sugar glider dia amik RM3 untuk potong kuku kalau 2 ekor RM5, kat situ dia ade gak wat grooming tapi amik mase sehari. Sambil tunggu MOMO & BABY potong kuku aku tengok la sugar glider yang dia jual tuh.. ade sekor sugar glider tu kesian aku tengok.. bulu dah takde kat ekor dia, perut plak buncit.. kesiannye! iskk.. jangan la MOMO & BABY jadi macam tu.. kesian sgt. ♥♥.. Kat situ dia jual sekor sugar glider RM280 (tapi tak t

Bunyi sugar glider

Semalam kami semua selamat sampai ke KL, walaupun ade kejadian yang tidak di ingini berlaku tapi ALHAMDULILLAH kami sekeluarga selamat *nanti cite next entri... Balik jer dari CH tak sabar betul nak jumpe anak-anak aku kat rumah.. ape la khabar dorang, sampai je rumah tengok-tengok dorang dah keluar dr sleeping pouch menyambut kepulangan kami, so sweet.. dah lama gamaknye x jumpe mama & papa rindu la tu...☺☺. Aku terus cuci sayur yang beli kat CH bagi makan kat budak berdua ni, rupenye tak suke sayur laaa mereka berdua ni. Semalam kitaorang sampai rumah pun dah lamabat kan, so mase nak masuk bilik tu si MOMO dok bising menyalak.. ehehehe.. nak attention la tuh, iye laaaa dah 2 hari tak pegang dia.. tuh yang dia nyalak tu.. hish! MOMO..MOMO!.. sebelum masuk tido tuh sempat gak la rakam video dia menyalak.. mesti ade yang nak tau macam mana bunyi sugar glider menyalak kan? Ni diaaaa.. aku sempat rakam.. hohohohoh! Nanti next entri aku akan cerita trip kitaorang ke Cameron sempe

Cuti Mood ON!

Imej
yeaahhhh! sudah mau ke hujung minggu.. Anyway selamat berhujung minggu sumeee... aku punye cuti mood sudah ON! mau pergi merehatkan diri seketika di tempat yang sejuk... wohoooooo! tak sabarnye! Esok baru gerak dari KL. Semoga kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang mahu dituju... Mau pergi bercanda disini... Mau pegi ini kebun... Mau beli ini banyak-banyak... Yang penting skali mau beli sayur-sayur disini... Ahahaha! 1st time wei nak gi sini, jakun sangat uollsss.. SELAMAT BERCUTI SEMUA!! ♥♥♥ P/S: sian anak aku kat umah, nak bawak takde sangkar yang leh lipat.. kalau tak sure mereka happy sebab buah-buahan melambak kat sane

The E&O Express Train

Imej
Semalam tengah tunggu tren komuter nak balik Kajang tetibe ade annoucement "Sila berdiri di belakang garisan kuning kerana Eastern & Oriental Express akan melalui stesen mid valley sebentar lagi"... Aku ingat tren anta barang.. sekali bile lalu maik aihhhhhh! cantik nya tren ni... so classic. Terpegun aku tengok tren ni, nampak exclusive betol! kalau pegi honeymoon naik tren ni fuhhhh... memang lomentik lohh! first time aku tengok tren secantik ni.. wohhh tapi tengok harganya sume dalam $USD wooo.. tak mampu nak weh aku nak naik.. huhuhuh! tapi tengok macam ramai gak yang naik.. tren ni maybe dari Singapore-KL-Thailand. Sumber: google pic Sumber: google pic sesape kalau nak cube lain dari yang lain leh aa try naik tren ni.. leh klik SINI untuk info & untuk gambar yang lebih banyak.

Johor Premium Outlet (JPO)

Imej
Pasrah menunggu dalam bilik AA! aku ni pun satu, nak pegi mane naik AA?.. ahahaha! padan dengan muke! Korang pernah dengar tak pasal Johor Premium Outlet (JPO)? katenye banyak barang berjenama kat sane.. ehehehe! syok aaa orang JB pakai barang branded sesaje... huhuhuh.. Aku ade gak bace review pasal JPO, katanya harganya takde la semurah mane kan.. brand VINCCI tu murah laaa.. Sesape yang nak gi JB leh aaa datang ke JPO ni.. grand opening pada 11 Dec 2011 ni. JOM! kita tengok outlet ape yang ade kat JPO ni..  sumber: http://johorpremiumoutlets.com/   sumber: google pic  Balik JB nanti harus la kesini.. bukan nak beli ape pun, saje cuci mate *tak mampu ko! aku nak beli So sesape yang kaki shopping tu.. boleh la bertandang ke sini. Legoland pun insyallah akhir tahun akan dibuka.. tiket dah boleh beli sekarang ye.. harga lebih murah. lagi satu tadi dapat info dari hubby indoor theme park di Puteri Harbour pun dah nak siap, di jangkakan akhir tahun depan akan dibuka ju