Dugaan

Banyak sangatla dugaan bulan ni.. adeh hai!

Semalam aku EL, disebabkan kereta.. bateri kereta aku dicurik! owh... sampai hati kau pencuri, mencuri bateri kereta aku.. takde keje lain ke selain mencuri?

Mase balik keje isnin hari tu, alarm kereta tak nak bunyi & lock kereta pun takmo bukak, padahal hubby baru je betul kan lock kereta (ingat tak entri ni?) aku confident la ingat bateri dah kong, call hubby cakap kereta wat hal takmo start, hubby cakap "bateri la tu kong". Hubby aku plak outstation so aku balik la naik cab (teksi ni pun satu macam C*L%K! cas yang bukan-bukan padahal bukan jauh pun! - nanti cerita next entri..), sementara hubby cari penyelesaian nak betulkan kete tuh macam mana kan.

Hubby try mintak tolong kawan dia tapi yang hampanya semua takde training la, keje la.. ok what to do? tunggu je la ke esokkan nya.. nasib baik hubby outstation dekat je kat Rawang leh balik sekejap kalau tak aku nak pegi keje macam mana?

Petang semalam pegi la tengok kete, hubby pun dah siap-siap beli bateri nak tukar... sekali bukak bonet! hah hamik kau!

bateri takde!
Dengan wayar-wayar dia gi potong!
B*&D*H punye pencuri! kalau ko nak amik bateri tu amik la tapi yang ko gi potong wayar tu dah kenapa?? geramnyer la aku.. memang tak selamat la ko dunia & akhirat aku memang tak HALALkan!

Bile dah tengok bateri takde, hubby pun gi la cari mekanik.. nak buat sendiri pun bukan dia tau kan..

makenik datang membantu
rupenye makenik tu cakap area sini memang selalu kene curik, so next time memang takde la aku nak parking kat situ lagi.

setelah diganti
kesimpulanya banyak betul dugaan bulan ni, dengan due date saman bulan ni (dah settle), dengan eksiden time gi cameron (1/2 dia sampai sekarang dia tak tuntut lagi), kete kene kopak (dah settle) & the latest bateri kereta plak kene curik.. huraghhhhhhh! mau nanges! nasib baik gaji dah dekat, kalau tak!

P/S: betul kata kekda kat TTC CORNER "Krn rezki itu milik Allah. anytime Dia bleh amik smula".. (kata-kata semangat tu!)

Ulasan

  1. Dugaan. Nasib bateri jer kena curi, member akak...kereta kena curik. Dasar pencuri durjana. Memang tak selamat lah dunia akhirat nnt.

    BalasPadam
  2. tu la kak fiza oi.. macam-macam nasib baik dia x kopak pintu amik radio ke ape.. kalau tak lagi bangkrupsi lo!

    BalasPadam
  3. kesian awk cinta. doa je la org yg mencuri tu susah rezeki dia nnt. n utk awk pulak, mungkin ada rezeki Besar nk mai tu ;) Allah duga kita byk menda2 kecik, dia kurniakan kita rezeki yg lebih besar drpd apa yg diamek dr kita. Insyallah.

    BalasPadam
  4. dugaan betul kan cinta...sabar chinta ek...mungkin ada rezki lain nak datang tu..cinta parking kat kawasan tersorok ke?hish pencuri tu memang x selamat la

    BalasPadam
  5. haah Chinta nasib baik hari ni pay day... kalau tak pedih jadinya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?