Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Percutian ke Bandung - Part 3

Imej
Lama gila nak menghabiskan cerita pasal bandung ni kan? So mari la kita menyambung cerita.. ingat next entry nak cerita pasal percutian ke Semporna & Koh Samui.. tapi tengok kerajinan la nanti hihihi! Amaran! entry kali ni tiada bergambar Day 3 - 12.3.2017 Sepatutnya hari ni pergi tempat wisata lagi, tapi di sebabkan kami tak cukup masa nak bershopping makanya cancel la ke tempat wisata. Janji ngan pak supir pukul 8.00 pagi nak ke Pasar Baru, lepas breakfast terus ke Pasar Baru. Aku pesan kat hubby pagi ni dia tak payah la ikut sebab nak pusing pasar baru ni puas-puas tapi dia degil gak nak ikut, maka dia ikut je la bini dia ni bershopping sakan. biras aku & anak sedara aku tinggal kat hotel je tengah hari kami amik mereka. Lepas puas bershopping kat pasar baru tu driver bawa kami ronda-ronda kat kota Bandung, dia bawa kami ke Toko Tiga & outlet-outlet di sana, tak lupa juga dia bawa kami ke rumah sulam. Aku ingat kat Rumah Sulam tu lagi murah la kain-kain s