Menginap di Lato-lato Mun, Semporna

Susah betul kalau benda dah lama baru nak coretkan kat dalam blog ni, semua benda banyak yang lupa. 

Percutian ke Semporna ni hubby yang nak sangat pergi sebab dia cakap terlalu rindukan Mabul, tapi kali ni kami tidak ke Mabul tapi kami ke 7 pulau di Semporna & stay di pekan Semporna saje.

30.04.2017, Ahad

Kami menaiki Air Asia ke Tawau, pukul 3 pagi dah gerak dari rumah sampai di Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 4 pagi kemudian terus ke KLIA, flight ke Tawau adalah awal pagi pukul 6.50am. Kami tiba di Airport Tawau pada pukul 9.45am, setibanya di sana aku terus call transport yang aku telah booking sebelum berangkat ke sana. 

macam biasa naik erl transit ke KLIA
Breakfast dulu
Tawau here we go!
 Hari ni kami plan untuk stay di resort Lato-lato mun berdekatan dengan Pulau Lato-lato, perjalanan ke Semporna mengambil masa 1 jam dari Airport Tawau. Bila tiba di jeti umum Semporna, hubby lapar katanya so di pergi beli roti & air mineral, sementara tu pakcik bawa bot dah tunggu kami untuk bawa kami ke resort. Setelah hubby sampai kami terus ke resort, perjalanan dari jeti ke resort mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit macam tu. Mula nya aku ingat trip aku kali ni just nak santai-santai sambil honeymoon sebab aku baru je lepas buat prosedur IUI, tapi tak sangka perjalanan aku ke resort naik bot terhentak-hentak dengan kuat, tapi takpe maybe belum rezeki.
Jeti umum Semporna
Bot kecil.. tapi rasanya tak sesuai untuk komersil :(
Lato-lato resort ni adalah resort di tengah laut, memang cantik kemudian resort ni dikelilingi batu karang yang cantik, kalau waktu air surut korang boleh turun melihat batu-batu karang. Setibanya di Lato-lato kami disambut oleh pekerjanya, kemudian dia tunjuk bilik untuk kami bermalam. Bilik nya biasa-biasa je tidak la mewah tapi syukur sebagai backpackers hihihih! 


Lato-lato mun dari kejauhan

Tiba waktu lunch kami dijamu dengan lauk ketam rebus serta rumpai laut, sedap juga ketam direbus begitu sahaja, maybe sebab ketam nya fresh! lepas makan kami tidur, tengah-tengah hari ni memang takde aktiviti sangat kecuali korang ambil pakej untuk buat island tour.


Disebelah petang kami turun untuk snorkeling, karang di sini semua cantik2 tapi sayangnya petang tu arus terlalu kuat susah juga nak snorkeling, so sekejap je kami snorkeling, kemudian bersihkan diri & tunggu masa untuk tengok sunset. Di resort ni aku sangat recommended untuk sesiapa yang suka hunted sunset & sunrise. Sunset & sunrise di resort ni memang terbaik! 
Bersiap nak pi snorkeling kat depan tu
lepak kat pangkin jap
hubby layan snorkeling, his favourite aktiviti
ni je yang dpt tangkap sebab arus kuat
landak ni memana ade je
Hari dah gelap, tiba masa untuk makan malam, tapi sayang nya makan malam untuk malam ini terlalu lambat, perut pun sampai masuk angin. Dalam pukul 9 macam tu dinner baru ready! lepas kami kekenyangan dinner kami duduk di pangkin sambil layan lagu serta borak-borak kosong dengan hubby, aku suka sangat time macam ni sebab time ni la aku dapat romantik romantik ngan dia sambil tengok bintang ahahaha! 


Sunset view

 Dah bosan layan bintang kami pun masuk tidur.

Kira-kira

Tiket KL - Tawau - KL : RM660 (RM330/pax)
Van ke Semporna: RM50 (RM25/pax)
Lato-lato Mun Resort 2 hari 1 malam : RM300 (RM150/pax)
Bot ke Resort : RM100 (per bot)

Total : RM1,110

Ulasan

  1. Balasan
    1. ok best.. tapi kalau nak pegi tu cakap ngan dia xmo sampan kecil... sakit bila naik terhentak2

      Padam
  2. Salam..boleh sy dpt kan no tour guide utk pickup dr airpot ke jeti?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?